Siapa peminat AJL? (saya!). Dari kecil Adaa memang suka muzik. Layan lagu bahasa apa pun takpe. Dulu masa sekolah rendah suka layan hindustan, melayu dan kantonis. Sampai sanggup salin sebutir-sebutir sebab nak nanyi balik. Zaman tu guna radio dengan kaset lagi. Punyalah gigih. Masuk sekolah menengah, disebabkan Adaa ambil matapelajaran bahasa Jepun, uih memang lagu Jepun pula lah adaa layan. Belajar tulis Jepun semua sekali lah. Masa di Belfast, suka layan lagu melayu dan nasyid. Walaupun duk negara orang putih, tetap jiwa melayu haha. Sekarang suka juga lagu OST Korea. Tapi taklah sampai hafal. Suka dengar aja. Susah nak hafal tua-tua ni. Banyak kerja lain lagi. Lagu Melayu oklah, memang suka dengar. Macam AJL 32 ni banyak lagu baru katanya. Lagu BBNU (budak baru nak Up). Macam-macam istilah sekarang. Adaa dah lama tak menonton Muzik-muzik setiap minggu tu. Terus hadap AJL 32 je kang. Walaupun tak ikuti sangat program mingguan tu, separuh akhir ke suku akhir ke, yang anugerah akhir macam AJL 32 ni haruslah ditonton. Usia Adaa pun hampir sebaya dengan AJL ni jadi memang membesar bersama lah kan. Tu yang dah jadi tabiat tu, nak jugak tonton hehe.

Adaa pun sebenarnya tak tahu lagu apa yang masuk. Jadi tadi saja cari. Jumpa pula video menarik ni. Kreatif juga koolfm ni. Walaupun suara tu agak suam-suam kuku, hakak layankan ajalah. Cara yang menarik untuk memperkenalkan 12 lagu yang bertanding dengan cara acapella. Layan hehe.

 

#THROWBACK AJL

 

Dulu zaman Dato’ Sri Siti Nurhaliza mula-mula jadi penyanyi dengan lagu Jerat Percintaan, dia menang AJL pada tahun tu (lupa AJL keberapa). Adaa memang suka lagu tu dulu. Yelah, fenomena kot masa tu dengan suara CT yang merdu dan unik tu. Tengok AJL masa tu walaupun kat TV tapi kita ni dah macam juri jemputan kat sana. Over tau. Masa tu baru darjah 6. Kita pula memang minat menyanyi. Memang agak beria lah waktu tu.

Masuk je Sekolah Tun fatimah, waktu minggu orientasi, kena dapatkan tandatangan senior sebagai satu tugasan lah kan. Nak dapat tu bukan senang. Kena tunjuk bakat dulu atau ikutlah apa senior tu suruh buat. Adaa masih ingat ada seorang senior ni suruh adaa berdiri atas bukit depan blok asrama, dan menyanyi. Masa tu lagu top pulak lagu Jerat Percintaan dan itu je yang dihafal. Dengan rasa takut, malu segan semua ada. Nanyi lah kita ni sorang-sorang atas bukit dengan disaksikan segala penghuni asrama. Huhu malu weh! Dan selepas itu lah bermulalah kerjaya sebagai penyanyi di sekolah haha. Bukan penyanyi betul pun. Tapi Adaa mula bergiat aktif dengan koir, nasyid dan sebagainya. Kenangan..

Sekarang? Pencen lama dah..Tua dah. Dodoi anak pun anak suruh diam haha. Tak laku!

 

BOLA VS AJL 32

 

Bila tahu AJL pada 11 Feb, siap tulis kat kalendar. Poyo tak poyo haha. Sekali tadi cik abang kata ada bola jugak malam ni. Waduh. Berebut ke nak beralah ni?. Orang siap tulis dalam kalender ni. Takpe, layan AJL dulu, pukul 10 baru bola. Kira adil lah kan. Bertolak ansur amalan mulia dalam rumahtangga hehe.

Untuk korang yang minat AJL macam hakak ni, selamat menonton!

 

#anakanaksilatidurawalesoksekolah

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This