Lecithin 1

Lecithin merupakan salah satu produk yang amat digemari oleh pengguna Shaklee. Ia dikenali sebagai pengemulsi semulajadi yang boleh menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin juga ditukar menjadi asetikolina didalam tubuh anda, iaitu bahan yang diperlukan untuk membantu tubuh anda supaya kekal sihat. Nak makan makanan kegemaran anda seperti sup tulang yang agak berlemak? Jangan risau, pastikan anda ambil dulu lecithin ya!

TAHUKAH ANDA?

Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa kolina penting dalam pemakanan. Lecithin merupakan bahan larut lemak (dipanggil fosfolipid) yang terdiri daripada kolina dan inositol. Keduanya ini merupakan komponen sel membran yang mengawal aliran nutrien kedalam dan keluar sel.

lecithin 2

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

  • Diekstrak daripada sumber semulajadi iaitu kacang soya organik non-GMO.
  • Setiap kapsul mengandungi sehingga 520mg lecithin termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.
  • Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

MANFAAT UTAMA LECITHIN

 

MENYERAP VITAMIN LARUT LEMAK

Merupakan lemak sihat yang anda perlukan. Ia membantu dalam penyerapan Vitamin larut lemak seperti Vitamin E,D,A dan K.

MELINDUNGI HATI

Ia boleh membantu menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak.

PEMECAHAN LEMAK & KOLESTEROL

Bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah. Pengambilannya dapat membantu mengemulsikan dan meningkatkan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.

PELANGSINGAN

Membantu dalam menghalang terjadinya obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

MENCANTIKKAN OTOT & KULIT

Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme dan melambatkan penuaan.

MEMPERBAIKI ALERGI

Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit.

MENGHALANG KEJADIAN BATU KARANG

90% dari batu karang terbentuk dan terjadi akibat kolesterol. Ia membantu mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

MENINGKATKAN DAYA INGATAN & MELEGAKAN STRESS

Kolina dapat membentuk penghantar saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer, dan meringankan stress. Wanita hamil perlu  pengambilan yang secukupnya untuk pembesaran janin yang sihat.

MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI

Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.

MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI

Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan dalam kuantiti yang banyak.

MERINGANKAN SEMBELIT

Lecithin merupakan pelembut najis yang berkesan. Ia juga membantu melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

 

lecithin 3

Lecithin
Kod Produk: 10163 (180 kapsul)

 

Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja.Ambil 2 kapsul setiap kali, 3 kali sehari sebelum makan.

 

Pin It on Pinterest

Share This