Cara Mengatasi Payudara Kendur
Masalah payudara kendur sentiasa membimbangkan kaum wanita terutamanya para ibu. Kenapa ibu? Kerana ibu selalunya berkali-kali mengalami perubahan hormon, perubahan berat badan sepanjang kehamilan yang mana merupakan salah satu punca utama masalah payudara kendur ni. Kalau bukan ibu pun, para wanita secara amnya sangat menitikberatkan aset wanita ni kan. Dalam entry adaa sebelum ni PAYUDARA KENDUR? APA PUNCANYA? Adaa dah berkongsi tentang punca kepada permasalahan ini. Kali ini jom ketahui cara mengatasi payudara kendur secara semulajadi.
Entry ini mungkin ada visual yang agak sensitif, tetapi ianya sekadar untuk tujuan pembelajaran. Harap maklum
CARA MENGATASI MASALAH PAYUDARA KENDUR
Cara yang paling cepat dan mudah serta terbukti berkesan adalah melalui pembedahan. Di Barat, cara ini memang sangat popular tetapi sebaliknya di Timur, Asia cara ini mungkin merupakan alternatif atau pilihan yang terakhir. Seram juga nak bedah semata-mata nak cantik kan? Jadi, apa cara lain yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan berlakunya masalah payudara kendur ini atau memulihkan secara semulajadi?
1. KEKURANGAN NUTRISI
Apa kaitannya? Tahukah anda, nutrisi yang cukup membantu dalam perkembangan dan pembesaran payudara? Kalau kita kurang nutrisi, jadi kurang jugalah yang sampai ke payudara tu untuk proses perkembangan. Contohnya, tisu payudara memerlukan protein yang mencukupi bagi menggantikan tisu yang rosak. Kalau tak cukup protein, ianya akan mengganggu proses tersebut. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan otot payudara kurang kuat dan tidak tegang dan hasilnya, payudara akan kendur!
Jadi, pastikan anda ambil protein, karbohidrat, asid lemak yang sihat, vitamin, kalsium dan mineral yang mencukupi dalam diet harian anda.
2. SENAMAN
Selain mencukupkan nutrisi dalam diet harian, apa lagi cara mengatasi payudara kendur? Ya, senaman. Senaman bukan sebarang senaman tetapi senaman yang lebih menumpukan kepada bahagian tisu payudara dan otot pektoral di sekitar dada kita. Memang liat lah kalau bab senaman ni tetapi benda bagus memang liat nak buat 😛 . Sila bertabah dan mula bersenam jika anda inginkan hasil yang hebat.
Payudara kita terdiri dari lemak, tisu penghubung, kelenjar susu, kelenjar limfa, dan salur darah. Tiada sebarang tisu otot dibahagian payudara jadi senaman tidak akan menaikkan atau menganjalkan semula payudara kita secara langsung. Tetapi senaman yang bertumpu kepada otot pektoral di sekitar dada dapat membantu mengangkat bahagian payudara kita dan mengurangkan masalah payudara kendur.
3. URUTAN AIS
Cara mengatasi payudara kendur yang berikutnya ialah dengan urutan ais. Mengurut payudara menggunakan ais mungkin tak pernah dibuat orang kan tetapi ianya membantu. Suhu yang sejuk akan menyebabkan tisu disekitar payudara kontrak dan payudara akan kelihatan lebih anjal serta tegang.
Hanya gunakan 2 kiub ais dan lakukan urutan dalam gerakan bulat di setiap payudara selama satu minit. Setelah itu keringkan dan pakai bra yang sesuai. Kekal berbaring selama 30 minit.
4. URUTAN
Selain urutan menggunakan ais, urutan biasa juga membantu mengurangkan masalah payudara kendur. Urut payudara dalam gerakan ke atas selama 15 minit setiap hari mampu memberikan perubahan. Mengurut menggunakan minyak zaitun bukan sahaja membantu tona kulit nampak lebih sekata, sifatnya yang kaya dengan antioksidan itu juga mampu membaiki sel rosak dan memberikan kulit anda tekstur yang lebih licin.
5. MASKER
Masker untuk payudara pun ada? Ya. Hanya gunakan timun dan kuning telur sahaja tau. Timun membantu menyegarkan kulit, manakala kuning telur pula kaya dengan protein dan vitamin yang sesuai untuk menegangkan payudara.
Hanya kisar timun bersama kuning telur sehingga jadi seperti pes, sapukan pada payudara dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci. Lakukan sekali seminggu.
6. BRA YANG SESUAI
Ini salah satu cara mengatasi payudara kendur yang paling penting. Pemilihan bra yang salah merupakan salah satu punca utama payudara kendur. Wanita terutamanya, sering mengalami perubahan berat badan jadi tindakan untuk kekal dengan saiz yang sama adalah salah sama sekali. Setiap kali anda membeli bra, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang pakar supaya anda mendapatkan bra yang sesuai dan selesa.
Ketika senaman, gunakan bra untuk senaman, ketika waktu lain, lain pula jenis branya. Jangan main pukul rata sahaja.
CARA MENGATASI PAYUDARA KENDUR DENGAN SHAKLEE
Shaklee memang tiada produk bra atau dumbell untuk anda senaman 🙂 tetapi kami menyediakan nutrisi terbaik untuk anda.
1. Energyzing Soy Protein (ESP)
Seperti yang Adaa sebut diatas tadi, kekurangan protein boleh menyebabkan otot payudara tidak kuat dan menyebabkan payudara sukar disokong. Ini menampakan payudara seolah mengendur dan tidak tegang. Pengambilan protein yang mencukupi membantu pengembangan payudara dan kesihatan tisu otot.
Protein yang berkualiti tinggi seperti ESP ini dapat membantu menganjalkan payudara dengan membina otot dada yang sihat dan kuat.
Alfalfa yang turut dikenali sebagai Raja segala Herba ini sangat bagus untuk wanita. Ia seolah-olah jamu moden untuk wanita kini. Alfalfa dapat membantu menganjalkan payudara serta merapatkan faraj selepas bersalin.
3. SHAKLEE COLLAGEN POWDER
Kolagen merupakan protein yang penting dalam tubuh manusia. Ia bertindak mengikat sel-sel kulit agar kekal tersusun dan anjal. Semua orang sedia maklum jika nakkan kulit yang cantik, tegang, makan kolagen kan. Begitu juga dengan payudara kita. Fungsinya juga sama.
Kolagen dalam tubuh kita mula menyusut secara drastik apabila usia menjelang 20-an. Jadi, kita dah mula kena ambil lebih makanan yang kaya protein dan kolagen bagi mengelakkan masalah payudara kendur.
Vivix merupakan antioksidan yang terbaik dalam membantu memperbaiki sel rosak serta melambatkan penuaan. Ianya sangat penting bagi penghasilan sel otot yang telah rosak sepanjang tubuh kita melalui pelbagai proses kehamilan, menyusukan anak, penurunan berat badan dan sebagainya. Tisu otot yang sihat akan membantu keanjalan sel kulit termasuklah payudara.
TESTIMONIAL
Sebelum kita habiskan entry ni, Adaa kongsikan sedikit testimonial mereka yang telah mencuba
Nutrisi hanyalah salah satu cabang usaha. Ada banyak lagi yang adaa kongsikan di awal tadi kan. Jadi, selamat mencuba!