Maksud Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum, salam Ahad!! Hari ni kita nak keluar dari topik biasa lah pula. Asyik bincang hal kesihatan, suplemen kan. Jadi kali ni Adaa nak kongsikan perkara yang nampak mudah tapi impak yang sangat besar iaitu maksud bacaan dalam solat. Adaa yakin anda semua dah berpuluh tahu solat, dah lancar bacaan dan perlakuan solat tetapi bagaimana pula dengan maksud bacaan dalam solat. Dah hafal? Kalau belum, entry kali ni memang sesuai lah untuk anda 🙂

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

 

Setiap kali kita solat, fikiran mudah menerawang, betul tak? (Jangan tipu). Untuk nak kusyuk tu bukan sesuatu yang mudah. Tapi, sekiranya kita fasih dan hafal maksud bacaan dalam solat kita, insyaAllah ia akan menjadikan solat kita, fikiran kita lebih fokus dan terarah.

Mungkin masa sekolah dulu dah tahu dah semua makna ni tapi yelah, dah tua-tua, otak dah banyak guna, jadi lama-lama dah tak ingat. Jadi, bolehlah mula hafal semula.

Saja je Adaa cari gambar yang berkatun macam ni sebab nampak menarik dan lebih mudah nak ingat kot. Nak kongsi dengan anak-anak pun insyaAllah mereka berminat. Boleh sama-sama belajar ye tak?

FAHAMI UNTUK LEBIH MENGHAYATI

 

Selalunya kalau imam baca doa dalam bahasa Arab, mulalah kita menerawang fikiran, menguaplah kan sebab tak tahu apa yang didoakan. Lebih molek kalau kita cuba cari maksudnya. Baru lebih terasa dihati.

Begitu juga dengan solat. Solat ni rukun Islam kedua, sangat penting. Jadi, kalau solat dah buat, apa kata kita ‘upgrade’ sikit solat kita dengan memahami atau mengetahui maksud bacaan dalam solat kita. Bukan sahaja kita jadi lebih fokus dalam solat malah kita lebih menghayati solat kita insyaAllah. Setiap patah ayat yang kita ucapkan dalam solat boleh kita fahami dan seolah-olah kita berbicara dengan Sang Pencipta kita. Lebih indah kan?

Memang nampak mudah, perkara remeh tapi hakikatnya besar tau hal ni. Kita solat nak menghadap Allah tapi tak tahu apa yang kita bicarakan, kan pelik tu. Sudahnya nanti, solat hanya pada perlakuan bukan pada hati. Kita taknaklah jadi robot ye tak?

Jadi, jom hafal dan lebih menghayati!

Semoga bermanfaat.

 

Similar Posts