Adakah Suplemen Membantu Gastrik Dan Ulser Perut?
Ramai orang keliru antara gastrik dan GERD. Mereka yang menghubungi Adaa rata-rata masih tidak tahu apa beza keduanya dan dalam entry APAKAH BEZA GASTRIK DAN GERD?, Adaa telah menerangkan perbezaan antara GERD dan gastrik. Untuk lebih jelas lagi boleh baca Gastrik Gerd Dan Anxiety. Jika sebelum ini adaa telah berkongsi suplemen yang sesuai untuk masalah GERD, kali ini adaa akan kongsikan pula suplemen yang sesuai untuk masalah gastrik dan ulser perut. Sebenarnya, rawatan gastrik dan ulser perut hampir sama dengan GERD. Dari segi suplemen juga hampir sama, beza sedikit sahaja. Jadi, kali ini bagi yang menghadapi masalah gastrik dan ulser perut, adaa akan beritahu anda apakah suplemen yang sesuai bagi membantu masalah gastrik dan ulser perut tadi.
Dalam blog lama adaa, melalui entry Gastrik: Apakah supplement yang sesuai? Adaa dah pernah beritahu suplemen yang sesuai. Tetapi kali ini ada penambahbaikan dan set ini juga dicadangkan oleh Shaklee. Apakah suplemen yang adaa maksudkan?
SUPLEMEN UNTUK MASALAH GASTRIK DAN ULSER PERUT
ESP (Energyzing Soy Protein)
Ini adalah suplemen wajib ambil. ESP merupakan protein soya yang mampu memperbaiki dan menggantikan sel rosak dengan sel yang lebih sihat dan baru. Protein merupakan makanan asas bagi membentuk sel yang sihat. Tanpa protein yang berkualiti, sel yang terhasil juga mungkin tidak sihat. Bagi pengidap gastrik, dinding sel perut lazimnya menipis dan pedih. Jadi amat penting untuk menggantikan sel dinding perut tersebut tadi dengan yang lebih sihat melalui pengambilan protein. Protein juga dapat membantu meningkat daya tahan tubuh agar anda tidak mudah jatuh sakit. Tips buat pesakit gastrik, cuba elakkan pengambilan susu kerana bagi sesetengah orang ianya boleh mencetuskan masalah angin dalam perut. ESP bukan susu tetapi serbuk protein yang boleh anda bancuh hanya dengan air suam atau sebarang minuman kegemaran anda kecuali air panas, kopi dan teh yang boleh merosakkan zat soya. Selain membantu memulihkan sel anda, protein soya ini juga merupakan minuman terbaik untuk pastikan anda kenyang lebih lama dan mengelakkan perut kosong.
Zinc
Zink merupakan salah satu suplemen atau mineral terpenting dalam pemulihan sel. Ianya bertindak sebagai agen anti viral dan meningkatkan daya ketahanan badan. Pesakit gastrik lazimnya mengalami pedih perut kerana luka atau ulser atau radang, jadi pengambilan zink ini boleh menggalakkan pemulihan segera.
Carotomax
Carotomax mengandungi beta kerotina iaitu prekursor vitamin A. Lebihan vitamin A akan bertukar menjadi toksik dalam badan dan boleh membahayakan tetapi carotomax shaklee terdiri daripada beta kerotina yang selamat untuk diambil dan tidak akan menajdi toksik sekiranya berlebihan. Jadi, sentiasa berhati-hati dalam memilih suplemen untuk vitamin A. Carotomax shaklee merupakan antioksidan yang sangat hebat dalam membantu memelihara membran mukosa perut dan usus. Selain itu ia juga membantu mengurangkan bengkak dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Alfalfa Complex
Alfalfa yang turut dikenali sebagai “Father of herbs” ini mempunyai 1001 kebaikan. Apabila perut mengalami gastrik, pastinya akan ada radang, inflamasi dan kemungkinan ulser yang sangat pedih. Alfalfa dapat membantu mengurangkan radang tersebut. Alfalfa juga bersifat anti toksin dan anti gas.
Peppermint Ginger
Khasiat halia telah terbukti berkurun lamanya. Dan oleh sebab itu, ianya tidak harus diabaikan. Peppermint Ginger sangat penting dalam proses pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika anda mengalami masalah pencernaan, perut akan terasa kembung sentiasa dan kerap berangin sehinggakan terasa sebu dan senak diperut dan dada. Pengambilan peppermint Ginger boleh membantu melegakan dan mengeluarkan angin melalui kentut dan sendawa. Ini adalah rangkaian yang dapat Adaa kongsikan untuk membantu masalah gastrik dan ulser perut. Sekiranya anda menghadapi masalah ini bolehlah cuba Set Shaklee yang dicadangkan. Semoga bermanfaat dan membantu. Jika ingin dapatkan set tersebut boleh terus hubungi Adaa ok?