jerawat bernanah 8

Macam yang adaa janjikan dalam entry sebelum ni, Adaa akan kongsikan satu testimonial pelanggan Adaa sendiri setelah mengamalkan pengambilan Shaklee. Sebenarnya, bukan seorang tetapi dua orang yang mengalami jerawat bernanah, parut hitam, kulit kusam. Mesti risau kan kalau kulit muka kita terlalu teruk terutamanya wanitalah. Jerawat bernanah ni bukan sahaja menampakkan kulit muka kita teruk, malah ianya dah tentu tak selesa dan menyakitkan. Bukan sakit mata je sakit hati jugak sebab rasa nak picit je semua. Tapi, kalau kita picit jerawat bernanah ni, nanti akan tinggal parut hitam yang lebih hodoh. Jadi, sila jangan buat tapi rawat dengan cara yang betul.

 

JERAWAT BERNANAH! MALUNYA!

 

Ini adalah testimonial pelanggan adaa agak lama jugak dah. Adaa pernah kongsikan di blog lama dan kali ni untuk pembaca yang baru, Adaa kongsikan sekali lagi tau. Cuba lihat gambar sebelum cik adik ni menggunakan Shaklee:

Mula-mula cik adik ni hubungi Adaa melalui Whatsapp. Katanya kulit sangat teruk, bunyinya macam serius sangat. Jadi, Adaa lihat profile picture nya. Uish, lawa sangat, apa yang teruknya?

“tak teruk pun, lawa sangat gambar awak”

“itu guna apps kak, huhu”

Oh, guna apps rupanya, tertipu akak hehe.

Jadi, dia hantar gambarnya tu. Kalau tak silap lepas balik kerja, dia terus snap dan hantar gambar tu pada Adaa. Boleh lihat dengan jelas kan? kesan daripada jerawat bernanah.

Katanya, sebelum ni dia dah cuba pelbagai jenis produk. Dah ratusan malah ribuan ringgit melayang tapi hasil mengecewakan. Kulit dia dah lama teruk sampai tak tahu nak buat macam mana. Sama juga dengan adiknya. Selalunya diorang akan cuba produk sama-sama tapi kali ni, dia akan cuba dahulu. Jika berkesan baru dia minta adiknya guna.

 

SELAMAT TINGGAL MASALAH JERAWAT BERNANAH

BULAN PERTAMA

Bulan pertama, dia hanya mengambil Vivix dan Vitamin C. Belum pun habis suplemen tu dia dah whatsapp gambar dan bagi feedback.

Cuba lihat gambar tu dan bandingkan. Kulit didahi, pipi, dagu, dan bahagian sisi mata tu. Jerawat makin nipis, parut makin pudar, kulit makin licin!

Tapi, 3 hari sebelum ‘period’, dia whatsapp lagi sekali.

“akak, muka naik jerawat besar-besar, macam mana ni?’’

Hari tu dah elok, dah makin pulih, kenapa agaknya keluar balik? Siap besar sangat lagi tu. Jadi Adaa selidik dan selidik lagi..Walaupun tak seteruk jerawat bernanah sebulan yang lepas, tapi agak merisaukan juga lah sebab dia baru saja dapat kesan yang positif dengan Shaklee kan.

Memandangkan jerawat ni muncul kembali, adaa cuba tanya adakah period teratur, penghadaman ok atau tak, amalan pemakan macam mana dan akhirnya adaa cadangkan tambah GLA dan carotomax bersama Vivix dan Vitamin C tadi. GLA ni membantu menstabilkan hormon yang tidak teratur, selain membantu mencantikkan kulit. Carotomax pula merupakan antioksidan yang sangat baik dan sangat baik untuk kulit. Hasilnya, 3 hari sebelum period bulan seterusnya, dia whatsapp lagi:

SELEPAS 2 BULAN

Inilah hasilnya! Cuba bandingkan gambar pertama dulu dan 2 bulan selepas itu. Kulit makin licin, pori mengecil, parut pudar, jerawat bernanah hilang, muka pun dah kurang berminyak! Ketara kan perubahannya. Dia kata taknak cari yang lain dah. Setia dengan Shaklee.

 

Disebabkan kakaknya dan dapat hasil yang sangat memuaskan, maka giliran si adik pula mencuba. Kulit si adik taklah banyak sangat jerawat bernanah, tetapi penuh dengan parut jerawat sehingga kulit pipi kelihatan hitam dan kusam. Tekstur muka pun kasar katanya.

Untuk si adik, setelah sesi konsultasi, adaa cadangkan pengambilan Vivix, Vitamin C dan ESP.

Cuba lihat hasilnya. Selepas sebulan pengambilan Vivix, Vitamin C dan ESP, kulit semakin berseri, tak kusam, parut memudar, jerawat menipis, makin cerah dan tekstur kulit juga semakin halus. Perubahan yang sangat ketara terutama dibahagian pipi tu kan. Siap repeat order lagi cik adik kita ni. Sama jatuh hati macam kakaknya.

Bila lihat perubahan macam yang berlaku pada 2 beradik ni rasa puas hati sungguh. Gembira kerana produk yang dicadangkan berkesan dan turut menggembirakan orang lain. Lebih gembira dari dapat duit tau! Hehe Semoga lepas ni lebih ramai yang dapat merasakan manfaat Shaklee atau #shakleeEffect.

Bagi yang ada masalah macam dua beradik ni dan ingin mendapatkan konsultasi atau mencuba produk Shaklee, boleh hubungi adaa ya!

Sekarang sedang promosi ESP tau! rugi tak dapatkan segera.

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This