beza gastrik dan gerd

Sejak dari zaman sekolah, Adaa dah biasa dengar penyakit gastrik. Apa lagi bila tiba bulan puasa, makin kerap dengar tentang penyakit gastrik ni. Pendek kata, penyakit ni antara yang popular di kalangan masyarakat kita. Bagaimana pula dengan GERD? Jarang sangat Adaa dengar. Pertama kali dengar pun bila Adaa sendiri didiagnos sebagai pesakit GERD. Bila orang tanya Adaa sakit apa, dan Adaa jawab GERD, kebanyakan tak mengetahui tentang penyakit ni dan kita pula sebab nak senangkan cerita, kata macam penyakit gastrik. Sebenarnya, betulkah sama? Kalau tidak, apa pula perbezaan antara gastrik dan GERD ni?

PERBEZAAN GASTRIK & GERD

GASTRIK

Penyakit ini lebih berkaitan dengan perut. Di dalam perut kita terdapat satu lapisan mukosa yang bertindak sebagai penghalang atau pelindung lapisan perut kita. Apabila kita makan, makanan tersebut akan melalui proses penghadaman. Ia berlaku apabila Asid Hidroklorik tidak stabil semasa proses penghadaman makanan tersebut. Asid Hidroklorik merupakan antara asid yang kuat dan mampu menghakis dan boleh mencederakan lapisan perut sekiranya terkena. Sekiranya lapisan mukosa tadi menipis ia boleh menyebabkan bengkak, atau dinding perut luka dan menyebabkan berlakunya gastrik.

Simptom 

  • Simptom penyakit ini termasuklah
  • Pedih dalam perut
  • Cepat kenyang walaupun hanya makan dengan sedikit
  • Loya
  • Kembung
  • Hilang selera makan
  • Najis hitam/berdarah (gastrik kronik)
  • Muntah (gastrik kronik)

 

GERD

Bagaimana pula dengan GERD? Jika gastrik tadi terjadi akibat radang dibahagian lapisan perut, GERD pula lebih kepada radang dibahagian esophagus atau salur makan.

 

Dibahagian perut kita yang bersambung dengan salur makan terdapat satu injap yang dipanggil Lower Esophagus Splichter (LES). LES ini berfungsi menyekat pengaliran semula  asid perut ke salur makan semasa proses penghadaman. Asid refluks terjadi apabila LES gagal berfungsi dan tidak tertutup yang menyebabkan asid perut yang dirembeskan semasa penghadaman makanan tadi berbalik ke dalam saluran esophagus atau salur makan atau kerongkong. Apabila asid ini berbalik ke saluran salur makan, struktur dinding esophagus tidak mampu mengendalikan asid tersebut dan menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati.

GERD pula terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap  atau lebih 2 kali dalam seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan.

Antara symptom GERD:

  • Radang atau pedih ulu hati
  • Sakit dada
  • Sukar menelan
  • Batuk kronik
  • Suara lebih kasar
  • Mual
  • Muntah
  • Pening
  • Perut kembung atau berangin
  • Sesak nafas terutama ketika berbaring
  • Sendawa kuat yang berlebihan
  • Kerisauan yang berlebihan (anxiety)

 

Jadi, Gastrik adalah keadaan dimana anda mengalami radang dibahagian lapisan perut, manakala GERD pula radang dibahagian esophagus atau salur makan. Gastrik yang teruk boleh menyebabkan ulser dan luka didinding perut. GERD yang kronik pula boleh menyebabkan asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis.

 

PUNCA GASTRIK & GERD

 

Kebanyakan punca adalah hampir sama termasuklah:

  • Penggunakan ubat tahan sakit dalam masa yang lama
  • Merokok
  • Penggunaan alcohol
  • Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang

 

Gastrik juga boleh disebabkan oleh bakteria H.Pylori atau selepas anda mengalami sebarang penyakit berkaitan virus.

 

RAWATAN

 

Kebanyakan rawatan kedua-duanya juga hampir sama tetapi sedikit berbeza untuk gastrik bergantung kepada punca kenapa ia terjadi. Rawatan pertama yang biasanya diberi ialah menggunakan ubat antiasid, H2 blocker dan Proton Pump Inhibitor. Sekiranya anda disahkan positif bakteria H.Pylori, penggunaan antibiotic pastinya membantu.

 

 

Z

TIPS

Sekiranya anda sering sakit perut, atau symptom anda hampir sama dengan GERD, cuba lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.

  • Cuba lakukan pemeriksaan untuk bacteria H.Pylori. Sekiranya anda positif, ubat seperti antiasid, H2 blocker atau Proton Pump Inhibitor akan diberikan bersama antibiotik. InsyaAllah ianya akan kembali pulih.
  • Sekiranya anda negatif, cuba pertimbangkan untuk melakukan endoskopi (masukkan kamera kedalam salur makan sehingga ke perut).

Jika anda ada ulser dibahagian perut, atau sebarang radang di bahagian perut dan LES anda normal, anda mungkin hanya mengidap gastrik. Jadi rawatan yang sesuai akan diberikan untuk satu tempoh masa tertentu. Sekiranya tiada sebarang luka, atau ulser tetapi ada sedikit radang di bahagian salur makan bersama LES yang gagal berfungsi dengan baik, serta kerap mengalami asid refluks, anda mungkin mengidap GERD. Untuk rawatan GERD, anda boleh rujuk di SINI

  Dengan pengambilan ubat yang betul disertakan dengan perubahan gaya hidup serta cara pemakanan, InsyaAllah keadaan akan menjadi semakin baik. Sekiranya anda kerap mengalami symptom yang disebutkan, jangan tunggu terlalu lama. Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This