Salad Ayam [Resepi Pesakit Gerd]
Nampak menyelerakan tak Salad Ayam tu? Adaa punya dah lama masuk perut jadi kita pinjam ehsan google. hehe. Jangan marah ha. Sebenarnya resepi salad ayam ni mudah yang amat dan semua pun boleh makan termasuklah mereka yang nak jaga badan, nak makan secara seimbang, nak detoks dan juga sesuai dengan pesakit Gastrik Gerd Dan Anxiety. Bukan apa, selalu orang tanya Adaa, apa pesakit gerd boleh makan sebab banyak pantang larang kan. Kang kalau silap makan, mulalah datang simptom gerd yang menyeksakan tu. Jadi, kali ini Adaa kongsi satu resepi paling malas mudah yang sesuai untuk pesakit gerd iaitu salad ayam.
RESEPI SALAD AYAM
Mudah sangat. Nak tulis pun segan.
Bahan-bahan
Cara-cara
- Perapkan dada ayam dengan bahan 2-6
- Panggang sehingga masak *
- Hiris nipis ayam tadi dan campurkan dengan bahan 7-10
Siap!
* TIPS KHAS PESAKIT GERD
Sekiranya perut anda terlalu sensitif atau masih baru lagi dengan gerd, gunakan hanya sedikit perahan lemon atau boleh gantikan dengan limau kasturi sebab tak tajam sangat.
Untuk salad dressing, Adaa cadangkan tak perlu gunakan pun tak mengapa sebab ayam tadi kita dan perap kan. Tetapi sekiranya anda rasa tawar sangat ke (sepatutnya tak tawar pun sebab ayam dah sedap) boleh gunakan salad dressing seperti jenama Kewpie.
Untuk panggang, boleh guna cara masing-masing. Adaa gunakan Air Fryer pada suhu 190 darjah selama 15-20 minit sahaja
Lettuce ada pelbagai jenis. Yang paling Adaa suka adalah baby Butterhead, Romaine, Oakleaf, Iceberg, dan beberapa jenis lagi. Semua jenis daun lembut sangat tetapi rangup. Anda boleh pilih ikut suka anda lah ya. Nak cari pun senang. Mydin ada, Giant ada, Jaya Grocer ada, meratalah. Silalah cari ya.
Adaa cari yang lembut sebab nak digabungkan dengan timun, lobak merah dan kubis ungu yang agak keras kan. Jadi baru seimbang.
Senang sangat kan? Nanti lain kali Adaa kongsi lagi resepi yang sesuai dan mudah. Jaga makan ni salah satu Cara Atasi Gerd Dan Asid Refluks tau. Malah yang paling penting. Jadi boleh cuba-cuba ubah cara pemakanan ya.
Selamat mencuba!