kebaikan penyusuan

Menyusukan anak adalah antara impian semua ibu kan? Tetapi ada yang berjaya, ada yang tidak. Bergantung kepada faktor tertentu dan pilihan si ibu itu sendiri. Kenapa ramai orang menggalakkan penyusuan susu ibu? Mudah, kerana ianya memberikan pelbagai kebaikan. Kebaikan penyusuan susu ibu tidak terhad kepada bayi sahaja tetapi juga kepada ibu itu sendiri. Dalam Islam sendiri kita digalakkan menyusukan anakkan? Dah tentu kebaikan penyusuan ni besar sebab tu ianya disarankan dalam kebanyakan agama. Hari ni Adaa kongsi sedikit lah apakah kebaikan penyusuan yang ibu boleh dapat dan apa pula kebaikannya buat si manja anda.

 

 

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

 

Terdapat banyak kebaikan penyusuan kepada ibu yang mungkin kita semua tak tahu. Antaranya:

  • Penyusuan membantu membakar lebih banyak kalori, jadi ianya membantu ibu mendapatkan berat badan sebelum bersalin dengan lebih cepat.
  • Menggalakkan pelepasan hormon oxytocin yang membantu mengecutkan rahim kepada saiz asal 4 minggu lebih awal ( dalam 6 minggu) berbanding ibu yang tidak menyusukan anak ( 10 minggu ) dan boleh mengelakkan pendarahan uterin selepas bersalin.
  • Merendahkan risiko untuk memperolehi kanser ovari dan kanser payudara
  • Merendahkan risiko mendapat osteoporosis kerana kajian menunjukkan penyusuan membantu penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli susu formula dan peralatan untuk menyusukan bayi.
  • Hubungan yang lebih erat antara ibu dan anak.
  • Melambatkan menstruasi. Apabila kita menyusukan anak, hormon prolaktin akan dilepaskan. Paras hormon prolaktin yang tinggi akan melambatkan ovulasi. Jadi, lama sikit cuti daripada datang haid 🙂

 

 

 

KEBAIKAN PENYUSUAN KEPADA BAYI

 

Ini dah tentunya banyaklah, dan antaranya yang mungkin ibu belum tahu:

  • Bayi anda mendapat nutrisi yang lengkap dari susu ibu. Vitamin, protein, lemak yang sihat bagi membantu tumbesaran bayi. Sebab tu kalau anak yang breastfeed ni bambam sangat kebanyakannya
  • Susu ibu mengandungi antibodi yang boleh membantu meningkatkan pertahanan anak anda dan mengelakkan daripada kerap jatuh sakit.
  • Penyusuan susu ibu merendahkan risiko bayi mendapat asma dan alergi.
  • Bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan sangat jarang mendapat jangkitan telinga, cirit birit, masalah pernafasan dan jarang sakit.
  • Meningkatkan tahap kecerdasan minda dan IQ anak apabila semakin membesar
  • Skin contact dan eye to eye contact membuatkan hubungan bertambah erat dan bayi akan rasa lebih selamat.
  • Mengelakkan obesiti dikalangan anak kita apabila membesar.
  • Mengelakkan kejadian SIDS (sudden Infant Death Syndrome)
  • Penyusuan susu ibu juga dikatakan dapat merendahkan risiko bayi daripada terkena diabetes, obesiti dan kanser.
READ  TEKNIK MARMET YANG BETUL [PERAHAN SUSU IBU]

 

Ini merupakan set terlaris untuk ibu yang berpantang dan menyusukan anak. Set ini boleh digunapakai semasa berpantang sehinggalah anda menyusukan anak sehingga 2 tahun nanti. Untuk butiran terperinci bagi setiap produk, boleh rujuk VITAMIN KETIKA MENGANDUNG & BERPANTANG.

 

Mungkin tak semua ibu dapat menyusukan anak. Adaa sendiri tak menyusukan anak pertama kerana masalah kesihatan dan kurang ilmu pada ketika itu. Anak pertama dulu memang selalu sakit, berlebihan berat badan sehingga sekarang berbanding dua lagi adik dia yang menyusu badan.

Tetapi, tak mengapa. Yang penting kita cuba dan usaha memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Ingat ya, penyusuan susu ibu ni bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi kita tetapi juga kepada diri kita dari banyak segi. Mula-mula mungkin susah, tapi ia akan menjadi semakin mudah nanti.

Go go MOMS!

Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk penyusuan anak dan membantu dalam penyusuan, boleh dapatkan set menyusu Shaklee dari Adaa ok? Dah baca kan VITAMIN KETIKA MENGANDUNG & BERPANTANG Ini penjagaan prenatal & postnatal yang sangat penting untuk anda termasukah penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. Jadi, buat pilihan yang bijak ok?

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Pin It on Pinterest

Share This