Rum bayi dan eczema

Bagi ibu yang mempunyai bayi rasanya kerap alami masalah ini kan? Ruam bayi dan eczema adalah dua perkara yang berbeza tapi hampir sama. Yang pasti kalau bayi kita kena kedua-duanya ni memang kasihan sebab gatal, pedih dan tak selesa. Kalau kita yang dah tua ni pun kena rasa tak selesa apa lagi bayi kan.

APA PUNCA RUAM BAYI DAN ECZEMA?

Kulit bayi sangat sensitif terutamanya pada awal kelahiran. Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kulit bayi termasuklah ruam bayi dan eczema contohnya cuaca sejuk, panas, bakteria, kulat, alergi, air liur atau lampin yang basah.

RUAM PANAS

Ruam panas ni antara ruam yang paling biasa dalam cuaca panas seperti Malaysia ni. Ruam ini berpunca dari kelenjar peluh bayi yang belum matang sepenuhnya dan menyebabkan ianya mudah tersumbat. Sepatutnya peluh kita akan keluar dan tersejat tetapi dalam kes ini, ianya terperangkap dibawah kulit dan menyebabkan berlakunya inflamasi dan ruam.

  • Lazimnya ia mudah terjadi apabila:
  • Baju bayi terlalu tebal atau tidak sesuai
  • Cuaca yang terlalu panas
  • Demam panas
  • Jenis fabrik yang tidak sesuai untuk  baju bayi
  • Pemakaian krim atau sebarang minyak yang tidak sesuai sehingga menyebabkan liang tersumbat

 

RUAM LAMPIN

Ini salah satu lagi ruam yang paling biasa terutamanya pada bayi berusia 9-12 bulan. Lazimnya ia terjadi apabila:

  • Kulit didedahkan terlalu lama pada najis dan air kencing
  • Kelembapan yang berlebihan dan berpanjangan dalam lampin
  • Lampin  yang tidak sesuai
  • Jangkitan dari bakteria atau kulat

 

ATOPIC ECZEMA

Ini juga salah satu kondisi yang paling biasa kepada bayi dan juga orang dewasa. Selalunya mereka yang ada eczema ini memang ada faktor keturunan atau genetik. Selalunya eczema seperti ini akan semakin pulih apabila semakin dewasa. tetapi ianya juga boleh terjadi kembali selepas beberapa bulan atau tahun.  Ianya tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi ianya boleh dikawal. Lazimnya ia mudah terjadi apabila:

  • Faktor persekitaran: terlalu panas, berhabuk, jangkitan viral, sistem imun yang lemah
  • Alergi terhadap sabun, krim atau detergen.

 

BAGAIMANA CARA MERAWAT RUAM BAYI DAN ECZEMA?

RUAM PANAS

  • Pakaikan pakaian yang nipis dan sesuai
  • Elak bayi dari dibedung
  • Mandikan dengan mandian yang sejuk
  • Elak pelembap yang terlalu pekat seperti losyen yang tidak sesuai

 

RUAM LAMPIN

  • Tukar lampin bayi dengan kerap
  • Gunakan air bersih untuk membersihkan bahagian kulit bayi yang terkena najis dan sapukan krim/ pelembap yang sesuai.
  • Gunakan lampin yang sesuai dan dapat menakung lembapan dengan berkesan

 

ECZEMA

  • Mandikan bayi dengan air sejuk atau suam dengan menggunakan sabun yang sesuai dan bukannya sabun yang mengandungi kimia
  • Keringkan badan bayi selepas mandi dengan menepuk-nepuk menggunakan tuala dan bukannya menggosok dengan tuala secara kasar
  • Gunakan pelembap yang sesuai setiap hari untuk mengelakkan kemerahan dan kemunculan simptom eczema
  • Jika keadaan teruk, rujuk doktor dan dapatkan antibiotik atau krim yang betul
Ruam bayi dan eczema

Dalam 3 orang hero tembam Adaa, 2 daripada mereka mempunyai masalah ruam bayi dan eczema sejak dari lahir. Al-maklum, faktor keturunan.

Eilman masa kecil memang tak banyak masalah tetapi oleh sebab anak-anak Adaa ni semuanya membesar sebagai juara, jadinya memang kerap berpeluh. Tambahan lagi Eilman ni sistem imun nya agak lemah berbanding anak yang lain. Jadi sejak kecil memang anak-anak Adaa, Adaa pakaian baju tanpa lengan, seluar pendek atau 3 suku. Barulah selesa. Kalau tidak mula cepat berpeluh dan terus naik ruam. Eilman juga sangat sensitif pada angin laut dan cuaca panas. Sekelip mata je boleh merah dan terus meruam seluruh badan. Jadi kena selalu berjaga dan kawal je lah

Fahry pula sejak hari pertama lahir dan penuh ruam sampaikan doktor pun tak pasti adakah sebab baju atau sabun yang diguna dihospital. Jadi, doktor nasihatkan seminggu dua kelahiran tu baju Fahry jangan dibasuh dengan sabun, sebaliknya hanya dengan air panas. Fahry pun mandi tak bersabun sebab nak kenal pasti apa faktor alergi nya tu. Tapi yelah kita ni kadang-kadang geram je nak mandikan wangi-wangi kan. Sabar jelah mula-mula tu.

Kedua-dua mereka ni masa kecil memang Adaa gunakan krim yang sesuai, sabun yang sesuai. Jenuh jugalah duk cuba macam-macam produk sampailah mereka ni besar. Krim? Memang adaa guna herbal cream dari Shaklee 🙂

 

TESTIMONIAL HERBAL BLEND CREAM

 

Masalah ruam bayi dan eczema ni sangat membantu dengan penggunaan krim atau pelembap yang sesuai seperti Herbal Blend ni Bukan Adaa sahaja ibu yang menggunakan krim ini malah ramai sangat. Ada seorang ibu tu, hampir setiap bulan beli 2 tiub herbal blend. Kalau Adaa, satu tiub tu berbulan tahannya. Rupanya mereka sekeluarga menggunakan herbal blend. Kali ni Adaa kongsikan beberapa testimonial ok?

Alhamdulillah, krim ni dah banyak membantu ramai ibu-ibu diluar sana. Sekiranya anda ingin tahu lebih lagi tentang Herbal Blend Cream ni boleh rujuk HERBAL BLEND. Kenali bahan yang terkandung dan kenapa ianya selamat untuk bayi anda. Untuk buat pesanan hanya hubungi adaa segera ok?

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This