omega 1

Tahukah anda bahawa Omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia? Asid lemak Omega 3 merupakan salah satu asid lemak yang sangat penting untuk kita. Disebabkan manfaat Omega sangat banyak, maka penting untuk kita mendapatkan minyak ikan yang berkualiti tinggi dan terbaik demi tubuh yang sihat! Omega guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, makerel,hering, bilis) diperairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan sepertimana jenama lain dipasaran. Berbanding dengan jenama lain, ia merupakan minyak ikan terbaik di dunia dan paling tulen didunia. Ia mempunyai ketumpatan 3 kali ganda dari ketumpatan hati minyak ikan.

 

OMEGA SHAKLEE DARI IKAN LAUT AIR DALAM

u

KENAPA IKAN LAUT AIR DALAM

Kajian menunjukkan, ikan dari air laut dalam mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

t

SENDAWA BAU HANYIR IKAN?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan Shaklee. Jadi, disarankan untuk diambil sebelum makan atau ketika perut kosong.

lecithin 2

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

MINYAK IKAN BERKEPEKATAN TINGGI

OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap 7 jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil dilautan dalaman air sejuk.

 

PENYULINGAN MOLEKUL BERGANDA

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

READ  VITAMIN PENTING UNTUK STRESS DAN DEPRESI

Shaklee menggunakan proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi disamping menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (bahan kimia industri yang sangat toksik). Ia juga dapat menyingkirkan bau dan rasa kesan hanyir ikan.

 

SAHABAT IKAN

Ia telah diiktiraf sebagai Friend of The Sea untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

MANFAAT UTAMA OMEGAGUARD

 

ASID LEMAK

Omega-3 merupakan asid lemak yang sangat penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Sumber dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Jadi pengambilan dari asas haiwan adalah sangat baik. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga membantu mengimbangi kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, kulit licin dan kemerah-merahan.

 

MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK

DHA dan EPA boleh menghalang  thromnosis, tekanan darah tinggi, sebagai pelincir saluran darah, dan membantu peredaran darah yang lancar. Sangat efektif dalam mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga membantu merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

 

MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMORI

DHA adalah nutrien utama otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. Ia membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara pendengaran dan penglihatan dan mencegah migrain.

READ  LECITHIN SHAKLEE

 

MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MINYIHATKAN PARU-PARU

Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

 

MENENTANG KANSER

Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

 

MEMELIHARA FUNGSI SENDI

Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia juga mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

 

MENCEGAH INSOMNIA DAN MENGURANGKAN TEKANAN

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental termasuklah kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism,kanak-kanak hiperaktif dan schizophrenia.

lecithin 3

OmegaGuard™
Kod Produk: 10236 (90 kapsul / 30 hidangan)

 

Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 kapsul sekali sehari selepas makan.

Pin It on Pinterest

Share This