CapriceOfficial

Petang-petang ni cuaca pun suram sejuk mendung ni malas nak cerita hal serius. Jadi kali ni kita sembang santai tentang Capriceofficial. Adaa suka juga mengadap Instagram. Walau pun Adaa bukan generasi Instagram (saya generasi Facebook), tapi rasa seronok juga cuba benda baru kan. Dalam duk skrol Instagram tu terjumpalah Capriceofficial ni. Sekali klik je hati dah berkenan dengan cara Capriceofficial ni buat video. Ringkas tapi mesej yang jelas.

SIAPA CAPRICEOFFICIAL?

 

Jujurnya, Adaa sendiri tak berapa kenal dengan Caprice ni. Tapi yang adaa tahu dia adalah seorang selebriti, penyanyi lah. Kalau sekali tengok dengan imej hiphop nya tu memang tak kenalah dengan citarasa hakak yang dah agak senja ni. Tetapi apa yang membuatkan Adaa suka dengan instagram dia? Mesej. Ya mesej yang bermakna.

 

KETENGAHKAN ISU SEMASA

 

Bila zaman dah makin canggih, semua duk guna teknologi, facebook, instagram, twitter,  lahirlah ramai yang disebut ‘keyboard warrior’. Bila keluar sahaja satu-satu isu seperti isu  Jakim Makin Hampir Dedah Identiti Sebenar Sajat, isu Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri? – Astro Awani, isu Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras – Berita Hiburan , dan terbaru tentang kes Farid Kamil, ramai betul yang memberikan komen negatif dan berbaur makian serta ancaman. Ramai jadi hakim tak bertauliah.

Jadi, disinilah Caprice tampil untuk mengulas isu-isu tersebut. Bagaimana kita boleh mengambil sikap positif atau memberikan respon yang positif terhadap semua isu terbabit dan bukannya maki orang tanpa tahu hujung pangkal. Rakyat Malaysia ni ‘terlebih’ prihatin. Ya bagus, tapi lebih bagus kalau semua rakyat boleh tangani isu itu dengan komen yang positif, kata semangat, bersangka baik daripada asyik melemparkan komen negatif. Buka sedikit minda kita. Bila orang mengamuk sikit, dikata gila, malah siap mentertawakan mereka seperti mereka tu badut. Cuba kita kaji dulu, mungkin dia bersikap sebegitu sebab sakit atau difitnah. Siapa tahu kan?

 

NILAI MURNI KEPADA ANAK MUDA

 

Selain membawa sudut pandangan yang positif bagi sesuatu isu, Capriceofficial ini juga giat dalam berusrah. Mungkin bukan cara dengan pergi ke surau atau ceramah di masjid tetapi dengan caranya sendiri iaitu melalui instagram, pergi ke universiti-universiti tempatan bagi berkongsi pengalaman dan motivasi, dan katanya nanti akan diwujudkan Smart Surau. Menarik tu. Surau yang menggunakan teknologi terkini. Caprice juga ada slot sendiri di rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 tau. Setiap Ahad jam 9.15 pagi. Pelbagai isu menarik diketengahkan.

Setiap orang punyai cara dakwah yang berbeza dan ini mungkin cara Caprice dalam menjadi insan yang lebih baik di samping membantu orang lain juga menjadi lebih baik. Terbaiklah Caprice.

Adaa bukan dibayar untuk buat review instagram Caprice ya. Hanya sebagai salah seorang yang suka video-video dan mesej yang disampaikan. Benda baik harus dikongsi ye tak? Jadi, siapa yang belum pernah tengok instagram Capriceofficial, boleh cuba tengok. Follow ramai-ramai!

Pin It on Pinterest

Share This