jerawat kecut

Salam jumaat semua! Baru lepas masak tengah hari ni jadi ada masa Adaa nak kongsi satu testimonial. Dah baca tentang testimonial gempak dua beradik JERAWAT BERNANAH HILANG DENGAN VIVIX? Itu testimonial pelanggan. Kali ni untuk kes yang lebih ringan sikit, adaa nak kongsi testimonial Adaa sendiri tentang kulit jerawat. Bukan apa, ada orang tanya mana testimonial tuan punya blog? Betul ke guna shaklee. Ya, saya guna dekat 7 tahun dah. Jadi kali ni Adaa kongsikan testimonial Adaa sendiri macam mana jerawat kecut dan parut boleh pudar dengan penggunaan Shaklee. Selalunya setiap bulan ‘mengambang’ tu mulalah jerawat muncul kan. Jadi ditambah pula dengan kulit yang sangat berminyak dikawasan T-zone, memang mencanaklah dia naik. Jadi, Adaa selalu nakkan cara mudah kecutkan jerawat. Dengan cara yang akan Adaa tunjukkan nanti, jerawat kecut dengan cepat tau!

jerawat

CARA JERAWAT KECUT DENGAN CEPAT

 

Kulit adaa memang sangat berminyak dan mempunyai pori yang besar serta tekstur kulit yang kasar. Jadi setiap kali panas, memang jerawat mencanak berebut nak keluar. Paling menyakitkan hati dia asyik keluar di tempat yang samalah, dahi, dagu, pipi tempat kita lipat tudung tu. Memang tempat kegemaran sampaikan lepas jerawat kecut, parut je yang tinggal. Tapi sebab berulang kali, maka parut pun jadi hitam. huhu

Gambar pertama tu keadaan biasa kalau jerawat naik. Belum tahap teruk lagi. Ya, ada yang lebih teruk. Tapi selalunya memang gitulah, besar dan ada nanah kadang-kadang. Yang di dagu juga begitu. Dengan parut jerawat, parut cakar semua ada.

(lighting agak berbeza, jadi fokus pada tekstur ya)

READ  KULIT CANTIK HANYA DENGAN RM2 SEHARI

Kesemua gambar ni adaa ambil tanpa secalit bedak atau bedak asas. Memang kulit saya semata-mata ya. Jadi, apa yang adaa lakukan, Adaa ambil 1 sudu kecil vivix dan sebiji vitamin C dan selepas 2 minggu, itulah hasilnya.

Nak lebih cepat dan berkesan, adaa buat Masker vitamin C. Senang yang amat. Dan paling best, malam ni buat, esok jerawat dah kecut! weheee!!

Macam mana nak bermasker dengan Vitamin C untuk kecutkan jerawat?

 

  1. Ambil sebiji Vitamin C
  2. Hancurkan vitamin c tersebut. Adaa cuma guna belakang sudu, tekan dah hancur.
  3. Campur dengan sedikit air atau penyegar pun boleh.
  4. Sapu rata di wajah dan biarkan sehingga kering. Kalau pertama kali guna akan rasa agak gatal atau pedih sedikit. Bakteria banyak kot hehe
  5. Bilas dengan air biasa, siap!

Bagaimana pula kalau guna vivix?

 

  1. Ambil kira-kira setengah sudu kecil vivix. Sapu rata diseluruh wajah.
  2. Biar sekejap sehingga kering dan bilas!

Untuk keadaan jerawat dan parut macam Adaa, boleh amalkan pengambilan Vivix dan Vitamin C ni. Semakin lama konsisten semakin cantik kulit sebab Vivix bukan sahaja baik untuk kulit malah untuk kesihatan menyeluruh. Ia merupakan antioksidan yang sangat baik dan mampu memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi. Cuba baca testimonial dua beradik yang Adaa sebutkan diawal entry ni tadi. Memang hasil yang menakjubkan.

Juga, sekiranya anda ada masalah yang berbeza, boleh tambah produk yang bersesuaian. Contoh jerawat kerap naik sebab hormon tak stabil, boleh tambah GLA. Kulit terlalu berminyak, boleh tambah ESP. Yang penting dapatkan konsultasi dahulu ya. Adaa tunggu 🙂

Apa lagi, selamat mencuba!!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This