Vitamin Penting Untuk Stress Dan Depresi

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan tekanan, tak kira dari segi kewangan, kerjaya, keluarga, telah meningkatkan jumlah mereka yang mengalami masalah stress dan depresi. Tahukah anda, beribu malah berjuta rakyat Malaysia hidup dalam tekanan yang berterusan setiap hari? Stress sekali sekala itu biasa tetapi hari-hari? Itu sudah diluar kebiasaan. Stress dan depresi inilah yang memicu penyakit yang lebih kronik seperti strok, sakit jantung, migrain, masalah tidur, emosi terganggu, dan banyak lagi. Perkara inilah yang menjadi pembunuh senyap yang paling kita perlu ambil berat. Bagaimana ianya boleh ditangani?

STRESS DAN DEPRESI

 

Kenapa Adaa sering ketengahkan isu ini? Sebab ianya sangat berbahaya tanpa kita sedari. Adaa sendiri pernah melalui tekanan berterusan, anxiety sehingga memerlukan perubatan doktor. Jadi, bagi Adaa, isu ini bukan main-main. Jangan ambil mudah kalau anda inginkan kehidupan yang gembira.

Untuk entry kali ini Adaa akan kongsikan bagaimana anda boleh menangani stress dan depresi dengan bantuan vitamin atau suplemen yang sesuai, insyaAllah.

 

VITAMIN B6

Dalam entry adaa  KAWAL STRESS DENGAN B COMPLEX Adaa ada terangkan secara terperinci fungsi setiap komponen vitamin B dalam menangani masalah stress. Vitamin B6 contohnya, merupakan komponen vitamin B yang khusus dalam mengawal anxiety dan masalah susah tidur.

“Vitamin B6 helps the body make several neurotransmitters, chemicals that carry signals from one nerve cell to another. It is needed for healthy brain development and function and helps the body make the hormones serotonin and norepinephrine, which influence mood, and melatonin, which helps regulate the body clock”

 

MAGNESIUM

 

Magnesium merupakan salah satu mineral penting untuk otot dan sistem saraf. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan sembelit, anxiety, Menurut pelbagai kajian yang telah dilakukan, magnesium dapat membantu mengurangkan masalah insomnia. Masalah tidur sebenarnya berkait rapat dengan stress. Bila susah tidur, fikiran letih, emosi letih yang mana akhirnya mencetuskan stress. Jadi, pengambilan magnesium dalam diet harian mampu mengawal masalah ini.

Selain itu, magnesium juga terbukti secara klinikal membantu dalam merawat penyakit berkaitan mental termasuk anxiety dan depresi. Mineral ini berfungsi dalam penghasilan serotonin iaitu hormon yang menjadi penyumbang utama kepada ketenangan, kegembiraan dan kepuasan.

 

KALSIUM

 

Kalsium bukan sahaja penting untuk tulang, malah ianya sangat penting untuk sistem saraf dan juga hormon. Wanita terutamanya memerlukan dos yang lebih besar berbanding lelaki kerana wanita melalui fasa mengandung yang mana banyak menggunakan kalsium untuk bayi dan juga ketika menyusukan anak. Kekurangan kalsium juga dikatakan penyebab kepada PMS dan depresi.

OMEGA

 

Ini satu lagi suplemen yang sangat penting dalam masalah anxiety dan depresi. Otak kita sangat sensitif terhadap keradangan atau inflamasi. Dan apabila ianya berlaku, satu-satunya bahan yang boleh melindungi atau memperbaiki masalah radang tadi ialah omega 3. Jika kita tidak mendapat bekalan omega 3 (EPA dan DHA) yang secukupnya, maka keadaan akan bertambah buruk.

Anxiety ialah satu gejala dimana kita menjadi bimbang terhadap sesuatu perkara pada masa hadapan iaitu perkara yang masih belum terjadi. Risau itu, risau ini. Dan pastinya apabila kita bimbang tentang sesuatu kita turut akan berasa depresi atau terbeban untuk semua perkara tadi. Terbeban untuk memikirkan bagaimana mahu mencapai apa yang kita fikirkan, mahu mengelak segala bahaya yang kita bayangkan. Jadi, semakin kita risau, ianya akan mendorong kita kepada keadaan depresi pula. Inilah yang menyumbang kepada keradangan di otak kita tadi.

Radang pula bukan radang yang kita rasa sakit macam radang dikulit. Tidak. Ianya lebih kepada radang sel yang menjejaskan fungsi neurotransmeter di otak kita dimana ianya akan menyebabkan signal diotak tidak dapat disampaikan dengan baik.

Jadi, adakah dengan meningkatkan pengambilan Omega terutamanya EPA iaitu komponen yang berfungsi sebagai anti radang utama di otak dapat membantu mengurangkan anxiety dan depresi. YA. Sebab itulah kita perlu ubah diet kita dan ambil Omega 3 yang mencukupi setiap hari kerana jangkahayat EPA sangat terhad. Sebab tu perlu ambil setiap hari.

Jadi, ini adalah antara suplemen terpenting yang perlu kita ambil untuk menangani masalah anxiety dan depresi serta stress. Kawal sebelum terlambat kerana macam yang Adaa sebut diawal tadi, ianya adalah pembunuh senyap nombor 1 di dunia.

Untuk mendapatkan kesemua suplemen ini, boleh hubungi Adaa ok!

HEALTH IS WEALTH

 

Similar Posts