Elak Gula Untuk Kulit Cantik

Siapa suka makan gula? Gula-gula? Mana-manalah. Gula sebenarnya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan jika dimakan secara berlebihan. Kita selalu dengar gula bahaya sebab boleh menyebabkan diabetes tetapi biasa tak dengar yang gula tidak elok untuk kulit? Jarangkan kita dengar orang suruh elak gula untuk kulit cantik? Adaa baru juga tahu sebenarnya yang gula mempengaruhi kecantikan kulit kita. Macam dalam poster diatas, kita disarankan untuk elak gula untuk kulit cantik dan tidak berkedut serta kendur. Bagaimana dengan mengelak dari makan banyak gula boleh membuatkan kulit kita ni lebih muda dan lawa. Jom baca!

ELAK GULA UNTUK KULIT CANTIK?

 

Diet rendah GI atau glisemik indeks dikatakan mempunyai banyak manfaat terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit mudah berjerawat. Makanan dengan glisemik indeks yang tinggi akan ditukarkan kepada gula dengan cepat dan ini akan mempengaruhi kesihatan dan kecantikan kulit.

Apabila kita makan makanan tinggi gula atau tinggi glisemik indeks, ia akan menyebabkan peningkatan tahap insulin yang ketara dan seterusnya menyebabkan keradangan keseluruh tubuh. Senang cerita, bayangkan bom meletup dalam tubuh kita, macam tu jugalah yang terjadi apabila tahap insulin tiba-tiba mencanak naik.

Keradangan adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Jadi, kenalah kurangkan pengambilan gula atau yang tinggi indeks glisemik seperti roti putih, nasi, soda, ‘protein bar’, karbohidrat ringkas dan sebagainya.

RADANG DAN KEDUTAN

 

Keradangan (inflammation) akan menghasilkan enzim yang merosakkan dan memecahkan kolagen serta elastin. Akibatnya kulit akan berkedut dan tampak kendur. Lebih banyak gula yang kita makan, lebih bahayalah kepada kulit kita dan menampakkan kita jauh lebih tua dari usia sebenar!

READ  9 TIPS KULIT CANTIK DALAM HANYA 1 MINGGU!

GLYCATION

 

Pernah dengar tentang Glycation? Ianya adalah satu proses dimana apabila terlalu banyak gula dalam badan, molekul gula akan berpaut dengan molekul protein dan melalui proses ini, terhasillah Advanced glycation End product atau lebih biasa kita dengar sebagai AGE protein. AGE protein ini dianggap tidak normal dalam tubuh kita dan kita taknak ianya ada dalam tubuh kita kerana semakin banyak kita ambil atau makan gula, semakin banyak AGE terhasil dan merosakkan kolagen serta elastin dalam tubuh kita. Kolagen dan elastin merupakan protein yang penting bagi kulit, jika ianya rosak, kulit kita pun akan semakin kendur, nampak tua dan berkedut. Nampakkan hubung kaitnya?

Dalam dunia kecantikan, terma AGE memang sangat sinonim. Semua orang tak ingin kelihatan tua dari usia sebenar dan banyak syarikat kosmetik cuba membantu kita untuk melawan AGE ni tadi. Tetapi salah satu cara yang mudah adalah mencegah dari awal iaitu dengan mengurangkan pengambilan gula. Kurang gula, kuranglah AGE terhasil kan? Maka, kulit juga lebih lawa!

APA MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN?

 

Dah tahu kan, gula tak baik untuk kulit jadi elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula atau makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi.

Apa dia contohnya?

Gula putih, Roti putih, gula-gula, makanan bergoreng, aiskrim, jus buah, pasta, kek, biskut, kicap, pizza, jem, soda, makanan ringan dan banyak lagi!

Lihat INDEKS GLISEMIK untuk contoh lain dan lebih info tentang indeks glisemik

 

Bukan tak boleh langsung makan, tapi cuba kekalkan pada tahap paling minimum supaya kesihatan kita lebih terjamin disamping mendapat kulit yang lebih cantik dan sihat. Jadi, amalkan pemakanan yang sihat dan buat pilihan yang bijak ya!

READ  RESEPI MASKER MUDAH UNTUK KULIT CANTIK

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee! 

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This