Penjagaan Kulit

Malas cuci muka? Leceh lah jaga kulit ni macam perempuan pula! Wahai lelaki, perempuan atau lelaki semua perlu penjagaan kulit yang baik. Takut tak macho ke? Orang lelaki yang jaga kulit lagi macho tau! Kalau anda rasa terlalu malas nak amalkan penjagaan kulit yang berbelas langkah macam wanita, ini Adaa kongsikan hanya 5 tips penjagaan kulit yang paling asas untuk anda lakukan. Hanya 5! Kalau malas juga tak tahu lah hehe.

5 TIPS ASAS

TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK LELAKI

 

TIPS 1: CUCI MUKA

Ini yang paling asas dan WAJIB dalam penjagaan kulit. Seharian kulit kita terdedah dengan kotoran, sinar matahari, debu sana sini, minyak, peluh. Jadi, silalah cuci muka bagi menyingkirkan semua kotoran tersebut. Orang lelaki ni selalunya suka sental muka dengan sabun ketul tu betul tak? Tahu tak, sabun tu boleh membuang semua sebum semulajadi atau minyak semulajadi dikulit anda dan akan membuatkan kulit anda sangat kering. Bila kering ni, mudah lah kulit berkedut, muka pun makin tua. Jadi, pilih pencuci muka yang lembut dan tak merengsakan kulit. Kalau tak tahu sangat nak pilih mana satu, tanya aja penjual tu.:)

 

TIPS 2: PILIH PENCUKUR YANG SESUAI

Gunakan pencukur yang sesuai untuk kulit anda. Apabila bercukur dalam keadaan kulit kering, risiko untuk terluka, ditumbuhi jerawat akan lebih tinggi. Jadi, satu tips untuk anda, basahkan dahulu wajah anda. Bercukur selepas mandi lebih baik! Ini kerana, dalam keadaan kulit lembap, rerambut di wajah lebih lembut dan mudah dicukur. Satu kesilapan ketika bercukur ialah, menentang arah tumbuhnya rerambut dan cukur terlalu kasar dan berkali-kali. Ini tidak akan membantu. Sebaliknya anda hanya perlu bercukur dengan lembut, tidak perlu terlalu menekan dan ikut arah rerambut anda tumbuh.

 

TIPS 3: GUNAKAN PELEMBAP KULIT

Ini juga salah satu perkara paling penting dalam penjagaan kulit. Kulit yang lembap dan terhidrat akan lebih sihat dan tampak lebih muda. Kadang muka dah elok-elok tapi kulit kasar pula. Kalau takut berbau macam perempuan, kot hilang maskulin, cuba cari pelembap yang tanpa bau. Banyak dah sekarang. Baru kulit lebih licin dan lembut. Tapi jangan pula pakai terlalu banyak, tersumbat pula pori tu nanti. Muncul pula jerawat.

TIPS 4: PRODUK TANPA BAU DAN ALKOHOL

Sekiranya anda jenis kulit sensitif atau nak menggunakan ‘after shave‘ , cuba cari yang tidak ada wangian dan alkohol. Ini lebih sesuai bagi mengelakkan kulit anda menjadi kering dan makin sensitif. Kalau dapat cari yang semulajadi lagi bagus.

TIPS 5: PELINDUNG UV / SURIA

Dengan cuaca yang panas di Malaysia ni, kulit kita sangat memerlukan pelindung. Sinar Uv dan matahari boleh menyebabkan kulit kering, kemerahan, iritasi, mudah ditumbuhi jerawat dan jeragat. Lebih teruk lagi, anda juga terdedah kepada kanser kulit. Sekiranya anda sering berada diluar, sering memandu (sinar UV boleh menembusi cermin kereta anda ya), silalah guna pelindung UV. Samada ianya SPF 30 atau lebih, pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit anda. Di Malaysia, apabila cuaca terlalu panas, krim pelindung dengan SPF lebih daripada 30 adalah digalakkan. Orang lelaki cukup malas bila bab pakai krim pelindung suria ni. Jangan abaikan. Ini salah satu krim yang anda WAJIB guna.

 

Senang kan? Bukan susah pun penjagaan kulit ni. Kalau dirumuskan, anda hanya perlukan pencuci muka, pencukur, pelembap dan krim pelindung suria. Tak macam wanita yang senarainya mungkin jauh lebih banyak dan panjang 🙂

 

Jika anda masih tidak tahu produk apa yang sesuai, nak cari yang bagus, bebas bahan kimia bahaya, mempunyai kualiti yang tinggi dan berkesan, Adaa cadangkan anda guna produk YOUTH dari Shaklee. Produk yang menjadi fenomena di US dikalangan wanita dan lelaki ini akhirnya telah tiba di Malaysia bulan Feb 2018. Jika anda mahu menjadi orang terawal mendapatkannya, sila hubungi kami segera ya. Whatsapp sahaja dan tempah!

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This