Gatal Ketika Bersenam

Pernah tak terjadi paha anda atau kaki anda berasa gatal ketika bersenam atau berlari? Pagi tadi selepas hantar anak kesekolah, saja ajak suami berjalan dan bersenam di Kompleks Belia & Sukan Paroi (KOMBES). Selepas 3 pusingan terasa amat gatal dibahagian kaki dan ianya sering terjadi sejak disekolah menengah lagi. Tertanya juga kenapa. Anda pernah rasa gatal ketika bersenam macam Adaa? Nak tahu kenapa terjadinya gatal ketika bersenam?

Bestnya lari dipantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu :). Ok, kenapa paha atau kaki sering gatal?

PUNCA GATAL KETIKA BERSENAM

 

URTICARIA

Ini adalah salah satu alergi dimana ianya dimulai dengan rasa seperti gatal sedikit, kemudian terasa seperti gigitan semut dan seterusnya menyebabkan lebam kecil. Ruam ini biasanya timbul dibahagian leher, lengan dan kaki selepas 30 minit bersenam. Masalah ini biasanya disebabkan oleh peningkatan suhu. Jangan risau, selalunya ia akan reda selepas seketika.Tetapi jika semakin serius, sila dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.

HISTAMIN

Ketika bersenam, tubuh kita merembeskan histamin. Ia berfungsi untuk meluaskan salur darah dan membekalkan lebih banyak oksigen melalui darah. Satu kajian Jepun menyatakan bahawa histamin mungkin dibebaskan semasa senaman bagi melindungi tubuh dari keletihan dan kelelahan akibat senaman. Malangnya, histamin juga menghantar signal kegatalan ke otak. Maksudnya, semakin lama kita bersenam, semakin banyak histamin dirembeskan dan semakin banyak juga signal dihantar ke otak yang meningkatkan lagi rasa gatal tersebut.

KULIT KERING

Kulit yang kering ditambah pula dengan cuaca yang panas dan kering mungkin menimbulkan rasa gatal ketika bersenam. Pergeseran dengan baju ketika bersenam mungkin menyebabkan iritasi. Jadi jika anda mempunyai kulit yang kering, gunakan pelembap sebelum bersenam.

KURANG BERSENAM

Ini juga antara pentanda anda jarang bersenam! (opss!). Jadi nak bagi hilang rasa gatal, biasakan senaman. Mula-mula badan mungkin terkejut 🙂 Sila bersenam lebih kerap ya.

Dah tahu kenapa rasa gatal? Ok, selamat bersenam dan kekal sihat!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This