Pengalaman Gastrik Gerd Dan Anxiety

Mungkin sudah semakin ramai yang mula tahu tentang penyakit ini tetapi masih belum jelas apa atau bagaimana rasanya penyakit ni? Kalau sakit mata nampak di mata, obesiti boleh tahu dari susuk tubuh dan berat seseorang, patah kaki juga boleh nampak dengan mata kasar. Bagaimana pula dengan penyakit ini. Rata-rata yang menceritakan Pengalaman Gastrik Gerd Dan Anxiety ini tidak ada yang sama. Lain individu, lain pengalamannya. Ada yang kata seperti terkena penyakit ‘buatan orang’ pun ada.

Walaupun pengalaman masing-masing berbeza, tetapi masih ada persamaannya. Sakit tetap sakit. Kali ini, Adaa sendiri akan berkongsi Pengalaman Gastrik Gerd Dan Anxiety yang Adaa lalui. Mungkin boleh membantu anda yang masih keliru dengan apa yang anda hadapi.

Pengalaman Gastrik Gerd dan Anxiety Kali Pertama

Kali pertama Adaa kena serangan GERD adalah pada 2 Ogos 2015 iaitu 4 tahun yang lepas. Sejak dari kecil, Adaa cuma alami masalah penghadaman yang biasa. Tidak ada yang merisaukan. Semasa Adaa belajar di UK pada tahun 2004-2008, Adaa kerap sendawa. Itu sahaja dan itu juga mungkin kerana faktor cuaca. Cuaca di Belfast setiasa hujan, sejuk. Itu pendapat Adaa.

Pada hari tersebut, Adaa sedang menonton rancangan realiti Korea ‘Running Man’ bersama keluarga diruang tamu. Tengah gelak-gelak, tiba-tiba rasa jantung berdebar laju (palpitation). Adaa beritahu kepada suami. Panik sekejap. Muka masih senyum tapi dalam hati Tuhan sahaja tahu. Risau kot anak-anak perasan masa tu. Orang tak pernah sakit tiba-tiba jantung berdebar, mana tak panik kan? Terus Adaa minta suami telefon ambulan malam-malam tu.

Itulah kali pertama Adaa merasa naik ambulan. Beranak 3 kali pun tak pernah naik ambulan tau. Malam tu Adaa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Setelah diperiksa, ECG, tekanan darah, scan organ, ujian darah, semuanya normal. Jadi doktor cuma bagi Ranitidine dan melepaskan Adaa sebagai pesakit Gastrik sahaja.

Episod Sengara Bermula

Setelah seminggu ambil Ranitidine, simptom tak berkurangan malah semakin teruk. Apa yang Adaa ingat ketika itu, selama 2 minggu, Adaa hanya terlantar. Ya betul-betul terlantar. Sesak nafas, rasa tercekik, sakit kepala, lemah yang teramat sangat, sakit dada. Emosi apatah lagi. Rasa sugul, muram dan sedih setiap masa. Sambil terbaring tu menangis juga sebab memikirkan tak boleh nak buat kerja satu apa pun. Anak-anak masih kecil depan mata siapa nak urus. Keluarga pun jauh-jauh.

Tak tahan lagi, Adaa ke klinik swasta pula. Adaa ceritakan dari awal sampai akhir, termasuklah tiada rasa pedih perut atau pedih ulu hati. Hanya sendawa dan angin.

Adaa bersyukur sangat ditemukan dengan Doktor N ni sebab waktu tu tak ramai doktor yang biasa dengan penyakit atau simptom seperti ni. Kebanyakannya hanya akan diagnos sebagai gastrik. Setelah Doktor N cek, Doktor kata, bukan masalah jantung atau tiroid. “Ini GERD ni”. Itu katanya. Doktor N pasti kerana Ayah beliau sendiri mempunyai masalah yang sama dan beliau sendiri dah berhadapan dengan kes ayahnya. Jadi sebab tu Doktor N pasti.

Bermulalah episod makan ubat pula. Adaa mula makan ubat PPI, H2 Blocker dan Antacid selama 6 minggu. (Untuk lebih jelas baca Cara Merawat Gastrik Gerd Dan Anxiety -link). Alhamdulillah, kesihatan ketika itu kembali 90% baik dan hanya 10% terganggu sekali sekala. Tapi setelah berhenti ubat, simptom datang lagi.

Rawatan Demi Rawatan

Sejak serangan pertama pada Ogos 2015 sehingga Feb 2016, kesihatan Adaa turun naik. Ya, simptom dah tak seteruk dulu tapi masih mengganggu rutin. Sentiasa sesak nafas. Pedih ulu hati atau perut memang kurang. Ubat ada yang membantu ada yang tidak. Dari yang dos rendah sehingga dos tinggi dan pelbagai jenama Adaa cuba sampailah akhirnya jumpa yang sesuai dengan simptom. Ketika itu Adaa ambil Ganaton 2 biji sehari dan Pantoprazole 40 juga 2 biji sehari. Ini dos maksimum yang doktor benarkan. Walaupun dah semakin baik tapi masih belum tahap memuaskan. Jadi pada 5/2/2016, Adaa pergi ke KPJ Kajang untuk ujian Endoskopi. Ini kali pertama Adaa buat ujian endoskopi dengan Pakar Gastro. Dan keputusannya ketika itu adalah mild chronic gastric with focal mucosal erosion. Tiada jangkitan H.Pylori dikesan.

Adaa masih ingat ketika ini Doktor hanya mengatakan LES longgar dan ada kesan kemerahan sedikit di dinding esofagus (inflammation). Pada ketika ini juga Adaa beritahu doktor bahawa Adaa sering sesak nafas tapi doktor menidakkan simptom tersebut dan katanya, itu hanya perasaan Adaa. Buat X-ray memang semuanya normal. Tetapi kenapa sesak nafas, masih tak tahu kenapa. Bayangkan selama setahun lebih, setiap kali Adaa tarik nafas, Adaa akan perasan. Tak boleh tarik dalam-dalam. Bercakap pun macam tak cukup nafas. Selama tempoh tu Adaa hanya berbisik. Ya, berbisik. Paling sedikit guna tenaga dan oksigen. Nak cakap dengan nada biasa atau kuat pun tak daya.

Seksa, memang seksa. Berat pun turun sampai 10kg. Nak makan sebarangan pun dah tentu tak boleh. Tenaga tak ada. Sangat mengganggu rutin harian. Malam baru pukul 8.30 dah mula berstoking, berselimut. Adaa cuma rasa tenang dan lega ketika tidur. Setiap kali terkena serangan Adaa akan tidur.

Pengalaman Anxiety

Dari sejak 2016 sehinggalah 2017, simptom masih sama, nafas masih sesak. Dan keadaan bertambah teruk apabila Adaa mula menunjukkan simptom atau kesan lain pula iaitu anxiety.

Pernah selama satu bulan penuh Adaa menghadapi Anxiety yang kronik. Setiap waktu terasa risau dan takut. Tak boleh dengar nama orang yang dah mati, lalu depan kubur, pandang kubur, dengar berita dekat TV. Kalau tengok Facebook sekalipun tak boleh baca sebarang status tentang kemalangan atau kematian. Setiap waktu terfikir apa akan jadi kalau Adaa mati, siapa nak jaga suami dan anak-anak yang masih kecil. Nak mandi pun takut lemas. Padahal guna shower je pun. Nak bawa anak-anak mandi air terjun ke sungai ke jangan harap, dah terus terbayang 1001 kemungkinan malapetaka. Allahu, berat, memang berat.

Ubat tak lagi membantu. Akhir sekali Doktor N mencadangkan berjumpa psychiatrist. Adaa setuju. Bila dah terdesak, apa pun sanggup.Pada 5/7/2017, Adaa jumpa doktor buat kali pertama. Puas diluah segala akhirnya doktor berikan ubat Espran,di ajar cara untuk bernafas dan bertenang. Alhamdulillah, sejak dari itu, kesihatan semakin baik. Mood semakin gembira malah sesak nafas yang dah bertahun ada tu pun hilang! Berat pun naik 10kg.

Ada yang risau dianggap gila bila berjumpa psychiatrist. Jangan risau, tak semua masalah mental itu gila. Dan kita hanya mendapatkan nasihat pakar. Apa yang nak ditakutkan?

 

Rawatan Endoskopi

Pada 6/7/2017 sekali lagi Adaa buat ujian endoskopi dan ujian Barium. Keputusannya, lebih jelas. Tiada abnormal sel. Tetapi masih ada kawasan yang kemerahan dan seperti luka. Juga, rupanya Adaa ada hiatus hernia. Pembedahan? Doktor kata tak perlu dan boleh dikawal. Memandangkan tak ramai yang ada kondisi seperti ini di Malaysia, jadi, jarang yang mahu dirawat sehingga tahap pembedahan. Dan jarang juga pakar Gastro yang mencadangkan rawatan pembedahan.

Jadinya, Adaa hanya teruskan ubatan, jaga makan.

Berhenti Dari Ubat

Memang lazim untuk mereka yang didiagnosa dengan GERD dan LES yang bermasalah untuk teruskan pengambilan ubat selamanya. Kalau sekadar luka atau keradangan, pengambilan ubatan buat tempoh masa tertentu sudah mencukupi dan boleh sembuh sepenuhnya. Tapi harus kekalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang supaya keadaan tak berulang.

Sampailah satu ketika, Adaa terdetik, sampai bila nak makan ubat. Adaa suka mengkaji apa yang tubuh kita rasa dan alami. Apa lagi bila terlalu ramai pesakit GERD yang menghubungi Adaa menceritakan pengalaman Gastrik Gerd dan Anxiety mereka. Jadi lebih terdorong nak tahu lebih banyak.

Setelah baca, mengkaji, rupanya kesan ubatan untuk jangkamasa panjang sangat bahaya. Adaa beli buku kajian dari Pakar perubatan luar negara untuk tahu apa kesan ubatan dan sudah tentu, seperti yang dijangka, tidak baik.

Dan sejak 2018 sehingga kini banyak kajian yang Adaa mula jumpa. Dulu tak rajin mencari, tak sempat fikir pun, sibuk dengan sakit kan. Ramai juga doktor yang tampil menerangkan isu ini. Ya, ubat memang membantu, tetapi sebolehnya elakkan pengambilan jangka masa panjang.

Adaa tak berniat nak menulis panjang tentang kesan ubatan ni. Hanya sedikit yang Adaa boleh kongsikan.

Contoh kesan sampingan H2 Blockers:

  • Perut tidak lagi boleh menghasilkan asid secara normal
  • Pedih ulu hati, muntah, loya, sembelit, cirit birit
  • Gangguan hormon seperti estrogen dan testosteron

Contoh kesan sampingan PPI:

  • Pengambilan berterusan boleh mendorong kepada Achlorhydria (ketiadaan asid perut). 
  • Cirit-birit, Masalah kulit, Sakit kepala, Gout

Keadaan seperti achlorhydria boleh mendorong kepada pelbagai lagi masalah kesihatan. Selain masalah berkaitan asid perut, ubatan juga boleh menyebabkan kegagalan penyerapan nutrien dan kekurangan pelbagai nutrien yang akhirnya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah anxiety dan gerd.

Ianya seperti kitaran yang tak akan berhenti, anda ada GERD dan Anxiety, anda ambil ubat yang boleh mengurangkan simptom dan pada masa yang sama mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan anda mendapat gerd dan anxiety kembali.

Sejak mengetahui kesan ubatan terhadap kesihatan Adaa, Adaa cuba berhenti satu demi satu dengan pantauan doktor. Alhamdulillah dah hampir setahun tanpa ubat.

Adakah Suplemen Membantu

Sejak pertama kali Adaa kena serangan GERD, Adaa memang banyak dibantu dengan suplemen. Bila terlalu letih, susah makan, tercekik dan sebagainya, suplemen lah yang banyak membantu untuk kekal kenyang, tak membebankan penghadaman, keluarkan angin dan jadikan perut lebih selesa. Malah suplemen seperti protein dan Vitamin C banyak membantu proses pemulihan dinding esofagus dan keradangan.

Ketika itu banyak makanan kena berpantang. Ada yang beritahu Adaa, mereka hanya makan bubur kosong. Habis, mana nak datang nutrisi?

Bermula tahun 2011 lagi Adaa memang mengamalkan suplemen. Apa lagi ketika 2015 sehingga kini. Apabila perut tak dapat menyerap nutrisi dengan baik, dah tentu lebih banyak penyakit boleh datang. Jadi pengambilan suplemen sangat WAJIB.

Adaa juga pernah jumpa sendiri pakar perubatan dari US berkaitan masalah anxiety dan beliau menasihatkan Adaa supaya jangan berhenti ambil B Complex, Kalsium bersama magnesium dan Omega 3. Semua ini sangat penting untuk kesihatan mental.

Menurut Doktor Jonathan V.Wright, pengambilan nutrisi/suplemen, pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang betul boleh membantu mereka yang mengalami Gastrik Gerd dan Anxiety tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.

Oleh sebab itu, pastikan anda mendapat nutrisi yang betul dan mencukupi, amalkan gaya hidup dan makan yang betul bagi memastikan Pengalaman Gastrik Gerd dan Anxiety anda yang ngeri tu tak lagi berulang.

Similar Posts

2 Comments

  1. salam puan. blh tahu tak jenama pa puan ambik untuk supliment puan inform diatas

Comments are closed.