5 Sebab Anda Perlukan Kolagen
Ada Flash Sale pula!! Kali ni lebih menarik sebab dengan pembelian 4 kotak Kolagen, dapat percuma setin Mixed Soy protein Isolate Powder (ESP). Kenapa Adaa kata menarik? Sebab, bukan sahaja dapat percuma ESP yang bernilai lebih RM160 ni tetapi juga kedua-dua produk ini merupakan produk terlaris untuk kulit yang cantik!
Kolagen & Protein
Selain penjagaan luaran dengan menggunakan rangkaian produk Youth Shaklee, penjagaan dalaman juga sangat penting bagi memastikan anda mendapatkan kulit idaman anda. Nutrisi yang mencukupi dari dalam akan membantu penampilan luaran kulit dan sebaliknya. Gabungan nutrisi dari dalam dan penggunaan rangkaian penjagaan kulit yang tepat membantu kulit anda kekal sihat, muda lebih lama.
Kolagen
Faktor gaya hidup moden seperti merokok, pencemaran sekitaran, pancaran matahari dan tekanan hidup boleh menyebabkan kolagen dalam badan kita menurun dengan lebih drastik berbanding penuaan semulajadi. Mengikut kajian, badan mula kurang menghasilkan kolagen seawal usia 20-an. Jika ditambah lagi dengan faktor diatas, proses penuaan seperti kedutan, kulit kendur akan berlaku dengan lebih cepat. Bukan itu sahaja, seluruh tubuh juga akan merasa kekurangan protein utama ini seperti sakit lutut, mata kabur dan sebagainya.
Protein
Kolagen merupakan sumber protein penting untuk tubuh. Begitu juga dengan protein soya seperti ESP ini. Kedua-dua protein ini sangat penting untuk melancarkan fungsi tubuh seperti pembaharuan sel yang sihat. Dengan pengambilan kedua-dua protein ini kedalam diet harian, ia akan dapat membantu membekalkan tubuh dengan asid amino yang penting untuk menghasilkan serta memberi sokongan kepada kolagen dalam badan kita. Apabila ianya mencukupi, kulit akan lebih sihat, anjal, muda dan bertenaga!
Kulit Cantik dan Berseri
Protein dan kolagen merupakan penentu untuk kulit yang sihat dan cantik. Gabungan keduanya dapat meningkatkan kecantikan semulajadi dan membantu kulit kelihatan lebih berseri, sihat dan lebih muda.
PROTEIN disifatkan sebagai blok asas atau keperluan paling asas untuk semua sel. Ianya sangat penting pertumbuhan, penyelenggaraan, dan pembaikan tisu dalam badan kita termasuklah kulit.
KOLAGEN bertindak seperti “gam” yang mengikat semua sel bersama-sama, meningkatkan keanjalan kulit supaya kelihatan lebih tegang dan lembut. Ia juga membantu untuk menyokong sendi yang lebih fleksibel.
5 Sebab Anda Perlukan Kolagen
Selain untuk kulit seperti yang Adaa sebutkan diatas tadi, apa lagi sebab tubuh kita memerlukan kedua-dua protein ini?
1. Bahan utama untuk kulit yang lebih tegang
30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Seperti yang Adaa sebutkan tadi, ia bertindak seperti gam yang mengikat semua sel kita agar kekal anjal. Ikatan antara sel dalaman dan luaran yang kuat membantu kulit kekal anjal, tegang, lembut dan muda!
2. Menyokong kesihatan sendi
Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan yang sangat penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen.
3. Mahukan kuku dan rambut yang sihat
Selain kulit, ia juga sangat penting untuk kesihatan kuku dan rambut. Rambut dan kuku memerlukan kolagen yang mencukupi untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku supaya mereka tumbuh dengan lebih sihat.
4.Berkurangan Setiap Tahun!
Dengan peningkatan usia, penghasilan kolagen semakin menurun. Sudahlah yang sedia ada musnah akibat faktor gaya hidup moden dan tekanan seperti yang adaa sebutkan diatas tadi, penghasilan pula semakin berkurang. Menurut pembantu profesor dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dari Pusat Kesihatn Kulit, selepas usia 20 tahun badan kita menghasilkan 1% kolagen kurang dari tahun sebelumnya. Pengurangan ini jika tidak ditambah semula melalui pemakanan akan menyebabkan kedutan, garis halus, kulit yang kering dan kulit kusam.
5. Rosak Setiap Hari
Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dalam makanan, detergen, produk penjagaan diri dan rumah, serta sinar UV, menghasilkan radikal bebas dibawah kulit kita. Ini menyebabkan kerosakan sel termasuklah kolagen. Pendedahan yang berterusan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan tahap protein utama ini semakin rendah, dan menyebabkan penuaan pramatang. Memandangkan kita tidak dapat mengelak dari sinaran UV setiap hari, jadi kita perlu memastikan kolagen kita sentiasa berada pada tahap optimum melalui pengambilan suplemen. Dengan lambakan produk dipasaran kini, anda pasti keliru suplemen mana yang SELAMAT dan benar-benar memberikan KESAN yang diingini. Jangan silap pilih atau penyakit lain pula yang bertandang nanti. Untuk membantu anda membuat pilihan, baca 4 Ciri Serbuk Kolagen Terbaik. Ada semua ciri baru beli!
FLASH SALE
Dah tahu kenapa perlu kolagen kan? Bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan tubuh dan sendi. Jadi, bagi anda yang berusia 20-an keatas, pastikan anda mula ambil hari ini.
Untuk membantu anda, shaklee telah mengadakan FLASH SALE bermula 12-19 Julai ini atau selagi stok masih ada.
Jangan lepaskan! Hubungi kami segera sebelum jam 11 malam 19 julai 2019 untuk dapatkan promosi istimewa ni. Siapa nak bagi kan hadiah percuma sampai RM160.
Hubungi kami segera!
Bersedia untuk kelihatan lebih muda?
Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan berkaitan Youth Shaklee Skin Care, konsultasi percuma atau promosi terkini