Shaklee Halal

Shaklee halal atau tidak? Isu ini bukan isu main-main kerana apa yang kita makan, itu akan jadi darah daging kita ya tak? Produk Shaklee sudah lama mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Kita pun tahu majoriti rakyat Malaysia adalah muslim. Jadi, secara logiknya mestilah Shaklee halal kalau tak macam mana pula dan berpuluh tahun ada diMalaysia dan digunakan oleh ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tetapi, dalam hal ni tak boleh lah bersandar pada logik akal je kan. Perlu ada bukti yang mengatakan Shaklee halal atau haram.

Bukan seorang dua yang bertanya, tapi ramai. Ini kerana kita semua tahu kualiti produk yang ditawarkan dan semua orang tahu Shaklee adalah Syarikat suplemen nombor 1 di US. Di hasilkan pun di US. Jadi, ramai yang nak mencuba tapi tak tahu Shaklee halal tak ni? Kalau betul halal, takda pun logo halal JAKIM.

LOGO HALAL JAKIM

Rasanya semua orang tahu, setiap produk untuk muslim yang dihasilkan di Malaysia wajib ada logo halal Jakim. Ya betul. TETAPI Shaklee bukan dan tidak dihasilkan di Malaysia. Jadi, ianya TIADA logo halal Jakim.

JADI, SHAKLEE HALAL ATAU HARAM?

Nanti dulu. Shaklee dihasilkan di US dan dieksport ke Malaysia. Walaupun tiada tanda halal Jakim, tetapi ianya telah mendapat Sijil Halal yang dikeluarkan oleh ISA (islamic Service of America)

SIJIL HALAL SHAKLEE 2018

Ini ialah bukti Shaklee telah mendapat kelulusan HALAL dari pihak ISA dan ini adalah sijil halal yang terbaru untuk tahun 2018. Anda boleh lihat sendiri ya.

SIAPA ISA?

Siapa pula ISA dan apa kaitan dengan Shaklee ni. ISA merupakan sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM sendiri sejak tahun 1982 lagi. Ya dah lama!

Untuk pengetahuan anda, ada lebih 66 logo halal dari 40 buah negara yang mendapat pengiktirafan oleh JAKIM. Jadi, jika anda membeli belah dan nampak ada tanda halal yang bukan logo halal Jakim, jangan panik dahulu. Periksa betul-betul kerana produk tersebut mungkin bukan dihasilkan di Malaysia tetapi di negara lain. Sebab tu tiada tanda halal jakim tetapi ianya diiktiraf oleh JAKIM. Jangan risau ok.

 

Jika anda masih belum yakin, ada boleh lawati laman sesawang JAKIM sendiri dan anda boleh muat turun senarai logo Halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Status Halal ni bukan senang-senang nak dapat ya terutama di Kanada dan USA jadi apabila ianya mendapat pengiktirafan ISA dan pihak ISA pula diiktiraf oleh JAKIM, seharusnya tiada masalah atau isu lagi disitu.

Ringkasnya:

1. Shaklee BUKAN dihasilkan di Malaysia jadi tidak ada tanda HALAL JAKIM

2. Shaklee di hasilkan di USA dan telah mendapat kelulusan HALAL oleh ISA (boleh rujuk sijil halal diatas)

3. ISA merupakan salah satu badan yang mendapat pengiktirafan oleh pihak JAKIM. 

 

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, silakan. Gunakan tanpa was-was 🙂

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This