muka berjerawat

Antara set yang paling laris di Shaklee adalah untuk masalah kulit seperti muka berjerawat. Tetapi peliknya, ada pula yang kata, kulit mereka semakin berjerawat selepas guna Shaklee? Muka berjerawat lebih teruk dari sebelumnya? Macam mana tu? Adakah ini normal atau tidak. Pernah tak anda alami masalah kulit muka berjerawat lebih teruk selepas guna Shaklee? Ya, saya sendiri pernah.

 

KENAPA KULIT MUKA BERJERAWAT SELEPAS GUNA SHAKLEE?

 

Sebelum Adaa terangkan kenapa, cuba anda periksa diri sekejap, adakah anda:

  • Selalu stress atau stress untuk jangkamasa panjang
  • Tidur lewat
  • Diet yang tidak seimbang
  • Malnutrisi
  • Menggunakan kosmetik atau set penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia
  • Kerap bersolek

Kalau pernah alami salah satu atau lebih dari perkara diatas tu, tak hairanlah kulit muka berjerawat selepas guna Shaklee. Shaklee merupakan produk yang berasaskan dari sumber semulajadi. Apabila diri kita dah biasa menggunakan bahan penjagaan wajah yang mengandungi bahan kimia, jadual makan pun tak teratur, tidur pula lewat, stress lagi, ia boleh menyebabkan berlakunya krisis pemulihan selepas anda mula mengambil Shaklee.

KRISIS PEMULIHAN

Kenapa terjadinya krisis pemulihan?

jerawat 2

APA ITU KRISIS PEMULIHAN?

 

Krisis pemulihan ialah satu jangkawaktu bagi seseorang untuk tubuh mereka menyesuaikan diri apabila mula makan suplemen. Biasalah kan, apabila kita tak pernah guna atau makan sesuatu, tubuh kita mula bertindak balas untuk menyesuaikan diri dengan benda baru. Tindak balas ni kalau dilihat nampak macam penyakit, tetapi ianya hanyalah reaksi normal. Apa lagi kalau sebelum ini tubuh kita kekurangan nutrisi dan tiba-tiba dibekalkan dengan nutrisi yang banyak. Terkejut kan? Jadi, jangan risau, itu hanyalah krisis pemulihan.

 

Dalam kes anda yang yang mengambil Shaklee dan muka menjadi semakin berjerawat, jangan risau. Itu hanyalah proses detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin yang mengawal selia. Selepas proses detokfikasi selesai, kulit wajah anda akan menjadi lebih baik, bersih dan anda akan memperolehi hasil yang anda mahukan.

k

KONGSI CERITA

Ada beberapa orang pelanggan di Adaa’s Inspiration yang ambil set untuk kulit seperti vitamin E dan vivix mula mengalami tindakbalas yang agak teruk. Muka berjerawat teruk. Ada yang terus taknak teruskan dan mula pakai produk lama yang mengandungi bahan kimia.

Ada pula yang sabar, nak teruskan walaupun muka penuh jerawat seminggu dua. Tapi hasilnya lepas tu, jerawat mula kecut, hilang, parut mula pudar dan wajah tak lagi kusam. Kulit semakin licin berseri kerana segala kekotoran telah dikeluarkan dan hasilnya, kulit wajah yang lebih sihat dan bersih!

Ini Adaa kongsikan sedikit testimoni mereka yang mengalami kulit muka berjerawat dan akhirnya mendapat kesan yang sangat baik. Nanti dalam entry seterusnya, adaa akan kongsikan satu lagi kes jerawat ni ok? Dah faham kenapa kulit berjerawat selepas guna Shaklee? Jangan risau lagi ya sebab ini mungkin permulaan yang lebih baik untuk kulit anda!

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This