Kelebihan Bisnes Forever Living

Cara Jadi Ahli Forever Living dah tahu, Kelebihan Jadi Ahli Forever Living pun dah tahu. Ok sekarang Adaa pasti ada yang tertarik sangat untuk memulakan perniagaan dengan Forever Living dan menjadi Forever Business Owner (FBO). Tapi mungkin masih tak pasti betul ke nak mula bisnes dengan Forever. Macam tak dapat buat keputusan lagi ya? Ok, hari ni Adaa akan kongsikan Kelebihan Bisnes Forever Living serta contoh bonus yang anda akan dapat dengan Forever. Lepas tu Adaa pasti anda takkan ragu-ragu lagi dan terus rebut peluang ni!

Tips Memilih Perniagaan Yang Tepat

Di Malaysia sahaja, Adaa pasti banyak syarikat perniagaan berangkai yang terkenal dan hebat. Termasuklah juga Forever Living ni. Kalau tak hebat, takkan lah bertahan sampai kini. Dan bukan mudah ya untuk sesebuah syarikat perniagaan berangkai bertahan selama lebih 40 tahun ni.

Untuk memulakan bisnes, anda perlu tahu sekurang-kurangnya 3 perkara ini untuk anda membuat pilihan yang tepat. Tidaklah tersalah pilih dan melingkup nanti bila berbisnes.  Jadi, penting untuk anda tahu sedikit info tentang perniagaan yang bakal anda ceburi. Jangan main tangkap muat sahaja ya.

1. Syarikat

2. Pelan Pemasaran

3. Produk

 

Syarikat

Ini perkara paling penting. Perlu tahu bahawa Syarikat tersebut sah ke tak ke, dah lama ke baru ke. Bagaimana dengan Forever?

1. Forever Living telah ditubuhkan oleh Rex Maughan pada tahun 1978 dan berasal dari Amerika. Merupakan syarikat multi billion dollar yang menjual ratusan produk kesihatan dan kecantikan.

2. Mempunyai lebih 169 buah cawangan di seluruh dunia. Maksudnya, Forever living berada di 169 daripada 195 negara yang wujud didunia ni. Jadi, kalau tiba-tiba anda nak berpindah ke United Kingdom contohnya, jangan risau, anda masih boleh meneruskan  perniagaan anda disana.

3. Mempunyai lebih 10 juta pengedar diseluruh dunia dan telah melahirkan lebih 5000 jutawan dan masih meningkat sehingga kini.

4. Prestasi jualannya tidak pernah turun malah makin meningkat sejak 40 tahun ditubuhkan!

 

Pelan Pemasaran

Bagi Adaa, ini antara aspek paling penting. Kita taknak memulakan perniagaan yang mempunyai pelan pemasaran yang rumit dan menyusahkan kita kan. Mestilah nak yang mudah dan menguntungkan. Dan di Forever, pelan pemasarannya dibuat berdasarkan 4 konsep:

 

SIMPLE

Di forever, kami menjadikan ianya mudah untuk anda supaya anda dapat mencapai impian anda. Produk kami terbukti Berkesan dan kami sentiasa menyokong anda dengan segala bahan dan strategi pemasaran yang anda perlukan.

DUPLICABLE

Dengan Forever, anda adalah pemilik perniagaan anda sendiri tetapi anda tidak berseorangan. Plan pemasaran yang unik membolehkan anda menjalankan dan duplikasi mereka yang telah berjaya serta membolehkan mereka yang mendaftar dibawah anda menduplikasi cara yang sama!

PROFITABLE

Forever merupakan salah satu syarikat yang menawarkan Plan Pemasaran yang paling menguntungkan dalam perniagaan berangkai. Anda buat sedikit tapi pulangannya sangat besar!

FUN

Zaman sekarang STRESS wajib buang jauh-jauh. Di Forever, kami menjalankan perniagaan berdasarkan konsep ‘Sharing & Caring’. Selain duit, anda juga sering diraikan dengan pelbagai ganjaran, trip dan penghargaan setiap bulan!

Produk

Kita kalau nak berniaga, mestilah nak berniaga produk yang orang nak beli ye tak? Jadi kenalah pastikan produknya adalah produk yang terbaik dan mampu milik.

1. Forever Living mempunyai ratusan produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan aloe vera dan lebah. Anda tahu tak? Forever Living merupakan pengeluar Aloe Vera dan produk lebah terbesar di dunia! Ladang Aloe vera nya sahaja seluas 3 kali ganda negara Singapura tau. Boleh bayangkan? Mereka memonopoli pengeluaran Aloe vera (92.5%) dan produk lebah seperti madu di dunia. Sebab tu lah harga produk Forever ni mereka boleh jual kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Senang cerita, murah sangat berbanding jenama lain! 

2. Produk Forever bukan produk keras. Maksudnya kadar ‘repeat order’ lebih tinggi. Contoh produk keras adalah kereta. Sekali kita beli bulan depan takkan nak beli lagi kan. Berbeza dengan produk makanan tambahan atau produk kecantikan. Orang akan ulang beli setiap kali habis. 

3. Mempunyai produk dari hujung rambut hingga ke hujung kaki! Namakan sahaja, nak syampu, sabun, kosmetik, vitamin semua ada!

 

Kelebihan Bisnes Forever Living

 

Lwatch

Apa Kelebihan Bisnes Forever Living?

Dah tahu sedikit tadi kan, sekarang Adaa beritahu apa kelebihan bisnes Forever Living berbanding syarikat lain. Yang sama tu kita takyah cerita lah, Adaa nak cerita perbezaan dengan syarikat lain dan kenapa anda harus memilih Forever Living. Nak lebih jelas, tonton je video pendek yang Adaa sediakan diatas. Ringkasnya: 

1. Modal yang sangat rendah RM90

2. ❎ Sistem pairing, point (BV/PV/CV/EV/UV/LP/SB)

3. ❎Tak perlu simpan produk

4. ❎Tiada orang tengah, BONUS LEBIH BESAR!

5. Produk terbaik, lebih 40 tahun, berada di 169 buah negara

6. Bonus dari harga pasaran, bukan harga ahli!

7 ❎ Reversion 😱

Adakah Lumayan?

Orang berniaga dah tentu nak tahu berapa yang anda boleh dapat. Memang ada yang kata nak berniaga sebab nak isi masa lapang lah, nak cuba-cuba lah tapi Adaa pasti, sebab utama adalah KEUNTUNGAN. 

Tipulah kalau buat bisnes taknak untung ye tak? Jadi berapa yang anda boleh dapat dengan bisnes Forever? 

TIDAK TERHAD

ya tak terhad. Selagi mana anda berusaha, selagi tu anda dapat. Semakin banyak anda buat, semakin banyak anda dapat. Memang hukum logiknya begitu. Tapi paling minima berapa yang anda boleh jangkakan?  

Kelebihan Bisnes Forever Living

Terdapat banyak peluang menjana pendapatan melalui FOREVER LIVING. Dari untung runcit, pelbagai jenis bonus termasuklah insentif² yang sangat menarik!

Dalam video dibawah ni, Adaa kongsikan bonus atau pendapatan paling asas yang anda boleh dapat. Belum masuk cerita bonus tambahan lain beserta insentif pun lagi.

Ini kiraan bagi Adaa, minima lah. Ada yang boleh buat lebih lagi. Dan yang paling best, kenaikannya bukan tetap. Bukan kata bulan ni bonus anda 100, bulan depan jadi 200. Tidak, bisnes ni bukan begitu ya. 

Kalau bulan ni anda boleh dapat RM500, bulan depan anda mungkin gandakan sehingga RM1500, kemudian RM3000. Semua terpulang kepada usaha anda dan team yang anda bakal bina nanti.

Dengan Forever, dah ramai jutawan dilahirkan. Semua bermula dari bonus asas ni je tau. Ini pun dah banyak, apa lagi kalo sentiasa istiqamah berusaha!

Jadi kiraan asas Adaa dah tunjuk. Nak tahu lebih banyak insentif, reward yang anda boleh dapat dengan Forever, boleh pm Adaa!

Contoh Bonus Forever Living

Lwatch

Kelebihan Bisnes Forever Living dah tahu, contoh bonus pun dah tahu.

Jadi, tunggu apa lagi?  

Jika anda ingin segera mulakan perniagaan bersama Forever Living dan bersama-sama keluarga Forever kami, terus hubungi kami untuk mendaftar sebagai ahli.

Atau jika anda mahu mendaftar sendiri secara online, Adaa sertakan juga Tutorial ringkas untuk anda mendaftar melalui website Forever.

Tapi jangan lupa, masukkan nama dan ID kami sebagai sponsor anda untuk anda berada dalam team kami!

NAMA: Noor Syuhada binti Md Noor

FBO ID: 600800014170

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan!

Cara Jadi Ahli Forever Secara Online 

Jangan lupa masukkan nama dan ID kami sebagai sponsor anda!

Lwatch

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Share This