ibu mengandung

Bilakah waktu terbaik untuk ibu mengandung mula mengambil vitamin? Majoriti ibu mengandung mula ambil vitamin ketika disahkan hamil kan atau masa pergi buka buku pink di klinik. Tapi, adakah itu waktu yang tepat? Masa tu selalunya kita dah sekurang-kurangnya 4-6 minggu hamil betul tak? Sebab bila tunggu haid tak datang, baru kita buat ujian kehamilan betul tak? Lepas tu baru nak mula makan secara sihat, ambil vitamin. Itu pun yang rajin, ada ibu mengandung, dah dapat vitamin simpan dalam almari. (siapa buat sila muhasabah diri haha). Tahu kah anda bila waktu yang tepat dan kenapa kita perlu kan nutrisi yang mencukupi?

WAKTU TEPAT UNTUK MULA AMBIL VITAMIN

 

Bila waktu yang tepat? Adakah masa dah tahu kita mengandung, wahai ibu mengandung sekalian atau tak perlu ambil? Ke perlu ambil sebelum mengandung lagi? Jawapannya, SEBELUM MENGANDUNG.

 

Kekurangan Nutrisi

 

Adaa pasti, setiap ibu mengandung atau wanita dalam kes ini, jarang sangat mengamalkan pemakanan seimbang. Sekiranya seimbang sekalipun, masih ada lompong-lompong yang perlu diisi sebab nutrisi yang kita perlukan sangat banyak dan dengan jadual harian kita mustahil kita dapat penuhi semuanya. Contoh yang adaa bagi sebelum ni, Vitamin C, perlukan 8 biji oren setiap hari. Mampu nak makan hari-hari? Tu baru vitamin C, belum lagi kalsium, bcomplex, omega, protein dan sebagainya. Bayangkan setiap kali hidangan makanan kita perlu lengkap dengan semua tu, agak mustahil kan. Sebab tu wujudnya makanan tambahan dan vitamin ni.

Jadi, berdasarkan pemakanan harian kita, majoriti wanita tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya setiap hari.

Vitamin prenatal

 

Apabila kita cuba untuk hamil, seharusnya kita sudah mula mengamalkan vitamin prenatal. Sebab, vitamin ni bukan makan, terus sehari dua bagi kesan kepada tubuh kita ye. Sel-sel tubuh kita perlukan 90 hari untuk bertukar atau berganti dan vitamin juga memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan sistem badan kita. Jadi sekiranya kita ingin hamil, para wanita haruslah mula mengambil vitamin sekurang-kurangnya seawal 3 bulan sebelum persenyawaan (conception). Ini kerana, pengambilan nutrisi yang lengkap sebelum persenyawaan dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.

 

Peringkat Kejadian Manusia

 

Jika anda lihat carta diatas, lazimnya, kita tahu kita mengandung ketika haid kita lewat kan. Masa tu mungkin kita dah mengandung 4-6 minggu. Selalunya kalau jumpa doktor tu masa tu dah 5-6 minggu dah. Tetapi, jika dilihat dari carta diatas, bermula minggu ketiga merupakan waktu penting untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Sekiranya ibu kekurangan nutrisi yang penting pada ketika ini seperti asid folik, ianya boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi seperti Spina Bifida.

Jika ibu hanya mendapat tahu dirinya mengandung pada usia kandungan mencecah 6 minggu dan baru mula ingin mengambil asid folik ketika itu dan sekiranya bayi tersebut sudah pun menunjukkan kecacatan spina bifida, pengambilan asid folik tadi tidak mampu membaiki keadaan tersebut kerana kecacatan tersebut sudah terjadi.  Sebab itu penting untuk kita tahu bila waktu yang tepat untuk mengambil segala nutrisi yang diperlukan sepanjang kehamilan. Sebab itulah Adaa sebut tadi, mula ambil 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil.

Jika anda sememangnya dalam usia yang boleh mengandung dan memang cuba untuk mengandung, SILA  mula amalkan prenatal vitamin bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan ibu dan bayi kelak.

 

PERLUKAH  IBU MENGANDUNG TERUSKAN VITAMIN SELEPAS DISAHKAN HAMIL?

 

Kembali kepada carta diatas. Setiap minggu, terdapat pembentukan organ yang berlainan dan sistem yang berlainan. Jadi, setiap waktu itu adalah penting bagi mengelakkan sebarang kecacatan. Setiap minggu itu juga selama 9 bulan, ibu dan bayi memerlukan nutrisi yang cukup bagi membantu pembentukan organ dan sistem tersebut. Jadi, amatlah penting untuk si ibu meneruskan pengambilan Vitamin Prenatal sepanjang tempoh kehamilan sehingga melahirkan.

 

1000 HARI PERTAMA PALING PENTING

 

Pengambilan nutrisi yang seimbang tidak terhenti disitu ya ibu-ibu. Selepas kita melahirkan bayi, kita perlu teruskan dengan postnatal vitamin dan mengamalkan pemakanan seimbang bagi menyediakan tubuh kita untuk menyusukan bayi dan memberikan penyusuan yang berkualiti buat bayi kita sehingga usia mereka 2 tahun.

Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu merupakan makanan yang paling penting buat si manja. Apa yang kita berikan kepada anak kita diawal kehidupan mereka pastinya akan memberikan kesan kepada mereka kelak.

Bermula sejak dari sebelum persenyawaan, sehinggalah mereka lahir dan menyusu selama 2 tahun, mereka perlu dibekalkan dengan nutrisi yang lengkap. Ini sangat penting kerana 1000 hari terawal ini lah yang akan membantu mereka untuk kekal sihat dan membesar dengan baik. Pemakanan yang seimbang dan nutrisi yang lengkap dapat mengelakkan risiko kekurangan nutrisi, obesiti, diabetes dan pelbagai masalah kesihatan. Tindakan ini boleh menyelamatkan BERIBU NYAWA setiap tahun.

TIPS IBU

 

Entry ini bukan sekadar ingin memberikan info tetapi menyeru kepada semua wanita dan ibu diluar sana agar membekalkan nutrisi yang seimbang untuk bayi kita. Dengan nutrisi yang betul dan lengkap, mereka boleh membesar dengan sihat, pertumbuhan yang baik dan boleh memberikan masa depan yang lebih cerah kepada mereka.

Bukan untuk mereka sahaja tetapi juga untuk diri kita. Kita juga dapat mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin, kekal bertenaga dan sihat, mengekalkan bentuk badan dan berat badan ideal, kesihatan mental dan mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin dan pelbagai manfaat kepada kedua-dua ibu dan anak.

Bukan senang jadi ibu, tanggungjawab kita bermula sejak sebelum mereka dilahirkan lagi. Itulah amanah terbesar kita.

Jadi, ibu-ibu, jangan culas makan vitamin, jangan makan ikut nafsu tekak sahaja tetapi fikirkan tentang kesihatan kita sendiri dan bayi.

If you are a woman and a mother, you should realized how important this issue is. This is not just about us. This is about life. Human’s lives. 

Sebab itulah pelbagai kempen telah diadakan diserata dunia bagi memberitahu bahawa betapa pentingnya 1000 hari ini. Kita sebagai seorang wanita dan bakal ibu, mulakan dengan pengambilan nutrisi dan prenatal vitamin mulai hari PERTAMA bayi kita disenyawakan. Itu tanggungjawab kita.

Jadi, dah tahukan bila waktu untuk mula ambil vitamin? Mulakan!

 

Sekiranya anda ingin mengetahui apakan Vitamin untuk ibu mengandung dan berpantang sehingga menyusukan anak, boleh baca entry adaa sebelum ini dan dapatkan melalui Adaa ya. Semoga bermanfaat!

 

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This