shaklee untuk bayi
Yeay! yang dinanti sudah tiba! Sekarang dah ada produk khas untuk bayi. Shaklee untuk bayi anda yang comel montel gebu gebas tu. Shaklee sememangnya terkenal dengan makanan tambahan yang semulajadi dan organik dan produk yang sangat mesra alam. Jadi, shaklee untuk bayi anda ni pun dijamin sangat selamat, semulajadi dan berkesan. Nak tahu lebih pasal produk shaklee untuk bayi ni? Jom!

 

PRODUK SHAKLEE UNTUK BAYI ANDA

 

Pada 30 Oktober lepas, Adaa sempat menyertai Roadshow yang dianjurkan oleh Shaklee. Memang best! Sebelum masuk dah nampak dah produk terbaru Shaklee yang akan dilancarkan hujung November ni. Waduh, memang tergoda. Dan yang paling best, kami boleh mencuba produk tersebut pada masa tu dan beli set tersebut. LIMITED EDITION ok, orang lain belum dapat kita dah dapat beli, merasa pegang. Memang teruja!

Nampak tak muka teruja tu haha. Geram sangat sebab towel comel, beg pun comel, produk bayi pun lagilah comel. 

Shakleebaby sangat istimewa kerana ianya menyediakan apa yang bayi anda perlukan. Set ini hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT & ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk anak anda.

Dalam Set ini ada 3 produk iaitu Gentle wash, Soothing lotion dan Massage oil. 

GENTLE WASH

Mandian yang sangat wangi tetapi lembut ini dihasilkan daripada chamomile, lavender dan aloe vera organik. Dengan bauan daripada bunga-bungaan ianya memberikan kesan yang menenangkan untuk bayi selain melegakan kulit. Ia juga bebas alahan dan sangat sesuai untuk kulit sensitif!

SOOTHING LOTION

Seperti namanya, losyen ini membantu melembapkan kulit secara semulajdi dan selamat. Ianya dihasilkan dari chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

MASSAGE OIL

Set bayi takkan lengkap tanpa minyak. Minyak ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk mengurut bayi anda supaya lebih tenang, selesa terutamanya selepas mandi. Ianya dihasilkan dengan minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Diuji oleh pakar pediatrik Tidak menimbulkan alahan Bahan yang disahkan organik Bahan semulajadi dan organik pH yang seimbang Diuji secara klinikal Diformulasi tanpa: Paraben, 1,4-dioxan, Natrium lauril sulfat (SLS), Phthalates, Bisphenol-A (BPA), Formaldehid, warna tiruan atau wangian.
Kalau kita lihat dipasaran, memang banyak produk untuk bayi. tetapi adakah semuanya selamat?  Masa Adaa melahirkan anak ketiga, keluar je hospital, badan dia penuh meruam sampai adaa tak tahu nak buat apa. Tak tahu apa punca, sebab mandian ke, baju ke, towel ke. Memang kesian. Masa tu tak tahu nak buat apa, sudahnya doktor kata mandi takyah pakai apa-apa. Sabun ke lotion ke semua lah. Macam tu sekali sensitifnya kulit bayi kita dengan persekitaran. Sebab tu, bukan sembarangan produk kita boleh sapu kan kat anak kita terutamanya ketika mereka masih bayi Produk Shaklee ni, seperti yang adaa tulis diatas tadi, diperbuat daripada bahan semulajadi dan organik. Tahukah anda, bahan seperti rosemary oil, minyak vanila, minyak biji jojoba dan shea butter organik tu sangat berkualiti tinggi dan harganya juga tinggi? Bukan calang-calang bahan ya, ini premium. Sebab apa? Sebab ianya berbaloi untuk bayi kita. Kalau yang dah pernah kena ruam, alahan, ibu-ibu boleh faham kot betapa susahnya nak cari penyelesaian. Bimbang kita ni sebagai ibu. Cuba segala macam produk. Kadang sampai buntu betul tak? Ibu yang ada pengetahuan, mereka buat sendiri produk untuk anak mereka, juga dengan menggunakan bahan-bahan premium yang adaa sebut tadi. Betul, bukan senang nak uruskan si manja ni ye. Jadi tugas kita untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Kalau tak, kita juga yang risau, anak kulit gatal, meruam, menangis berpanjangan, kita juga yang stress ye tak? hehe

 

DAH YAKIN DENGAN SHAKLEE?

Bagi yang nak merasa sendiri pengalaman bersama SHAKLEEBABY ni, jangan lepaskan peluang hujung November ni ok? Boleh beli dan rasa sendiri kesannya pada bayi anda. Hubungi Adaa untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ye! Klik aje button whatsapp dibawah 🙂

Pin It on Pinterest

Share This