4 Ciri Serbuk Kolagen Terbaik: Pastikan Ada Baru Beli!

Serbuk Kolagen Terbaik

Kolagen merupakan salah satu protein terpenting dan paling banyak dalam tubuh kita yang bertindak sebagai ‘pelekat’ untuk mengikat tubuh kita dengan baik agar anjal, tidak kendur selain membantu banyak lagi sistem tubuh kita. Kolagen dapat ditemui dengan banyak di bahagian kulit. Sebab itulah orang ramai menganggap kolagen khasnya untuk kulit. Sebenarnya fungsi kolagen jauh lebih penting dari hanya sekadar mencantikkan kulit. Ia merupakan komponen penting dalam tisu penghubung yang bertanggungjawab dalam pembentukan beberapa bahagian tubuh termasuklah tendon, ligamen, kulit dan otot. Penghasilan kolagen masih banyak ketika kita masih bayi tetapi menjelang usia 20-an, kolagen mula merosot dengan mendadak. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen kolagen amat penting kerana tubuh kita sangat memerlukan kolagen untuk kekal sihat. Tetapi, apakah kolagen terbaik yang kita perlu ambil. Lambakan kolagen di pasaran membuatkan kita tidak tahu mana satu yang elok atau memudaratkan. Kali ini, Adaa akan kongsikan 4 Ciri Sebuk Kolagen Terbaik yang anda wajib tahu dan pastikan 4 ciri ini ada dalam kolagen yang bakal anda beli dan gunakan.

TAHUKAH ANDA?

Kolagen mula merosot dengan drastik bermula umur awal 20-an

Fungsi Kolagen

 

Sebelum Adaa kongsikan 4 ciri Serbuk Kolagen Terbaik, sebelum tu Adaa nak kongsi tentang fungsi kolagen ni. Orang hanya ingat kolagen untuk awet muda. Itu sahaja. Bila kita iklankan di TV, penekanan diberikan hanya untuk kekal muda, kekal cantik. Adakah itu sahaja fungsi kolagen?

1. Fungsi kolagen pada kulit

 

Inilah yang kita paling tahu dan paling perasan kan. Kolagen merupakan protein terpenting menyokong struktur kulit. Menurut kajian, kolagen menyumbang sehingga 80% kepada berat kering kulit kita. Banyak tu! Kolagen bekerjasama dengan satu lagi protein yang dipanggil elastin bagi memberikan sokongan dan keanjalan kulit kita. Jika protein kolagen dan elastin ini kurang, tubuh kita akan kurang fleksibel dan cepat kendur kerana kulit gagal kembali kepada keadaan asal selepas melalui proses peregangan.

Contoh paling mudah, ibu hamil. Bayangkan, perut yang kecil tu diregangkan sebesar-besarnya bagi memuatkan seorang atau lebih bayi. Apabila bayi lahir, sepatutnya, kulit akan kembali tegang dan kembali kepada keadaan asal. Malangnya, jika tubuh kita kekurangan kolagen, walaupun anda kembali kurus, tetapi kulit perut anda akan menggeleber. Sebab itu ramai wanita yang kurus tapi masih nampak buncit!

 

2. Fungsi kolagen pada tulang

 

Tulang kita ini sebenarnya dihasilkan dari gandingan kolagen dan mineral yang dipanggil hydroxyapatite. Kedua-dua komponen ini bergabung dan bekerjasama bagi membentuk struktur tulang, memberikan fleksibiliti dan kekuatan. Menurut kajian yang dilakukan di salah sebuah Universiti di New Zealand, kira-kira 30% tulang kita dihasilkan dari bahan organik dimana kolagen merupakan komponen utamanya sebanyak 95%. 

jadi, yang patah tulang ke contohnya kan, anda bukan sekadar perlu kalsium je, kolagen sekali ya, baru tulang tu boleh tumbuh dengan kuat dan sihat

 

3. Fungsi kolagen pada Otot

 

Gentian Kolagen membantu memberikan kekuatan pada otot dan struktur pada otot tubuh bagi membantu dalam pergerakan harian kita. Kolagen bukan sahaja membantu dalam pembentukan otot skeletal kita, tetapi juga otot yang kecil-kecil dalam tubuh kita seperti di organ pembiakan kita dan juga jantung atau otot kardiak.

 

4. Fungsi kolagen pada Salur darah

 

Apa kaitan kolagen dengan salur darah? Kolagen merupakan komponen yang membina dinding salur darah, arteri dan kapilari kita. Bila kolagen mencukupi, salur darah yang terhasil juga akan fleksibel, anjal dan kuat. Salur darah ni kenalah kuat sebab setiap saat, darah akan dipam melaluinya, jadi struktur yang kuat sangat penting. Barulah sistem tubuh dapat berjalan dengan lancar!

Ciri Serbuk Kolagen Terbaik

 

Dah tahu kepentingan kolagen dalam tubuh, sekarang bagaimana nak memilih Serbuk Kolagen Terbaik untuk tubuh kita? Sebelum ini Adaa pernah menulis panduan memilih kolagen, kali ini Adaa tambah lagi!

Ciri 1 Serbuk Kolagen Terbaik

 

Mengandungi kolagen Jenis 1. Setakat hari ini sebanyak 30 jenis kolagen telah dikenalpasti. Kolagen paling banyak didapati didalam tubuh manusia ialah Jenis 1 diikuti dengan Jenis 2, 3 dan 4.

  • Kolagen I- dijumpai didalam kulit, tulang, tendon, tulang dan organ
  • Kolagen II- dijumpai kebanyakannya dalam rawan 
  • Kolagen III- dijumpai dalam gentian retikular
  • Kolagen IV- dijumpai dalam membran bawah membran sel
  • Kolagen V- dijumpai dalam kuku dan rambut

Jadi, disebabkan tubuh kita secara semulajadinya banyak terhasil dari kolagen Jenis 1, maka kolagen yang kita ambil juga perlulah dari Jenis yang sama. Barulah membantu sistem tubuh kita. kalau tidak sia-sia juga kita minum kolagen hari-hari.

Kolagen Jenis 1 adalah pilihan utama untuk kesihatan kulit kerana ia merupakan blok asas yang membina kulit. Ingat kan, Kolagen 1 paling banyak dijumpai didalam organ, dan organ terbesar manusia adalah kulit!

  • Kolagen Jenis 1 menyumbang sehingga 90% kolagen yang diperlukan dalam pembentukan kulit, tulang, tendon, organ.
  • Meningkatkan ketegangan kulit, dan menjadikan ia tidak mudah kendur
  • Memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka

Ciri 2 Serbuk Kolagen Terbaik

 

Mempunyai penyerapan yang baik. Bukan semua kolagen di pasaran dapat menyerap dengan baik. Ada kolagen yang mempunyai molekul yang besar dan ada juga terlalu kecil dan ada juga yang mempunyai size yang optimum. Untuk mendapatkan kolagen yang banyak, kita harus pastikan serbuk kolagen yang diambil itu mudah diserap oleh tubuh kita.

  • Pilih kolagen marin kerana ia dikenali mempunyai penyerapan yang tinggi kerana saiz zarah yang kecil
  • Kolagen marin mempunyai penyerapan yang tinggi  di mana ia boleh meningkatkan sintesis kolagen pada bahagian dermis dengan lebih efisyen, membantu kesihatan kulit, tulang dan sendi

Industri kolagen dunia kebanyakannya mengambil kolagen dari 2 sumber iaitu Khinzir dan Ikan. Kolagen Shaklee telah diambil dari sumber ikan dan bukan sebarang ikan, tetapi sisik ikan merah yang hidup nun di laut dalam.

Kolagen Shaklee juga diadun bersama PROBIOTIK dan Vitamin C bagi membantu dan menggalakkan penyerapan dengan lebih baik!

TAHUKAH ANDA?

Molekul kolagen yang tidak diserap dengan baik berkemungkinan menyebabkan FIBROID

Ciri 3 Serbuk Kolagen Terbaik

 

Lebih dalam lebih bagus!. Apa yang dalam? Laut dalam. Sumber kolagen yang paling baik adalah kolagen marin dan kolagen yang diambil dari ikan dari laut air dalam. Ikan laut dalam seperti ikan merah contohnya, mempunyai kebolehan dalam menahan tekanan yang tinggi di dalam dasar laut. Ini membuatkan ianya tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Ciri 4 Serbuk Kolagen Terbaik

 

Kolagen akan jadi TERBAIK bila digabungkan dengan nutrisi yang lain. Dalam tubuh kita ni ada pelbagai lagi nutrien lain yang wujud seperti vitamin dan mineral yang kita dapat daripada pemakanan. Situasi yang terbaik yang kita inginkan adalah apabila kolagen dan nutrisi lain dapat bekerjasama dan bersinergi bagi menjamin keberkesanan dan meningkatkan keberkesanan kolagen.

  • Pilih kolagen yang diperkaya dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen, sementara membantu melawan radikal bebas
  • Pilih kolagen yang diperkaya dengan Vitamin B seperti B2 dan B6 untuk menyokong metabolisme tenaga yang mana ianya diperlukan dalam penghasilan kolagen didalam sel.

Walaupun kita mungkin mendapat bekalan Vitamin B dan Vitamin C melalui makanan, tetapi adakah jumlah nya mencukupi, adakah anda pasti ianya ada dalam tubuh anda dan belum termusnah akibat pencemaran, stress dan sebagainya. Tak dapat dipastikan dengan tepat kan. Jadi, jangan main teka-teka. Terus sahaja ambil kolagen yang sudah siap diperkaya dengan 2 nutrisi atau vitamin penting ini. Senang!

Shaklee Collagen Powder: Serbuk Kolagen Shaklee kini dipertingkat!

 

Serbuk Kolagen Terbaik

Serbuk Kolagen Terbaik

Serbuk Kolagen Terbaik

Bila kita lihat iklan di kaca TV, media sosial, jangan mudah terpengaruh dengan info yang mungkin belum sahih. Ramai orang guna belum tentu menjamin kolagen tersebut selamat digunakan. 

  • Ada yang lihat gambar dan terpesona
  • Ada yang cari kolagen yang murah katanya
  • Ada yang cari kolagen yang paling popular

Ingat, jadi pembeli yang bijak. Kaji, selidik sebelum mencuba. Kita nak produk yang ada kajian sains dan terbukti secara klinikal. Yang halal pastinya, yang dapat menyerap dengan baik, yang betul-betul selamat.

TAHUKAH ANDA?

Kolagen wujud semulajadi hanya dalam MANUSIA, HIDUPAN LAUT DAN HAIWAN. Tiada kolagen di dalam TUMBUHAN.

Disebabkan dunia kita ni obses dengan kecantikan, maka kolagen tumbuhan tiba-tiba wujud. Ada yang kata dari rumpai laut, ada yang kata kolagen dari algae.

Kolagen hanya wujud secara semulajadi didalam haiwan seperti lembu, ayam, babi, di dalaam hidupan laut seperti ikan dan juga dalam manusia. Secara lumrahnya, tidak ada kolagen dari sumber tumbuhan. Kalau ada, maksudnya itu dari sumber sintetik dan bukan semulajadi.

Nak ambil kolagen, ambil yang semulajadi dan ikut ciri yang adaa kongsikan tadi. Barulah berbaloi wang yang anda laburkan. Kesihatan dapat, kecantikan pun dapat. Jadi pengguna yang bijak ok?

Sekiranya anda ingin mendapatkan kolagen TERBARU dari Shaklee, boleh hubungi Adaa untuk lebih penjimatan.

 

Similar Posts