kulit sensitif & berminyak

Di Malaysia, rata-rata daripada kita mempunyai kulit sensitif dan berminyak. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca Malaysia yang sentiasa panas sepanjang tahun dan genetik kan. Walaupun agak sukar untuk menjaga jenis kulit sensitif dan berminyak ni tetapi ianya boleh menjadi mudah jika anda tahu caranya. Kadangkala, rahsia kecantikan hanya terletak didapur rumah kita tau! Cuma kena rajin sikit jer. Jadi nak tahu apa masker yang sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak? Jom tengok!

RESEPI MASKER UNTUK KULIT SENSITIF DAN BERMINYAK

Kulit sensitif dan berminyak

KULIT ANDA SENSITIF?

Kalau orang kulit sensitif ni lagi lah. Panas sikit tak boleh, habuk sikit tak boleh, guna produk ada bahan kimia sikit tak boleh, memang lagi leceh kan? Tapi ada cara yang mudah nak tangani masalah kulit anda.

MASKER TIMUN

Timun sangat kaya dengan kandungan air yang tinggi dan dipercayai mampu menyejukkan kulit yang merengsa dan kemerahan. Untuk buat masker timun ni mudah saja. Hanya parutkan timun dan tekapkan ke wajah. Ianya dapat membantu menyejukkan dan melegakan kulit yang terdedah sepanjang hari kepada cahaya matahari, perubahan cuaca, persekitaran yang kotor dan tercemar dan stress.

Nak lagi berkesan dan best, parutkan dua biji timun sehingga halus, gaulkan bersama sedikit minyak zaitun dan susu segar sehingga sebati. Kemudian sapu dan ratakan pada wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam dan siap!

 

KULIT ANDA BERMINYAK?

Adaa sendiri memiliki kulit jenis berminyak. Memang panas sikit jer mulalah naik jerawat. Kadang tu minyaknya sampai nak boleh goreng telur mata 😀 Apa masker yang sesuai?

MASKER TOMATO

Buah tomato dipercayai mengandungi asid yang berkesan dalam menghapuskan bintik hitam dan sebarang masalah lain  seperti jerawat . Oleh kerana orang kulit berminyak ni sangat cenderung untuk mendapat jerawat, jadi sangat sesuailah masker ni. Masker tomato ini juga membantu menghaluskan kulit, melicinkan dan menaikkan seri wajah. Dengan kandungan asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E, ia diakui berkesan sebagai perawat kecantikan semulajadi.

READ  ELAK GULA UNTUK KULIT CANTIK

Nak lagi resepi masker yang mudah? Cuba baca RESEPI MASKER MUDAH UNTUK KULIT CANTIK

Mudah kan? Balik nanti boleh buat ye. Cuti-cuti ni boleh geledah dapur tu cari bahan dan masker muka anda. Selamat mencuba!

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This