Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gerd
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk Ramadhan dah. Lagi sebulan je lagi. Bila tiba Ramadhan ni selain rasa teruja, ada sedikit kebimbangan untuk pesakit gerd dan gastrik samada mampu berpuasa atau tidak kan. Peluang beribadah macam ni bukan datang selalu, dah pasti semua pun nak rebut peluang buat pahala lebih ni. Bagi pesakit Gerd adakah mereka mampu berpuasa atau tidak? Kalau boleh memang nak berpuasalah kan. Jadi kali ini adaa akan kongsikan Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gerd. Selalunya orang kongsi tips untuk pesakit gastrik je kan. Agak susah nak cari tips berpuasa untuk pesakit gerd. Oleh sebab itu, kali ni adaa kongsikan untuk anda.
SAYA PESAKIT GERD
Kenapa Adaa kongsikan tips berpuasa untuk pesakit Gerd dan bukannya pesakit darah tinggi ke pesakit gastrik ke? Sebabnya Adaa sendiri adalah pesakit Gerd. Jadi perkongsian kali ini bukan sahaja untuk anda tetapi sebagai rujukan untuk diri Adaa sendiri. Semoga bulan Ramadhan nanti kita boleh kekal sihat dan beribadah dengan jayanya! Bagi yang masih tak tahu apa itu Gerd, dan juga apa kaitan Gastrik Gerd Dan Anxiety, adaa sarankan anda baca dahulu:
Jadi, apa tips yang sesuai untuk menghadapi bulan Ramadhan?
TIPS BERPUASA UNTUK PESAKIT GERD
1. Punca utama asid berlebihan dan terjadinya asid refluks selain dari pemakanan ialah stress. Jadi, bulan-bulan ramadhan ni elok sangatlah kita lebih fokus untuk mendekatkan diri kepada Allah, tenangkan fikiran dan jiwa dan elak dari stress. InsyaAllah puasa kita akan lebih lancar.
2. Pemilihan makanan yang tepat. Bulan puasa, memang menguji nafsu selera kita. Tambah pula kalau ke pasar Ramadhan. Ya ampun, macam-macam makanan ada. Jadi silalah sedar diri yang anda ada Gerd. Pilih makanan yang sesuai sahaja bagi mengelakkan asid refluks
Elakkan:
- Makanan berempah; kurma,kari, rendang dan yang seangkatan dengannya
- Makanan bergoreng; segala yang bergoreng dalam minyak banyak seperti ayam goreng, ikan goreng, goreng pisang dan lain-lain.
- Makanan yang bergas; kubis, petai, durian, nangka, cempedak, air gas, soda
- Makanan masam; limau nipis, limau kasturi, oren, buahan yang masam dan berasid, anggur hijau, epal hijau, cuka
- Makanan terlalu pedas; yang mengandungi cili api
- Makanan yang sukar cerna; keju, tat, coklat
- Makanan sukar hadam atau seperti karbohidrat ringkas;nasi putih, bihun, kue tiaw, mee
3. Makan dalam kuantiti yang sedikit. Setiap kali kita makan, perut akan menghasilkan atau mengeluarkan asid untuk mencerna makanan. Makanan dalam kuantiti yang banyak akan membebankan perut dan meningkatkan pengeluaran asid. Ini yang akan mencetus asid refluks. Jadi, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap (selepas berbuka)
4. Jangan minum terlalu banyak air dalam satu masa
5. Mulakan berbuka dengan air panas bagi menolak keluar asid. Tetapi elakkan minuman yang manis dan berkafein seperti teh dan kopi. Minum air panas kosong lagi bagus. Jika nak rendamkan sedikit kurma juga boleh.
6. Kemudian boleh mulakan makan tetapi cukup sekadar alas perut. Elakkan makanan yang Adaa senaraikan diatas. Mulakan dengan sedikit oat juga boleh atau buah atau karbohidrat ringkas. Cukup untuk menghilangkan lapar. Kemudian boleh solat 🙂
7. Jika masih lapar selepas solat, boleh makan sedikit lagi. Dalam kuantiti yang kecil ya.
Sebenarnya, setiap makanan berbeza bagi setiap individu kerana keadaan kita semua tidak sama walaupun semua pesakit gerd. Jadi, boleh cuba dan lihat. Pastikan kita hanya makan makanan yang sesuai.
Ya memang sedap segala kuih muih lauk pauk pada bulan puasa tapi kesihatan kita lebih penting. Selain daripada tips berpuasa untuk pesakit gerd yang adaa kongsikan diatas,Ini adaa kongsikan sedikit panduan makanan yang sesuai untuk pesakit Gerd. Entry ni Adaa tulis setahun yang lepas kalau tak silap. Semoga bermanfaat. MAKANAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT GERD/ASIDÂ REFLUKS
KONGSI PENGALAMAN : TIPS BONUS
Biasanya, dilema pesakit Gerd ni ialah “Nak makan apa?” . Walaupun bermacam-macam dah kita bagi senarai menu ke resepi ke tapi tak semua benda ada di rumah kita. Kadang ada, kadang takda. Jadi Adaa ni pun macam orang lain juga, takda rumah macam Jaya Grocer kan. Yang asas tu adalah. Habis waktu kecemasan macam sahur macam mana pula? Tadi dah bagi tips berpuasa untuk pesakit gerd kan, ini kita tambah lagi sikit.
TIPS BONUS
Ini perkongsian jujur dari hati hehe. Betul, kadang pening nak sarapan apa. Malaysia ni kaya dengan roti canai, nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, kuih muih, tapi satu pun tak sesuai dengan pesakit Gerd. Jadi ini Adaa kongsikan antara menu sarapan/ sahur yang sesuai untuk pesakit gerd.
1. Salad ayam. Paling penting masa puasa kita nak kenyang lebih lama dan bertenaga kan. Jadi pastikan pengambilan protein dan serat kita cukup. Contoh resepi SALAD AYAM [ RESEPI PESAKIT GERD] Walaupun dalam ni ada penggunaan lemon, tak nak letak pun takpe jika perut kita terlalu sensitif. Tak menjejaskan pun rasa tu. Kalau bakar ayam guna garam, lada hitam dan mixed herb pun dah sedap. Tapi ingat ya, semua dalam kadar sederhana, jangan berlebihan.
2. Omelette. Telur merupakan sumber protein yang sangat baik. Jadi, boleh kita buat sarapan/sahur. Gunakan 2 biji telur, sayuran seperti bayam, lobak merah, sedikit garam dan sedikit lada hitam.
3. Untuk Adaa, ESP shaklee adalah penyelamat sepanjang masa. Dari mula terlantar 2 minggu kes gerd, sampailah waktu bulan puasa dan hari-hari biasa macam sekarang, ESP merupakan sarapan Adaa yang paling pantas, kenyang dan berkhasiat serta memberikan tenaga.
ESP ni memang sangat laris terutamanya pada bulan puasa sebab apa? Sebab ianya membekalkan tenaga yang berpanjangan. Adaa ni 2 kali bersalin dekat dengan bulan puasa, jadi menyusu pada bulan puasa, mengandung pada bulan puasa, semua Adaa dah rasa. Kalau ibu yang menyusukan anak bulan puasa faham kot betapa dahaga dan letihnya jadi, inilah bekalan Adaa. Alhamdulillah dah 7 tahun ESP ni bersama Adaa. Ini bukan sebab adaa pengedar Shaklee, tetapi Adaa berkongsi sebagai salah seorang pesakit GERD. ESP ni sangat membantu.
Waktu sahur, adaa bancuhkan 3 SUDU BESAR ESP dengan 1 SUDU BESARÂ Performance Drink, dah cukup untuk kenyang dan bertenaga. Jika masih rasa lapar, adaa makan kurma 2 biji, atau telur. Sangat-sangat membantu!
4. Suplemen yang sesuai. Pesakit gerd ni kerap mengalami keletihan yang keterlaluan. Jadi, kebanyakan mereka yang ada gerd ni telefon Adaa minta multivitamin. Ya itu pilihan yang sangat bagus. Jadi boleh ambil Vitalea Shaklee. Multivitamin ni berusia lebih 100 tahun, jadi adaa rasa tiada keraguan lagi lah. InsyaAllah, kita akan lebih bertenaga dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan lebih lancar.
Ok, dah habis adaa kongsikan tips peribadi sebagai pesakit gerd dan juga tips berpuasa untuk pesakit gerd. Sekiranya ada perkongsian lain, adaa alu-alukan sangat. Lebih ramai kongsi resepi, lebih bagus kan? Bagi yang nak mendapatkan suplemen juga boleh hubungi adaa. Sepanjang hampir 3 tahun adaa kena gerd, terlalu ramai yang telefon dan berkongsi pengalaman. Ya terlalu ramai. Adaa cukup hargai dan terima kasih kerana sudi hubungi. Kita saling menyokong ok? Semoga bermanfaat, like dan share jika anda rasa artikel ini membantu.