ostematrix kalsium

Tulang yang kuat amat penting untuk setiap orang baik muda atau pun tua. Tulang merupakan sistem sokongan tubuh kita dan kerana itulah penting untuk kita memiliki tulang yang kuat dan sihat. Tubuh kita membina tulang dengan pantas, tetapi semakin umur kita meningkat, tulang yang hilang adalah lebih cepat berbanding tulang yang dibina. Oleh sebab itulah kita memerlukan suplemen pembina tulang yang berkualiti. Kalsium dengan kandungan paling seimbang adalah sangat penting bagi memastikan kadar penyerapannya mencapai sehingga 99%. Kandungan yang lengkap terdiri daripada kalsium, magnesium, Boron, Vitamin D, kuprum, zink dan mangan. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang lebih efektif oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan bahawa suplemen ini akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berusia secara berkesan.

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?  

  • Pilih produk yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  • Elakkan “Chelated minerals” atau mineral yang digabungkan secara kimia dengan asid amino bagi membentuk kompleks. (cnth Chelated boron, chelated magnesium) kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat yang tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
lecithin 2

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

  • Ostematrix Shaklee diformulasi dengan 7 nutrien penting termasuk kalsium, magnesium, Vitamin D, zink , kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang
  • Kaplet yang bersaiz kecil
  • Mudah ditelan
  • Penyerapannya telah diuji secara klinikal- Dalam tempoh 12 jam, pengambilan 2 biji Ostematrix telah menunjukkan peningkatan paras kalsium dalam darah yang sangat signifikan. Kalsium perlu diserap dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk proses membina tulang yang kuat.
READ  VITAMIN PENTING UNTUK STRESS DAN DEPRESI

MANFAAT UTAMA KALSIUM SHAKLEE [OSTEMATRIX]

 

MENGUATKAN TULANG Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, penyakit ricket dikalangan dewasa, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

MEMBANTU KEKEJANGAN DAN KEBAS-KEBAS Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

MELEGAKAN STRESS Ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga membantu depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

MASALAH HAID Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil.

PENGALKALIAN TUBUH Kalsium merupakan mineral alkali dan ianya berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti diwaktu tua dan membantu sel menyerap nutrien serta merangsang detoksifikasi.

MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK

VITAMIN D Ia dinamakan sebagai Vitamin D pada tahun 1916 apabila didapati mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki masalah penyakit periodontal. Vegetarian, wanita hamil, dan kanak-kanak sangat disarankan mengambil suplemen Vitamin D

MAGNESIUM Ia merupakan ion positif nombor 2 terpenting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, dan menstabilkan denyutan tidak sekata bagi pesakit jantung. Ia juga membantu memudahkan perembesan sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang tau batu hempedu.

ZINK, BORON, MANGAN DAN KUPRUM Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membina tulang, rawan dan menghalang arthritis.

READ  VITAMIN PENTING UNTUK STRESS DAN DEPRESI
lecithin 3
OsteMatrix™ Kod Produk: 10128 (120 kaplet / 30 hidangan)
Saranan penggunaan: Untuk dewasa sahaja. Ambil 4 kaplet sekali sehari selepas makan. Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas: 2 kali sehari, 3 kaplet setiap kali Untuk tulang retak, osteoporosis: 3 kali sehari, 4 kaplet setiap kali.

Pin It on Pinterest

Share This