VITAMIN E

Vitamin E terkenal dalam dunia kecantikan dan produk penjagaan kulit. Kenapa? Kerana ia merupakan salah satu antioksidan yang amat baik dan dapat membaiki serta memelihara sel yang rosak serta menggantikannya dengan sel yang lebih baru dah sihat. Dalam set penjagaan kulit terbaru oleh shaklee YOUTH juga turut mempunyai kandungan vitamin E. Selain kecantikan, ianya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan secara menyeluruh dan vitamin e juga dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imun terutamanya bagi golongan tua. Terdapat pelbagai jenis dan jenama Vitamin E dipasaran tetapi apakah perbezaan Shaklee?

TAHUKAH ANDA?

Pengambilan nutrien yang betul memainkan peranan penting dalam keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan anda.

vitamin e 1

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

  • Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, ekstrak d-alpha tokoferil, d-alpha tokoferol (lebih mudah diserap oleh tubuh)  yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin e (alpha, gama, beta, delta)
  • Ia merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran
  • Mengandungi 65mcg selenium untuk memberi fungsi yang optimum
  • Dipertingkat dengan 39.4mg ekstrak biji anggur dengan kandungan proantosianidin iaitu sebatian yang mempunyai antioksidan yang bagus.
  • Satu kapsul mengandungi 400IU vitamin E
  • Selenium semulajadi membantu penyerapan dengan lebih baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  • Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina.

TIPS

Pakar Nutrisi telah mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C & vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.

MANFAAT UTAMA VITAMIN E

MELINDUNGI JANTUNG

Pengambilan harian 800IU atau sebanyak 2 biji sehari mampu membantu jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan penghasilan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan sebagainya.

READ  PARUT CHICKEN POX HILANG DENGAN CEPAT!

BAIK UNTUK KEMAMPUAN REPRODUKTIF

Kajian pada tahun 1924 mendapati bahawa, ia mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600-800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka

ANTI PENUAAN

Pengambilan 1 kapsul  sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, jerawat, parut dan bintik penuaan. Ia juga memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

ANTIOKSIDAN YANG KUAT

Pengambilan lebih 1200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan dalam melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan tumbesaran tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

PEMBEKAL TENAGA

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen.

MEMPERBAIKI ARTHRITIS

Meningkatkan keanjalan salur darah, kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

MENGHALANG KEGUGURAN

Merawat musculus pectoralis fibriosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopause. Juga digunakan dalam ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

MEMPERBAIKI PARUT

Memperbaiki bengkak dan ulser kulit serta mengurangkan kesan parut.

ESP PRODUCT KNOWLEDGE

Vita-E Complex™
Kod Produk: 10112 (120 kapsul / 120 hidangan)

Saranan penggunaan:

Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

Untuk anti penuaan dan sistem reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali

Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 biji setiap kali

Pin It on Pinterest

Share This