5 Cara Menurunkan Kolesterol Secara Semulajadi
Raya makin dekat dan kita semua tahu, juadah hari raya nanti apa kan? Semuanya lazat-lazat dan pastinya menggoda selera. Walaupun Hari Raya adalah satu keraian, tetapi kita harus beringat ok? Jangan sampai lupa diri. Makan sampai tak ingat dunia. Juadah raya selalunya padat dengan kolesterol. Oleh sebab itulah, entry kali ini relevan sangat supaya anda semua termasuk adaa sendiri beringat masa raya nanti. Jangan merisikokan kesihatan diri demi sebatang lemang, atau sepinggan rendang. Tahu tak, lebih 90% rakyat Malaysia mempunyai kadar kolesterol melebihi paras normal? Itu mungkin kita. Jadi, selain elakkan makan terlalu banyak masa raya nanti, ini Adaa kongsikan 5 cara menurunkan kolesterol secara semulajadi untuk anda cuba sendiri. Cara menurunkan kolesterol ni memang banyak tetapi kali ini cukuplah 5 sahaja adaa kongsikan. Cuba dulu buat 5 cara menurunkan kolesterol ni ya, lepas tu kita tambah lagi 🙂
5 CARA MENURUNKAN KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI
TURUNKAN BERAT BADAN
Ini adalah indikasi paling mudah. Anda sendiri mesti tahu anda dalam kategori BMI normal, berlebihan berat badan atau obes kan. Jadi, cara menurunkan kolesterol yang pertama adalah mengurangkan berat badan anda. Walaupun obesiti tidak bermaksud anda mempunyai kolesterol tinggi, tetapi ianya mempunyai kaitan yang sangat tinggi bahawa anda mungkin mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Dengan menurunkan berat badan, anda dapat mengurangkan kolesterol jahat atau LDL dalam badan anda.
SENAMAN
Menurut National Heart, Lung and Blood Institute , senaman secara berkala boleh membantu merendahkan tahap LDL dan trigliserida sekaligus meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL. Senaman yang kerap sudah pasti akan memberikan keputusan yang bagus, tetapi jika anda mempunyai kekangan, senaman selama 60 minit seminggu seperti aerobik mampu membantu merendahkan kolesterol
MAKAN LEBIH SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Menurut satu kajian yang telah diterbitkan dalam “The American Journal of Clinical Nutrition” pada tahun 2004, semakin banyak sayur dan buah-buahan yang anda makan, semakin rendah tahap kolesterol jahat LDL anda. Jadi biasakan makan lebih sayur dan buah berbanding hanya makan karbohidrat dan protein serta lemak semata-mata.
[
MAKANAN KAYA FIBER
Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2008, “Current Atherosclerosis Report” , makanan kaya dengan serat mampu merendahkan LDL dalam darah anda. Antara makanan yang kaya dengan serat adalah, sayuran hijau, betik, brokoli, tomato, beri, oat, buah epal, beras perang, jambu batu, nanas, mangga dan kacang badam.
MAKANAN TINGGI OMEGA-3
Omega-3 merupakan antara asid lemak yang banyak terkandung dalam makanan laut dan sangat bagus untuk kesihatan. Dengan pengambilan omega-3 bersama senaman, ianya akan dapat membantu anda menurunkan kadar kolesterol dengan lebih cepat.
CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DENGAN SHAKLEE
Di Shaklee, kami juga berusaha membantu semua orang untuk hidup dengan lebih sihat dengan produk yang semulajadi, selamat dan berkesan. Produk Shaklee seperti Omega Guard dan Phytocol ini telah membantu ramai orang dalam menurunkan tahap kolesterol mereka.
Omega Guard
EPA dalam Omega Guard Shaklee membantu ‘mencairkan darah’. Dengan ini, ia dapat mengurangkan kejadian blood clot yang boleh menyebabkan arteri tersumbat. Ia juga dapat membantu merendahkan kadar trigliserida sekaligus merendahkan LDL.
Phytocol-ST
Phytocol-ST mengandungi sterol dan stanol iaitu sebatian semulajadi yang wujud dalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin. Sebatian istimewa ini mempunyai struktur seperti kolesterol dan ianya mampu menyekat penyerapan kolesterol ke dalam darah.
Sekiranya anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, segera ambil tindakan. Cuba praktikkan 5 cara menurunkan kolesterol yang telah dikongsi tadi bersama pengambilan suplemen yang sesuai. InsyaAllah anda akan segera perolehi kesan yang positif!