6 Tips Berpuasa Dengan Bertenaga
Bismillah, Salam Ramadhan buat semua. Hari ini bermulalah perjalanan berpuasa kita kan. Semasa berpuasa dah pasti banyak perubahan dari segi tindak balas tubuh kita terhadap proses berpuasa itu sendiri dan juga perubahan pemakanan kita sepanjang puasa. Berpuasa pastinya memberi faedah yang sangat bagus terhadap kesihatan, tetapi jika kita mengikut nafsu, makan lebih banyak dari biasa, tak merasalah faedahnya tu. Silap hari bulan banyak pula penyakit hinggap. Jadi, kali ini, Adaa akan berkongsi 6 Tips Berpuasa yang insyaAllah boleh membantu anda berpuasa dengan lebih baik, semakin sihat dan dapat beribadah dengan lebih selesa.
6 Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan
Semasa berpuasa terutamanya seminggu yang pertama, badan kita akan alami perubahan yang pelbagai. Jadi bagaimana nak uruskan masalah, cabaran atau perubahan ini?
1. KETIDAKHADAMAN
Masalah ketidakhadaman atau pedih ulu hati ni masalah paling biasa berlaku. Pada bulan puasa, walaupun kita makan sedikit dan sedikit asid perut dirembeskan, tetapi masalah angin refluks, pedih hulu hati ini tetap terjadi. Ini kerana, walaupun kita tak makan, tetapi bau makanan boleh memberikan signal kepada otak bahawa ada makanan yang akan masuk dalam perut kita dan perut terus merembeskan asid menyebabkan perut kita rasa kembung dan kadangkala gas tersebut naik ke salur makanan. Ini juga boleh berlaku sekiranya anda suka terus baring atau tidur selepas bersahur!
Tips Berpuasa :
- Makan dalam kadar sederhana dan kunyah dengan perlahan
- Elakkan makanan bergoreng atau peda ketika berbuka
- Elak makanan tinggi kafein seperti kopi, teh , coklat, soda
- Pengambilan SOYA dapat membantu meneutralkan asid perut dan esofagus. Protein soya mengandungi kurang lemak berbanding produk tenusu dan daging, jadi ianya pilihan yang lebih baik dan tepat untuk masalah gastrik.
- Tambahkan pudina dan halia dalam pemakanan harian supaya melegakan kembung perut, pedih ulu hati dan angin.
2. SEMBELIT
Terlalu banyak makanan ringkas, berproses, kurang pengambilan air dan serat boleh menyebabkan terjadinya sembelit.
Tip Berpuasa:
- Kekal hidrat semasa sahur dan berbuka dengan pengambilan air kosong yang secukupnya
- Tingkatkan diet tinggi serat dengan pengambilan lebih banyak sayuran dan buah-buahan
- Bantu perjalanan usus anda dengan pengambilan julap lembut seperti Herblax Shaklee
3. LESU DAN LEMAH
Apabila kita mula berpuasa, gula dalam darah akan mula menurun. Lazimnya kita akan mula rasa terlalu letih, lemah badan, kurang bertenaga dan pening menjelang tengah hari dalam bulan Ramadhan
Tips Berpuasa:
- Tingkatkan tenaga dengan pengambilan CoEnzyme Q10, Vitamin B dan Performance Drink untuk kekal hidrat.
- Pastikan menu sahur dan berbuka anda mengandungi makanan yang boleh membuatkan anda kenyang dan bertenaga lebih lama seperti pengambilan protein ESP
4. SAKIT KEPALA
Kurang tidur, nyah hidrat, dan kelaparan boleh menyebabkan sakit kepala dan kemungkinan ia akan lebih teruk sepanjang hari.
Tips Berpuasa:
- Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan masa tidur yang berkualiti. Bangun dengan segar ketika sahur dan jangan sesekali lupa bersahur!
- Amalkan pengambilan protein ESP untuk kekal cergas, dan kenyang lebih lama
- Hidrat semula dan tingkatkan kecergasan dengan Performance Drink Shaklee yang kaya dengan campuran elektrolit yang unik!
5. NYAHHIDRAT
Berpuasa menigkatkan lagi risiko kita untuk ternyahhidrat terutamanya dengan cuaca Malaysia yang terlalu panas dan kering ni. Kesannya, kita mungkin mengalami sakit kepala, keletihan yang melampau dan mual.
Tips Berpuasa:
- Kekal sejuk. Pastikan anda kurang melakukan aktiviti diluar dan lebih banyak berada didalam bangunan.
- Elak pengambilan makanan tinggi garam. Ini kerana garam boleh memburukkan lagi keadaan ternyahhidrat
- Minum Performande Drink Shaklee, minuman ideal yang membantu anda kekal hidrat, dan membekalkan tenaga yang anda perlukan
6. KEGEMUKAN & OBESITI
Kemungkinan untuk naik berat badan adalah tinggi ketika Ramadhan kerana gagal mengawal nafsu makan ketika berpuasa dan terlebih makan. Ini sama sekali bertentangan dengan manfaat berpuasa.
Tips Berpuasa:
- Makan dalam kadar sederhana dan berpada-pada
- Amal pemakanan secara sihat atau eat clean dan tingkatkan disiplin diri
- Lengkapkan kekurangan nutrisi dengan Mealshake Shaklee
- Ambil Lecithin untuk emulsi dan pemecahan lemak semulajadi
Cadangan kami untuk anda sepanjang Ramadhan
Bertahun lamanya, produk yang kami cadangkan ini telah banyak membantu mereka yang ingin kekal sihat sepanjang Ramadhan. Jadi atas sebab inilah kami ingin membantu anda sekali lagi pada tahun ini agar Ramadhan tahun ini juga menjadi lebih bermakna buat kita semua
Sempena bulan yang mulia ini, Shaklee telah berbesar hati memberikan anda promosi KHAS ramadhan supaya lebih ramai mampu beribadah dengan lebih cergas!
Lebih banyak penjimatan! Performance Drink pada bulan ini kami bawakan perisa baru tau iaitu Lemon Lime. Stock sangat-sangat terhad kerana Shaklee tawarkan pada anda sempenan bulan puasa ini sahaja!
Jadi, kalau nak merasa, cepat hubungi kami dan dah pasti, bagi yang ingin menjadi ahli Shaklee, lebih banyak penjimatan berbanding harga dalam poster tu!
Hubungi kami cepat. Nanti dalam entry seterusnya Adaa akan kongsikan resepi-resepi menarik yang anda boleh buat dirumah dengan produk Shaklee ni.