Masker

Pernah buat masker sendiri dirumah? Di dalam gambar di atas Adaa kongsikan satu resepi masker yang cukup-cukup mudah untuk dilakukan dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Hanya dengan 2 bahan sahaja dan siap untuk bermasker! Tapi, istimewa kali ni, Adaa nak kongsikan satu lagi resepi DIY Mask menggunakan produk Shaklee. Bukan sahaja boleh makan tau, buat masker pun boleh. Best kan?

JOM MASKER DENGAN ESP!

 

Inilah dia resepi yang sangat mudah untuk anda buat dirumah. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mempunyai kulit kering tu. Apa bahan yang anda perlukan?

  1. Yogurt (asli ya, jangan yang buah-buahan pula)
  2. ESP Shaklee
  3. Telur putih

itu sahaja! Senang sangat, hanya campurkan dan anda dah bersedia untuk bermasker!

 

KELEBIHAN MASKER ESP

 

ESP ni adalah protein soya yang sangat banyak khasiat dan manfaat.Bukan sahaja untuk kulit, malah rambut dan seluruh kesihatan anda. Apa manfaatnya untuk kulit anda?

ESP (Soya)

 

ANTI-PENUAAN

Soya merupakan sumber protein yang sangat baik dan penting dalam penghasilan kolagen. Ianya membantu anda kelihatan lebih muda dan melambatkan penuaan.

MELEMBAPKAN KULIT

Penggunaan soya dalam masker akan membantu melembapkan kulit anda, menjadikan ianya lebih bersinar dan bermaya.

PENGGELUPAS YANG BAIK

Soya juga boleh bertindak sebagai penggelupas sel-sel mati yang sangat baik. Buangkan sel yang mati tersebut dan gantikan dengan sel yang lebih sihat dan baru!

 

Putih Telur

 

Dalam resepi ni Adaa masukkan sekali putih telur. Kenapa ya?

MELEMBAPKAN KULIT

Tahukah anda bahawa telur merupakan salah satu sumber protein yang sangat bagus? Selain membekalkan sumber protein terhadap tubuh, penggunaannya pada wajah juga turut membantu melembapkan kulit. Ini akan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

MENEGANGKAN KULIT

Selain memberikan kelembapan kepada kulit, putih telur juga dapat membantu menegangkan kulit. Masa pakai tu akan terasa tegang sahaja kan seolah-olah kulit muka yang kendur ditarik menjadi kembali muda!. Ia juga membantu mengecilkan pori dan menyingkirkan sel kulit mati.

MENYINGKIRKAN MINYAK

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, putih telur sangat bagus dalam menyingkirkan lebihan minyak dimuka.

KATAKAN TIDAK PADA ‘WHITE HEAD’

Ini yang paling Adaa suka. Putih telur ini juga mampu menyingkirkan dan menarik keluar bintik putih atau ‘white head’ dimuka disamping mengecilkan liang pori. Wow!

 

Madu

Khasiat madu tak perlu lagi dipersoalkan. Rata-rata semua pasti tahu kelebihan madu terhadap kesihatan kan. tetapi apa pula kelebihannya jika dijadikan masker?

MELEMBAPKAN KULIT

Sekali lagi, madu juga merupakan agen pelembap yang sangat baik. Bukan sahaja padat dengan vitamin, malah ianya juga kaya dengan mineral dan amino asid. Madu boleh menyerap lembapan dan mengikat lembapan yang menjadikan kulit anda lebih hidrat.JIka anda memiliki kulit yang sangat kering, rajin-rajinlah bermasker dengan madu ya!

ANTI BAKTERIA

Madu juga mampu menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dimuka. Dengan sifatnya sebagai anti fungal dan antibakteria, ia mampu memelihara kulit anda daripada ditumbuhi jerawat.

MELAMBATKAN PENUAAN

Madu kaya dengan antioksidan yang membantu melambatkan penuaan melalui kesan penghidratan dan penegangan kulit apabila kita menyapunya diwajah.

 

Apabila bahan-bahan ini digabungkan maka terjadilah masker yang best ni! Anda patut cuba dirumah.

Selamat Mencuba!

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This