resepi cucur kembung

Geli hati pula dengar nama cucur kembung. Terbayang betapa kembungnya cucur tu. Petang-petang ni mulalah rasa nak kunyah je, jadi kita carilah resepi cucur kembung selepas terpandang gambar nan indah diatas tu. Dah jumpa resepi, tepung pula rupanya dah lama habis. Sabar jelah. Tapi takpelah, tak dapat kongsi gambar cucur kembung, Adaa kongsikan resepi cucur kembung pun jadilah ya. Resepi cucur kembung ni boleh diolah ikut kesukaan korang sendiri sebenarnya. Kalau nak manis ke nak letak jagung ke terpulang. Ikut selera. janji sedap!

RESEPI CUCUR KEMBUNG (cara saya)

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum (adaa suka jenama Faiza sebab agak kenyal, jenama lain pun boleh saja)
  • 2 Cawan air panas (mendidih ya kawan-kawan)
  • 2-3 Sudu gula (kurangkan manis dalam makanan lebihkan dalam senyuman, ewah!)
  • 1 Cawan jagung manis (yang dalam tin jenama Ayam Brand tu sedap juga)

 

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dan adun rata guna senduk atau sudu (guna tangan kang melecur pulak)
  2. Bulat-bulatkan bagi comel bila adunan tadi dah suam sikit (sila jaga tangan anda ya)
  3. Goreng deep fry.
  4. Siap!

 

Senang amatlah kan. Yang penting ianya sangat comel dan menarik. Budak-budak dengan mak ayah budak sekali pasti suka.

Macam yang Adaa kata tadi, resepi cucur kembung ni boleh diubahsuai mengikut citarasa korang. Tak minat jagung, tak perlu letak. Nak letak ayam pun sedap. Tapi goreng dulu lah ayam nya. Nanti tak masak pula. Nak letak sayur lain pun boleh.

Selamat mencuba!!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This