Anda Pesakit Gerd? Jom Kongsi Pengalaman

Salam 4 Ramadan buat semua umat Islam. Hari ni misi pencarian Pesakit Gerd. Setelah Adaa sendiri secara rasmi bergelar pesakit Gerd sejak tahun 2015 yang lepas dan Adaa kongsikan segala pengalaman dan info tentang Gerd, terlalu ramai yang menelefon dan menghubungi Adaa secara peribadi untuk berkongsi cerita dan sokongan serta pengalaman. Jadi atas sebab itu, Adaa bercadang untuk membuka satu Facebook ‘group’ supaya semuanya boleh berkomunikasi secara bebas disitu dan boleh sentiasa saling berhubung antara satu sama lain.

ADA APA DENGAN PESAKIT GERD

Jika anda tidak tahu apa itu GERD, anda boleh cuba baca entry Adaa yang bertajuk APAKAH BEZA GASTRIK DAN GERD? Untuk info yang lebih detail lagi anda juga boleh teruskan bacaan Gastrik Gerd Dan Anxiety.

Mungkin ada yang berpendapat Gerd ini bukanlah apa pun. Bukan penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya. Habis tu kenapa heboh sangat ye tak? Ya betul, ianya bukan sejenis penyakit kronik tetapi ianya sangat mengganggu mutu kehidupan seseorang.

Mereka yang mengalami Gerd akan sentiasa mengalami simptom seperti sentiasa tidak sihat, susah tidur, sentiasa letih yang keterlaluan, pedih ulu hati, loya, pening, mulut terasa masam, dan lebih teruk lagi kebanyakan pesakit Gerd mengalami anxiety, gangguan emosi, panic disorder yang sangat merunsingkan.

Ini membuatkan mereka sukar menjalankan rutin harian kerana kerap hilang fokus serta keadaan fizikal yang sentiasa lemah. Kadangkala terasa seperti sakit jantung, rupanya bukan. Kadangkala rasa risau, takut mati dan pelbagai fikiran negatif mula datang. Cukup melemaskan. Makan sentiasa perlu dijaga dengan ketat, tersalah makan walau sedikit, simptom mula datang. Lebih teruk kadangkala boleh rasa tercekik dan sukar bernafas.

Ya, ia bukan penyakit kronik tetapi cukup menyeksakan. Oleh sebab itu kami memerlukan sokongan sesama sendiri dan orang sekeliling. Dan atas sebab itu, Adaa rasa terpanggil untuk menubuhkan ruang untuk semua berkomunikasi secara lebih mudah.

Facebook Group

Ini hanyalah salah satu usaha kecil Adaa. Ahli pun masih belum ramai kerana baru sahaja sehari dua. Tetapi sekiranya ada yang ingin sertai untuk bertanya, kongsi info dan pengalaman, Adaa amat alu-alukan. Dahulu Adaa menggunakan medium Telegram kerana ianya lebih mudah serta boleh memuatkan ramai orang. Tetapi disebabkan Adaa ingin memuatkan semua video dan media berkaitan, Adaa rasa lebih mudah melalui Facebook Group.

BAGAIMANA?

Senang aja nak sertai kumpulan ini. Anda hanya perlu klik Jom Bebas GERD. Jom saling membantu sesama kita! Jika anda bukan pesakit Gerd tetapi ada kenalan yang mengalami masalah yang sama, sudi-sudikanlah memanjangkan artikel ini dengan mereka. Hanya kongsikan di media sosial anda.

Terima kasih 🙂

Similar Posts