Adakah Gerd Dan Anxiety Saling Berkait (Gerd Dan Anxiety)

Adakah anda salah seorang pesakit Gerd? Tak pasti? Tahu tak apa itu Gerd? Dalam entry APAKAH BEZA GASTRIK DAN GERD? ada Adaa terangkan sedikit apa itu Gerd. Bagaimana pula kaitannya antara Gastrik Gerd Dan Anxiety? Adaa sendiri salah seorang pesakit Gerd. Atas sebab itu rasa terpanggil juga nak kongsi apa yang Adaa rasa. Biasanya orang yang ada Gerd ni akan sentiasa risau, fikir nak mati, takut dan macam-macam lagi sampai menggangu kehidupan seharian. Betul ke Gerd dan anxiety ni saling berkait? Pernah juga tanya doktor pasal gerd dan anxiety ni tapi macam-macam pendapat. Tapi selepas jumpa beberapa orang pakar, dan saling berhubung dengan pesakit gerd, adaa rasa ada sedikit kaitan antara Gerd dan anxiety.

GERD DAN ANXIETY

Lebih 2 tahun Adaa mengalami gerd dan ambil ubat pada dos yang agak tinggi tapi masih mengalami sesak nafas yang berterusan. Bila jumpa pakar gerd, mereka kata ini bukan simptom gerd. Pening juga sebab dan macam-macam hospital swasta dan kerajaan Adaa pergi. Bukan sahaja tak selesa bernafas, fikiran ni asyik memikirkan perkara buruk. Pasal mati, tak boleh dengar nama orang mati, tak boleh pergi kubur, tak boleh terbayang orang mati, dengar berita pun tak boleh. Kalau terdengar berita pukul 8 tu atau ada filem tentang kematian, mula rasa sesak nafas sehingga tercekik. Seksa betul. Kadang nak mandi pun boleh fikir takut lemas. Badan sentiasa letih, otak apatah lagi.

Bila ditanya, ada pakar yang kata takda kaitan. Tetapi ada juga yang mengatakan memang ada kaitan. Jadi mana satu yang betul? Dalam kes Adaa, doktor mencadangkan Adaa jumpa psikiatri mana tahu berhasil. Alhamdulillah, selepas beberapa sesi dan pengambilan ubat, keadaan beransur baik, jauh lebih baik. Kata doktor, Adaa memang ada gerd tetapi yang memburukkan lagi keadaan dan simptom gerd itu sendiri adalah anxiety tadi. Jadi dalam kes Adaa, ya ada kaitan gerd dan anxiety. 

DARI SEGI KAJIAN?

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami masalah anxiety atau kebimbangan ini lebih tinggi dikalangan pesakit gerd. Ada juga kajian yang menunjukkan mereka yang mengalami anxiety mempunyai risiko lebih 2 kali ganda untuk mendapat gerd atau asid refluks. Ini menunjukkan, anxiety atau kebimbangan merupakan faktor penyumbang kepada terjadinya masalah gerd. Walaubagaimana pun, macam mana ia terjadi, masih tak tau lagi dengan jelas. Some experts believe that a brain chemical called cholecystokinin (CCK), which has been linked to panic and gastrointestinal disorders, may play a role in the prevalence of GERD in people with anxiety disorders. Another possibility or contributing factor may be that when people are anxious they tend to engage in behaviors that may trigger or worsen acid reflux, like smoking, drinking alcohol, or eating fatty or fried foods-here

Secara umumnya, simptom gerd boleh menjadi bertambah teruk pada pesakit dengan masalah anxiety. Setiap dari kita ni kerap ada masalah harian yang menimbulkan tekanan, ada juga yang terbeban dengan masalah sejak dari kecil, penderaan emosi dan sebagainya yang mungkin kita sendiri tidak perasan. Apabila kita ada gerd, dengan keadaan kesihatan yang tidak baik, dan mungkin dengan pengaruh hormon seperti yang dikatakan diatas tadi, itu membuatkan keadaan gerd semakin teruk. Seolah-olah gerd dan anxiety bergabung dan memburukkan lagi keadaan.

Tetapi, ada tetapinya ya, kedua-duanya ini boleh dirawat dengan efektif. Jika anda rasa anda ada masalah anxiety atau gerd atau keduanya sekali, dapatkan rawatan dengan segera. Kadangkala, dengan mengubati salah satu daripadanya dapat membantu mengurangkan masalah penyakit yang satu lagi.

Baca:

~Stay Healthy~

Similar Posts