Cara Beli Shaklee Secara Online
Ramai yang bertanya, boleh beli produk Shaklee secara online ke? Ya, dah tentu boleh. Sebelum ni Shaklee tak ada sistem online. Masa Adaa mula daftar sebagai ahli Shaklee 7,8 tahun lepas masih belum ada sistem online ni semua manual. Kena turun HQ atau branches atau upline kita yang buatkan. Bukan senang lah. Tapi sekarang ni semua dah dihujung jari. Jadi, semenjak beberapa tahun yang lepas, Shaklee dah mula wujudkan sistem online dimana memudahkan semua ejen Shaklee dan pengguna Shaklee. Sungguh senang! Jadi hari ini, Adaa akan tunjukkan cara beli Shaklee secara online tak kisahlah sama ada anda seorang ahli Shaklee atau bukan. Boleh baca sampai habis ya
CARA BELI SHAKLEE SECARA ONLINE
Sebelum Adaa pergi kepada cara membeli Shaklee secara online, adaa akan beritahu beberapa kaedah untuk anda membeli produk Shaklee pilihan anda:
1) Pergi ke Hq atau branches Shaklee untuk membuat pembelian di kaunter. (Alamat Shaklee)
2) Hubungi pengedar Shaklee berdekatan anda untuk pembelian secara COD atau hubungi mana-mana Ejen Shaklee seluruh Malaysia untuk konsultasi percuma dan pembelian produk melalui ejen tersebut
3) Pembelian Shaklee secara online melalui website
Terdapat 2 cara untuk membuat pembelian Shaklee secara online bergantung kepada:
1) Anda bukan ahli Shaklee
2) Anda seorang ahli Shaklee yang mempunyai ID Shaklee
CARA MEMBELI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE BAGI BUKAN AHLI
Adaa akan tunjukkan cara beli shaklee melalui sistem online bagi yang bukan ahli Shaklee, tanpa ID tetapi masih boleh dapatkan produk dan semua promo shaklee. Hanya klik button dibawah untuk mula order!
CARA BELI SHAKLEE SECARA ONLINE BAGI AHLI SHAKLEE
Untuk ahli Shaklee lagi mudah!
Pertama sekali, apabila upline anda (iaitu Adaa) telah mendaftarkan anda sebagai ahli Shaklee, anda akan dapat SMS/ email daripada Shaklee yang memberitahu ID dan password sementara anda. Jadi, itu lah yang anda akan gunakan untuk log in ke website Shaklee. Ok, dah ada ID, password? jom!
1. Pergi ke Shaklee.com.my. Masukkan Id dan password anda. Anda boleh menukar password ini nanti ya.
2. Bila dah log in anda akan dibawa ke laman ini. Disini terdapat banyak maklumat terbaru berkaitan promosi bulanan, update terbaru dari Shaklee setiap bulan, Shaklee Academy dimana anda boleh mempelajari tentang selok belok perniagaan Shaklee, keistimewaan produk Shaklee, Sejarah Shaklee dan sebagainya.
Untuk menukar password anda, boleh klik My Account. Untuk sebarang maklumat berkaitan produk Shaklee, info kesihatan, testimonial anda boleh klik dan explore sahaja semua button yang ada tu. Macam-macam info yg anda akan jumpa nanti!
Untuk pembelian produk, jom kita klik ‘SHOP’!
3. Di sini, anda boleh pilih sahaja produk yang anda nak dan teruskan dengan pembayaran seperti di laman e-dagang yang lain. Mudah kan?
4. Sekiranya anda pertama kali disini, dah tentu belum ada rekod tentang debit atau credit card anda. Jadi, boleh klik Add new Card. Masukkan butiran debit atau credit card anda seperti yang diminta.
Card number: Nombor yang panjang dihadapan kad anda
CVV2 & CVC2: 3 digit terakhir dibelakang kad anda. (sila jangan dedahkan kepada sesiapa sekalipun)
Pastikan anda menulis Expires mengikut format yang diminta.
Jangan risau, maklumat anda tidak akan didedahkan kepada sesiapa.
Untuk order yang dibuat sebelum 2.00 petang, pesanan anda akan diproses pada hari yang sama. Sekiranya pesanan dibuat selepas jam 2 petang, pesanan anda akan diproses keesokan harinya.
Bagusnya order online ni, anda nak order tengah malam ke, subuh pagi ke terpulang. Tak ganggu orang lain pun. Ikut kelapangan anda. Jadi, dah faham kan? Sila buat pesanan anda.
Sekiranya tak faham, terdapat soalan atau perlukan konsultasi tentang pemilihan produk, boleh terus hubungi Adaa disini.
Selamat bershopping!!!