Resepi Teh Halia Untuk Buang Angin Cara Shaklee

Perut asyik tak selesa. Terlalu banyak angin dalam badan sampai sesak, senak semua ada. Macam mana nak buang angin ni? Memang ada banyak cara. Tapi kali ni kita cuba cara buang angin yang tradisional dan diberi nafas baru. Ha, macam lagu pula kan. Buang angin ni selalunya memang guna air panas lah. Nak lebih efektif, kita tambah sikit bahan lain ok?

Dah tonton? Senang kan? Kalau tak ada alfalfa tu pun tak mengapa. Cukup dengan peppermint ginger tu. Selalunya pelanggan yang beli dengan Adaa akan ambil keduanya dan ada juga yang hanya nak cuba peppermint ginger memandangkan fungsi halia sebagai tumbuhan yang boleh membantu membuang angin ni lebih popular kan. Tak mengapa, ada keduanya atau salah satu sahaja pun boleh.

 

GERD & CARA SAYA BUANG ANGIN

Masa mula-mula kena gerd dulu memang angin sangat banyak dalam badan. Asyik sendawa memanjang. Rasa senak memang setiap masa. Mula-mula kena dekat 2 minggu duk terlantar tak boleh nak buat apa. Sesak nafas memanjang. Jadi apa Adaa buat masa tu?

Bangun pagi: Minum segelas air panas suam

Selepas makan atau ketika rasa tak selesa: Larutkan 3 biji peppermint ginger dalam air panas dan minum ketika masih panas.

Lepas tu bersedialah untuk sendawa/kentut. Dalam kes Adaa, sendawa paling banyak. Jadi, sesiapa yang jumpa Adaa kat luar kalau tetiba ada bunyi macam guruh tu minta maaf siap-siap ya 🙂

Jangan lupa cuba bagi yang banyak angin tu ya. Nak tahu apa lagi khasiat peppermint ginger ni boleh rujuk GINGER.

Semoga membantu.

Similar Posts