Selepas Malaysia kecoh dengan pertunangan Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lepas, hari ini sekali lagi dikejutkan dengan berita Fattah amin dan Fazura nikah pada 27 nov 2017. Kenapa pula Adaa beria tulis pasal diorang? adakah peminat tegar? Tak lah tegar. Adaa memang suka layan drama, filem tapi memilih jugaklah. Cuma Adaa ni sangat suka OST. Dalam telefon ni penuh dengan OST korea, melayu. Asalkan yang sedap ditelinga atau melodi yang nyaman di halwa telinga, adaa suka tak kisahlah siapa penyanyinya. Pagi tadi tengok-tengok Instagram sendiri, kemudian, saja tengok kat wall, ada gambar yang menangkap mataku. Dalam hati “eh, fattah amin dan fazura nikah ke?” Sekali betul daaa
fattah amin dan fazura nikah

TAHNIAH!

Walaupun Adaa bukanlah peminat tegar mereka berdua, tapi tahniah lah diucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhirnya. Kalau bukan peminat tegar dah kenapa sampai tulis dalam blog. Nak jadi kepochi ke? Tak, ada ‘sesuatu’ yang menangkap minat Adaa mengenai pasangan #Fattzura ni.

 

SENTIASA POSITIF

 

Apa yang lebih menarik perhatian Adaa bukanlah tentang drama mereka atau pernikahan mereka (bukan kita dapat gi pun majlisnya hehe) tetapi Adaa lebih tertarik kepada sikap mereka berdua dalam industri hiburan tanah air ni.

Bukan sekali dua kontroversi pasal diorang ni keluar. Pasal Fattah amin yang berlakon kayu mula-mula dulu, pasal suara tak sedap tapi nak nyanyi, pasal nak tulis buku walaupun bukan penulis, pasal itu ini, macam-macam. Tetapi walaupun sentiasa dikecam, bagusnya dia ni tak cepat melatah seperti kebanyakan artis lain. Dia tetap dengan pendirian dia dan setiap kali ditemubual pun dia tidak berkata kasar malah menjawab dengan baik.

Begitu juga dengan Fazura. Siapa tak kenal Fazura yang sangat cantik. Ok, yang ni memang Adaa sendiri kagum betapa lawanya dia walaupun dah berusia 34 tahun. Fazura pun sama, sentiasa ada kontroversi tetapi dia bijak menolak dengan baik dan tetap positif. Tak kisah apa orang nak cakap janji dia bahagia dan akhirnya dia menjadi salah satu nama besar bukan sahaja dalam industri hiburan malah fesyen dan dunia perniagaan. Hebat kan?

Bukan senang nak survive dalam dunia hiburan ni apa lagi di Malaysia yang sangat penuh dengan keyboard worrior bagai.  Biasalah, melayu kan terkenal dengan suka jaga tepi kain orang huhu. Tetapi mereka ni membuktikan dengan sikap yang positif, mereka boleh bertahan lama dalam industri dan semakin maju pulak tu.

ABAIKAN KATA-KATA NEGATIF

 

Sepertimana mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka dan kini dah pun menikah, kita juga perlu ada attitude yang sama kalau nak berjaya. Orang takkan suka melihat kita berjaya. Manusia memang dilahirkan dengan sifat dengki dan iri hati tetapi kalau kita nak berjaya, abaikan kata-kata mereka yang negatif tu.

 

 

Pernah dengar tentang Katak Pekak? Disebabkan dia pekak, dia ingat orang yang menarik dia kebawah tu, yang mengatakan dia tak boleh buat, yang kata duduk aja diam-diam tak perlu buat apa-apa tu  sedang memberi sokongan kepada dia.

Begitu juga kita. Walau apa pun orang kata, anggap kata negatif mereka sebagai cabaran bagi kita untuk melompat lebih tinggi. Kita ada dua pilihan, sama ada ingin mengabaikan terus atau ambil kata-kata mereka sebagai cabaran untuk kita lebih berjaya. 

 

Mula-mula kita nak buat sesuatu yang diluar kebiasaan kita, contohnya nak mula berniaga, jarang yang menyokong sepenuhnya. Kebanyakannya skeptikal dengan pilihan kita. Tetapi kita perlu positif dan berusaha supaya boleh meneggelamkan kata-kata negatif mereka. Bila kita dah berjaya, secara tak langsung, orang pun akan berhenti cakap buruk pasal kita betul tak?

Jadi, jika kita tahu apa yang kita nak, usaha sebaiknya, abaikan kata-kata negatif disekeliling kita. Sentiasa doa yang terbaik untuk kejayaan kita. Bak kata Fattah Amin dan Fazura, ‘doa yang baik-baik’. Ha gitu!

Apa pun Tahniah untuk kedua-dua artis kesayangan negara ni !

#hakaknakmasakpulak

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This