Punca Angin Dalam Badan

Semalam Adaa dah kongsikan dalam entry Masalah Angin Dan Suplemen bagaimana cara mengatasi masalah angin melalui penggunaan suplemen dan Cara Buang Angin secara semulajadi . Hari ni kita masih dalam topik sekitar masalah angin iaitu apakah Punca Angin dalam badan dan apa pula tanda-tandanya. Masalah angin dalam badan ni semakin lama semakin menjadi masalah yang biasa sebab Malaysia ni syurga makanan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak betul boleh menjadi punca angin ni. Kalau tak makan, tak boleh pula kan. Jadi haruslah berhati-hati dalam pemakanan. Penting untuk kita tahu apa punca angin supaya kita dapat elakkan dari awal.

APA ITU ANGIN?

 

Angin merujuk kepada kembung, sendawa, sendawa yang berterusan, kentut, melepaskan angin. Ianya boleh keluar melalui mulut atau dubur.

Angin terjadi akibat proses biologi apabila makanan dan minuman dicerna. Selalunya angin ni terdiri dari gas karbon dioksida, oksigen, hidrogen, nitrogen dan metana.

 

APA PUNCA ANGIN DALAM BADAN?

 

Terdapat 2 sumber terjadinya angin:

  1. MENELAN UDARA
  2. APABILA BAKTERIA DALAM USUS BESAR MENGHADAM/MEMPROSES MAKANAN

Apabila kita makan dan minum, kita akan menelan udara secara tidak sengaja. Perbuatan mengunyah gula-gula getah juga membenarkan banyak angin masuk kedalam badan. Sekiranya angin ni tak keluar melalui sendawa, ia akan masuk ke usus dan menyebabkan kembung atau masalah angin.

Karbohidrat merupakan makanan yang susah dihadam. Sekiranya badan kita tak mempunyai cukup enzim untuk menghadam karbohidrat ketika ia melalui usus kecil, makanan yang tidak dapat dihadam tadi akan meneruskan perjalanan ke usus besar dalam keadaan yang masih belum dihadam sepenuhnya. Disinilah bakteria terpaksa bekerja untuk memecahkan karbohidrat tadi dan melepaskan gas nitrogen, karbon dioksida, dan metana yang seharusnya disingkir keluar dari badan.

Tak semua makanan berangin. Selalunya angin terjadi selepas kita makan karbohidrat terutamanya yang mengandungi serat tidak larut seperti kacang dan sesetengah sayur seperti brokoli, kubis dan bawang.  Makanan yang tinggi dengan serat seperti beras perang dan ‘baked beans’ juga boleh menyumbang kepada masalah angin. Juga, tak semua orang juga mendapat kesan yang sama bagi semua makanan. Harus cuba dulu dan tengok samada ianya sesuai dengan badan sendiri atau tidak.

Antara punca angin yang lain adalah seperti minum minuman bergas atau berkarbonat, perubahan dalam diet.

Ok, itu adalah antara punca masalah angin. Apa pula tanda-tanda anda mengalami masalah angin dalam badan?

TANDA/SIMPTOM MASALAH ANGIN

 

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  •       ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  •       Perut berangin.
  •       Sakit kepala/migraine.
  •       Perasaan mudah marah.
  •       Hilang selera makan.
  •       Hilang/kurang nafsu seks
  •       Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

KONGSI PENGALAMAN

 

BELFAST, UK

Adaa sendiri mula menghadapi masalah angin pada tahun 2004 (agak-agak sahaja sebab tiada tanda yang jelas) masa mula belajar di Belfast. Tak tahulah apa punca angin tu, mungkin cuaca, makanan, atau kurang bakteria baik dalam sistem penghadaman. Tetapi rasanyanya waktu itulah bermulanya ‘belching’ atau sendawa yang berterusan terutamanya bila cuaca sejuk.

Selama 11 tahun terkawal. Biasa sahaja. Makan pun macam biasa dan sendawa pun sendawa sahajalah tiada perkara yang luar biasa. Pantang-pantang makan pun tiada. Nak makan pucuk upi, pulut, lemang, durian, cili semua takda masalah.

Tetapi, semasa 2 Ogos 2015, sambil tonton ‘Running Man’ secara tiba-tiba jantung berdegup laju macam orang baru lepas berlari. Tapi tiada rasa takut, masa tu tengah tergelak tengok TV. Terasa angin yang banyak dalam bada tapi nak sendawa tak lepas. Urut punya urut, angin memang keluar tapi terasa pula ‘palpitation’ atau berdebar dan agak sesak nafas. Terus takut dan bekejar ke hospital.

Setelah diperiksa, buat ECG, scan, periksa darah semua organ normal. Jantung, paru-paru, pankreas, rahim, pundi kencing, buah pinggang, semua dalam keadaan baik, normal sihat walafiat. Cuma angin sahaja masalahnya. Jadi doktor pertama kata, masalah gastrik, doktor kedua kata, reflux. Masa tu cuma ambil ubat sahaja. Belum tahu pun apa masalah sebenar waktu tu. Cukup dulu sampai sini, nanti kita kongsi cerita lagi.

TIPS

  • Ambil makanan secara sedikit tetapi kerap
  • Elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan
  • Amalkan pemakanan dan gaya hidup seimbang

ADAKAH IANYA BAHAYA?

 

Sendawa yang kronik dan berpanjangan boleh menjadi tanda adanya penyakit dalam saluran penghadaman, seperti ulser atau gastro – esofagus reflux penyakit ( GORD ) . Dalam keadaan yang lebih serius, anda mungkin boleh menghidap Gastrik Gerd Dan Anxiety.

Kembung pula mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit, termasuk sindrom usus (IBS ) , kanser kolon dan penyakit Crohn, atau hernia .

Tetapi, jangan risau. Ini adalah masalah biasa dan sangat lazim. Pokok pangkal, jaga diet kita, pemakanan kita. InsyaAllah akan lebih sihat.

Juga, jika ragu-ragu, dapatkan khidmat profesional dengan segera ok?

 

Similar Posts