Kawal Stress Dengan B Complex
Kawal stress dengan B complex? Adakah ianya berkesan? B complex kan cuma salah satu vitamin sahaja tetapi adakah ianya mampu membantu kita mengawal tekanan harian? Tahukah anda, stress bukan sahaja mengganggu emosi dan kualiti hidup tapi lebih dari tu tau. Contohnya, stress boleh menyebabkan perut buncit, cepat tua, kulit semakin berkedut, rambut gugur, mencetus kepada tekanan darah tinggi, jantung dan diabetes, jerawat, susah tidur serta mengganggu aktiviti seksual anda. Ada banyak lagi kesan daripada stress, jadi penting untuk kita mengawalnya. Terdapat pelbagai cara untuk mengawal stress tetapi pada hari ini Adaa hanya nak kongsikan tentang kawal stress dengan B Complex.
KAWAL STRESS DENGAN B COMPLEX. BAGAIMANA?
Vitamin B Complex mengandungi 8 komponen vitamin B. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Komponen yang terlibat dalam pengawalan stress adalah:
B1 (THIAMINE)
Vitamin B1 penting dalam mengawal kesihatan sistem saraf selain memelihara kesihatan mental seseorang.B1 membantu menstabilkan mood seseorang dan meningkatkan tumpuan atau fokus serta memori.
B3 (NIACIN)
Vitamin B3 pula penting dalam menyokong fungsi sistem saraf dan sistem penghadaman. Kekurangan B3 boleh menyebabkan kemurungan, depresi, stress dan juga gangguan emosi. Vitamin ini berfungsi untuk melepaskan tenaga dari karbohidrat dan seterusnya mengawal kandungan gula dalam darah.
B6 (PYRIDOXINE)
Vitamin B6 mampu membantu dalam penghasilan neurotransmiter seperti serotonin yang sangat penting dalam mengawal stress, kerisauan (anxiety) dan depresi. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun seseorang ketika mengalami kerisauan (anxiety)
B9 (FOLIC ACID)
Ini adalah komponen vitamin B yang paling popular. Asid folik merupakan komponen vitamin B yang terpenting dalam penghasilan tenaga. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid folik secara semulajadi. Jadi, ianya perlu diambil melalui makanan atau suplemen. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan yang seterusnya mendorong kepada stress atau lebih teruk depresi.
B12
B12 memainkan peranan yang sangat penting dalam memori seseorang kerana organ yang paling memerlukan B12 ialah otak. Sekiranya kita kekurangan B12, kita mungkin akan mudah rasa bercelaru, perubahan neurologi yang mendorong kepada stress. Vitamin ini sangat penting dalam penghasilan hormon ‘tidur’ iaitu melatonin dan juga hormon ‘perasaan’ iaitu serotonin.
Vitamin B complex sangat penting untuk kesihatan mental dan pengawalan stress. Seperti yang anda ketahui, Vitamin B merupakan vitamin larut air. Jadi, setiap hari apa yang kita makan, lebihannya akan disingkirkan melalui perkumuhan. Setiap hari kita perlu ambil melalui pemakanan supaya keperluan Vitamin B dalam tubuh kita mencukupi. Jadi anda boleh banyakkan makanan kaya vitamin B seperti daging, ikan ,sayuran, telur, susu dan kekacang.
PILIHAN LAIN?
Lazimnya, pengambilan vitamin B melalui pemakanan adalah tidak lengkap. Bayangkan berapa banyak dan berapa jenis makanan kita perlu ambil untuk dapatkan kesemua 8 komponen vitamin B tadi. Jadi, jalan alternatif adalah melalui pengambilan B Complex.
Pengambilan vitamin B Complex yang lengkap dengan kesemua 8 komponen vitamin B mampu memberikan anda nutrisi yang diperlukan dan juga mampu mengawal stress. Jadi, jom kawal stress dengan B complex!
ADAKAH SEMUA B COMPLEX DIPASARAN SAMA?
Jika anda pergi ke farmasi, sudah tentu banyak vitamin B complex yang tersedia diatas rak. Tetapi, anda harus buat pilihan yang bijak. Pastikan vitamin B complex tersebut mempunyai:
- Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin (kebanyakan dipasaran tidak lengkap kerana sesetengah komponen seperti biotin adalah mahal dan bagi mengurangkan kos, mereka tidak meletakkan sesetengah komponen vitamin B tersebut.)
- Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
- Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
- Elakkan pengambilan Vitamin B complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)
Vitamin B bukan sahaja ibu mengandung perlu ambil. Sekarang dah tahu kan fungsi setiap vitamin B? Jadi, kawal stress anda dengan B complex!