resepi minuman berkhasiat

Biasa tak anak balik sekolah, beli air yang bukan-bukan? Kalau pergi hypermarket lagilah, dengan imej-imej dibotol yang menarik, comel-comel, memang anak-anak boleh berguling nak beli. Bila kita rasa, memang terlalu manis! Sangat manis! Macam mana nak kurangkan anak-anak kita daripada minum banyak minuman manis yang tidak berkhasiat? Marilah kita bertukar menjadi Chef Supermom. Adaa akan kongsikan beberapa resepi minuman berkhasiat yang sangat mudah, ringkas untuk ibu-ibu cuba. Kalau ada ibu-ibu yang sudi nak berkongsi resepi minuman berkhasiat yang lain, Adaa sangat alu-alukan. Sama-samalah kan. Sharing is Caring gitu. Jom kita lihat resepi minuman berkhasiat untuk kanak-kanak ( emak ayah pun boleh tumpang sekali )

6 RESEPI MINUMAN BERKHASIAT UNTUK ANAK

 

Honey Dew Delight/ Cooler Melon/ Green Kiwi Smoothies

Bahan-bahan

  • 3 Sudu besar Vanilla Mealshake
  • 1 potong tembikai susu/ tembikai/ kiwi (saiz sederhana)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan ais

Cara-cara

Hanya masukkan semua bahan didalam pengisar, kisar sehingga halus dan hidangkan!

Smoothies ni adalah cara yang bagus untuk menggalakkan anak-anak kita makan buah tetapi dalam cara yang sedikit berbeza.

Great Dates Smoothies

Bahan-bahan

  • 3 Sudu besar Mealshake
  • 4 Biji kurma tanpa biji
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan ais

Cara-cara

Kisarkan semua bahan bersama sehingga halus dan siap!

 

Smoothies ni sangat bagus untuk minda dan tenaga anak-anak kita. Maklum lah, budak sekolah sekarang ni lebih dari orang bekerja jadualnya. Padat yang amat. Jadi minuman ini sangat sesuai untuk mereka kekal bertenaga sepanjang hari.

Fun & Healthy Smoothies

Bahan-bahan

  • 1 skop aiskrim (perisa pilihan anak anda)
  • 1 Sudu besar Mealshake
  • 1/4 cawan susu segar (sejuk lagi sedap)

Cara-cara

Kisar semua dan sedia untuk di minum. Segar!!!

 

Yang ini, kanak-kanak memang suka. Tambah-tambah kalau yang memang suka aiskrim. Boleh variasikan ikut kehendak mereka. Nak vanila ke atau coklat ke atau strawberi ke. Senang kan. Mereka pun tak bosan. Tapi jangan lah berlebih sangat letak aiskrim tu ya.

Banananana Smoothies

Bahan-bahan

  • 1/2 Pisang beku
  • 8 oz susu rendah lemak/susu segar
  • 2 Sudu besar Vanilla Mealshake

Cara-cara

Kisar dan kisar dan minum!

Apple Fun Smoothies

Bahan-bahan

  • 1 cawan jus epal
  • 1/2 cawan ais
  • 2 Sudu besar Mealshake

Cara-cara

Kisar, tuang, dan nikmati!

 

Dalam resepi minuman berkhasiat yang Adaa kongsikan ni semuanya Adaa letakkan Mealshake. Apa Mealshake tu? Ianya protein powder yang sememangnya sesuai untuk kanak-kanak. Bau pun punyalah menusuk kalbu. Setiap kali buka tin menerawang bau vanila. Yang bagusnya, Mealshake dari Shaklee ni diperkaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat lengkap. Jadi ianya minuman yang sangat berkhasiat.

Nak tahu apa lagi keistimewaan dan kelebihan MEALSHAKE dan kenapa ianya minuman yang sangat sesuai untuk anda dan anak anda? Kenalah baca entry  MEAL SHAKES 

Tapi jangan risau, kalau takda protein powder pun takpe. Cuma kurang mengancam lah sikit. Tapi tetap sedap tau.

Selamat mencuba!!

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This