Vitamin C chewable

Assalamualaikum!! Hari ni Adaa nak kongsikan satu berita gembira. Setelah bertahun menghilangkn diri, kini Vitamin C chewable dari Shaklee telah kembali dengan rumusan yang telah dipertingkatkan khas untuk anda! Ini memang kegemaran ramai sebab rasanya yang sedap ngam-ngam gitu, tak terlalu masam atau tawar langsung. Yang paling best, sepertimana namanya, Vitamin C chewable boleh dikunyah! Yang ada masalah tak suka telan suplemen tu dah tiada alasan untuk ambil vitamin C dalam diet harian anda ok?

KENAPA PERLU VITAMIN C CHEWABLE?

 

Tahukah anda bahawa tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C secara semulajadi? Jadi kita perlu selalu ambil makanan kaya vitamin C bagi memastikan keperluan Vitamin C dalam tubuh kita dipenuhi.

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang sangat mudah termusnah oleh:

  • Pencemaran persekitaran
  • Stress
  • Tabiat merokok
  • Terhidu asap rokok

Bayangkan setiap hari dari pagi hingga ke malam kita terdedah dengan faktor diatas. Kalau pengambilan vitamin C kita tidak mencukupi, lepas tu termusnah dengan mudah pula, dah tentu kita akan mengalami masalah kekurangan vitamin C.

APA AKAN TERJADI JIKA KEKURANGAN VITAMIN C?

 

Mungkin jarang terjadi masalah kekurangan vitamin C di negara maju tetapi kalau sentiasa terdedah dengan asap rokok, stress, sangat tidak mustahil yang anda boleh mengalami masalah ini.

Sekiranya anda mengalami kekurangan Vitamin C, anda:

  • Imun sistem yang tidak kuat
  • Mudah lebam
  • Skurvi
  • Kurang upaya memperbaiki sel kulit, tulang, salur darah, gigi akibat kekurangan penghasilan kolagen
  • Kulit sering kering
  • Sentiasa letih
  • Rambut bercabang
  • Gusi bengkak dan berdarah
  • Kekurangan berat badan
  • Hidung berdarah

Vitamin C ini merupakan salah satu Vitamin wajib untuk kita jadi, pastikan kita dapat vitamin C yang secukupnya melalui diet harian dan pengambilan suplemen

KEISTIMEWAAN VITAMIN C CHEWABLE SHAKLEE

 

Vitamin C semulajadi yang ada dalam makanan hadir bersama sebatian lain seperti bioflavonoid dan Rose hip. Istimewanya Shaklee, kami sentiasa menghasilkan suplemen yang semulajadi dan sangat hampir dengan semulajadi. Jadi, Shaklee telah menambah bioflavonoid dan Rose hip ke dalam Vitamin C Chewable ini. Ianya membantu mempertingkatkan fungsi Vitamin C dan juga menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh.

Kenapa perlu kunyah?

Sebab, apabila kita kunyah, ia nya akan lebih mudah dipecahkan oleh air liur kita dan membantu penyerapan yang lebih baik apabila tiba di usus kecil kita. Barulah lebih banyak manfaat dapat diserap ke dalam tubuh.

Vitamin C chewable ini akan mula berada di pasaran mulai 10 Ogos ini dengan harga pasaran RM51.25 sahaja. Jadi, jangan melepas ok? Order cepat sebelum habis 🙂

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This