Vitamin C mungkin dah biasa kita dengar malah terlalu biasa. Tetapi bagaimana pula dengan Ascorbic Acid? Anda biasa dengar? Rasanya semua yang pernah ke sekolah dan belajar Sains akan tahu bahawa Ascorbic Acid adalah nama saintifik bagi Vitamin C. Walaupun begitu, adakah ianya benar dan satu benda yang sama?

Vitamin C & Ascorbic Acid

Pada ketika Vitamin C ditemui, komponen yang berjaya dikenalpasti pada ketika itu ialah Ascorbic Acid. Jadi mereka mula menamakan komponen tersebut sebagai Vitamin C. 

Kemudian, lebih banyak komponen didalam Vitamin C telah dikenalpasti tetapi malangnya, rekod tentang penemuan tersebut tidak dikemaskini. Jadi, jika anda menggunakan enjin carian seperti Google, anda hanya akan temui bahawa Vitamin C adalah Ascorbic acid. Disebabkan itu ramai yang beranggapan bahawa Vitamin C dan asid askorbik adalah sama.

Sebenarnya, Vitamin C terdiri lebih dari satu komponen.

Komponen Vitamin C

Sebenarnya, Vitamin C terdiri dari beberapa komponen utama iaitu

  • Asid Askorbik– Merupakan antioksidan yang membantu melindungi sel. Membantu membunuh bakteria dan membantu sistem imun. Mengelakkan buah-buahan atau tumbuhan dari teroksida dengan cepat.
  • Faktor P – Mengandungi Bioflavinoid yang menyokong tisu penghubung disekitar salur darah seterusnya membantu menguatkan salur darah. Membantu mengelakkan lebam dan ‘spider veins
  • Faktor J– Membantu dalam penyimpanan atau pembawaan oksigen dalam darah. Mengelakkan senang sesak nafas, Pneumonia, dan membantu meningkatkan oksigen dalam paru-paru.
  • Faktor K– Faktor yang bertanggungjawab dalam pembekuan darah
  • Tyrosinase– Juga dikenali sebagai ‘Organic Copper‘. Mineral yang membantu dalam pembinaan hormon adrenal.

 

Mengapa Perlu Ambil Vitamin C Kompleks? 

Jadi, sekarang anda sudah jelas bahawa Vitamin C tidak sama dengan asid askorbik. Asid askorbik hanyalah salah satu komponen dalam Vitamin C.

Vitamin C yang lengkap atau Vitamin C kompleks terdiri bukan sahaja daripada asid askorbik tetapi juga komponen utama lain. Dalam alam semulajadi, asid askorbik hadir dalam Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit. 

Sebaliknya, jika anda lihat suplemen Vitamin C atau dilabelkan sebagai “Ascorbic Acid” dipasaran, asid askorbik hadir dalam jumlah yang besar sehingga mencecah beberapa gram. 

Kandungan asid askorbik yang tinggi menunjukkan ianya tidak hadir secara semulajadi sebaliknya dihasilkan secara sintetik di makmal.

Lazimnya ia dihasilkan menggunakan kanji dari jagung atau beras bersama asid sulfurik dan bukannya dari sumber natural. Ianya sangat mudah dihasilkan serta murah. 

Malangnya, ianya tidak selamat untuk digunakan kerana tidak semulajadi dan juga hanya mempunyai 1 komponen Vitamin C kompleks. 

  • Vitamin C sintetik boleh menyumbang kepada pembentukan genotoxin yang boleh mendorong kepada kanser
  • Menyebabkan penebalan dinding arteri

 

Pengambilan Ascorbic Acid semata-mata dalam jumlah yang besar dan berpanjangan bukan sahaja tidak memberikan manfaat sebenar Vitamin C malah ianya berisiko menjadikan anda mengalami masalah kekurangan Vitamin C. 

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:

  • Spider Veins
  • Skurvi
  • Keletihan yang melampau
  • Depresi
  • Masalah Kulit
  • Masalah gusi
  • Anemia
  • Sakit sendi

Oleh sebab itu, sentiasa berhati-hati dalam memilih suplemen Vitamin C dipasaran. Pastikan ianya lengkap dengan faktor utama Vitamin C kompleks serta dari sumber semulajadi.  

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera.

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri.

Jom jadi jutawan sihat!

contact us

+60179329859

Email Me

Pin It on Pinterest

Share This