Semua orang ada impian, ada cita-cita, ada kehendak yang ingin dipenuhi. Tapi ramai yang buntu dan tak jumpa mana nak tuju. Kita mesti mulakan dengan sesuatu kan? Adaa pun pernah buntu, pernah tak tahu apa nak buat, pernah tak jumpa hala tuju. Tetapi Alhamdulillah, apa yang pernah adaa cita-citakan dulu dah pun adaa capai. Tapi tak bermakna impian tu berakhir, sentiasa impikan sesuatu yang baru agar kita ada perkara yang mendorong kita untuk terus kedepan.  Hari ni Adaa akan kongsikan satu tip yang mungkin semua orang dah tahu cuma terlupa iaitu kuasa pemikiran positif. Ada tahu ramai yang punyai cita-cita dan impian kan, jadi harapnya entry kali ni dapat membantu anda. Percaya tak anda, dengan berfikiran secara positif, seseorang itu mampu mendapat apa yang diingininya. Mungkin lambat, mungkin cepat tetapi pokoknya, ianya tercapai. Ya, itulah kuasa pemikiran positif

POSITIF VS NEGATIF

Dalam fikiran kita, cuma akan ada satu pemikiran pada satu-satu masa. Gembira takkan boleh hadir bersama kesedihan, positif takkan boleh hadir bersama negatif. Itu hukumnya. Jadi, disini kita harus memilih apa yang nak kita letakkan dalam kepala kita ni. Jika negatif memenuhi setiap ruang minda kita makan negatif lah tindakan kita dan negatif jugalah hasilnya. Sebaliknya, jika positif yang berada dalam minda kita maka positif jugalah tindakan dan hasil yang kita dapat.

LAW OF ATTRACTION

Pernah baca buku Law of Attraction: The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don’t ? Buku ini antara buku yang terawal Adaa beli semasa mula-mula berniaga secara online. Buku ini ada menerangkan bagaimana wujudnya tarikan disekeliling kita yang mungkin kita tak sedar atau pun sedar. Apa yang kita fikir akan menarik perkara yang sama disekeliling kita. Pernah tak rasa bangun pagi, kopi tak jadi, tudung senget dan pelbagai siri benda tak baik terjadi kepada kita sehingga ke petang? Apa sebabnya tu? Bila kita bangun pagi dalam keadaan emosi yang tidak baik, kita juga telah mengeluarkan tenaga negatif dan seterusnya hanya menarik lebih banyak tenaga negatif kearah kita. Dari negatif sikit dek kopi tumpah tadi, akhirnya makin menimbun-menimbun sampai buat apa pun tak kena. Betul tak? Pernah alami? Lagi satu contoh, setiap hari anda lalu jalan yang sama untuk ke tempat kerja. Semua kereta seperti biasa ada kecil, ada besar ada Proton, ada Honda, ada Toyota. Suatu hari anda mula berangan nak beli kereta baru, kereta Estima memandangkan keluarga makin besar. Sejak dari tu, setiap kali anda lalu dijalan raya, pasti mata anda lebih cepat perasan kereta Estima yang lalu. Betul tak? “Macam tau-tau je aku berkenan kat Estima. Makin kerap pula jumpa”. Padahal, estima tu tiap hari memang lalu situ dan dah berapa kali lalu didepan mata anda tetapi selama ini anda tak kisah pun. Bila kita mula berfikir, ya aku nak itu, maka itu jugalah yang selalu kerap kita nampak, kita jumpa. Itulah kuasa tarikan.

KUASA PEMIKIRAN POSITIF

Begitu jugalah dengan berfikir secara positif. Jika kita dah pasang cita-cita, impian, maka fikirlah secara positif yang suatu hari nanti ianya pasti menjadi kenyataan. Biar lambat atau cepat itu bukan masalahnya. Janji, ianya akan menjadi realiti. Contoh: Jika kita mahukan lebih banyak wang, dalam fikiran kita jangan biarkan ada satu pun fikiran negatif. Bukak dompet, walaupun tiada duit, jangan fikir “ala, takda duit, bilalah nak kaya ni”. Sebaliknya fikirkan ” Bulan ni mesti penuh dompet aku dengan duit not RM50″. Tanamkan yang kita pasti akan dapat duit. Bila ianya dah lekat dalam minda tu, tindakan kita juga akan menghala kearah merealisasikan pemikiran positif tadi. Barulah hasilnya positif! Dapat tak apa yang Adaa nak sampaikan? Tak faham boleh tanya kat ruangan komen 🙂

SAYA & IMPIAN & KUASA PEMIKIRAN POSITIF

Masa tahun kedua buat Shaklee kot, Adaa mula buat Vision Board. Dalam vision board tu antara yang adaa nak capai ialah:

  1. Nak jadi Coordinator Shaklee (masa tu ada dah dua tahun duk rank Senior Supervisor)
  2. Nak Car Bonus Shaklee
  3. Nak income besar (5 angka)

Setiap hari adaa akan lihat vision board tu. Adaa tampal betul-betul kat dinding depan meja kerja Adaa. Setiap kali terpandang vision board adaa akan baca, tatap lama-lama dan berdoa semoga ianya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, pada tahun depannya tu Adaa dapat ketiga-tiga impian tersebut. Memang kita hanya berusaha, Tuhan yang menentukan takdirnya. Jadi, kita perlu jalankan tanggungjawab kita terlebih dahulu, fikir yang positif, usaha ke arahnya dan sentiasa berdoa. Tuhan itu tak kedekut, jika kita minta pasti akan dimakbulkan sesuai dengan keperluan kita. Jadi berdoalah, dan sentiasalah berfikir secara positif kerana dalam pemikiran positif ada kuasa yang hebat!

kuasa pemikiran positif

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This