Manfaat Dan Kelebihan Zink Untuk Lelaki
Seperti yang Adaa tulis dalam entry yang lepas ZINC PLUS SHAKLEE KINI KEMBALI! Zinc Plus akan kembali pada Oktober 2018 ini. Jadi, pada yang masih baru lagi dengan zink atau tak tahu apa kelebihan zink terhadap tubuh anda, dalam entry ini Adaa akan kongsikan manfaat dan kelebihan zink yang mungkin anda belum tahu bukan sahaja untuk lelaki malah juga untuk wanita.
MANFAAT DAN KELEBIHAN ZINK
Zink merupakan salah satu mineral yang sangat penting untuk setiap manusia. Seperti juga Vitamin C, ianya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Jadi pengambilan melalui pemakanan amatlah perlu bagi mencukupkan keperluan harian tubuh kita.
Sebelum ini memang ramai yang ambil zink ni melalui Adaa. Selalunya untuk kes:
- Berpantang dan baik luka
- Rambut gugur
- Kesuburan lelaki
Ini kes paling lazim lah. Tapi, tahu tak, kelebihan zink ni tak terhad kepada 3 kes ni sahaja. Banyak lagi manfaat dan kelebihan zink yang mungkin anda belum tahu. Jom Adaa bagi tahu.
KESIHATAN IMUN
Zink merupakan salah satu mineral yang sangat penting untuk kesihatan imun dan melawan jangkitan penyakit. Zink berfungsi untuk mengaktifkan sel imun dan apabila ianya aktif, ia akan memberi respon dengan lebih baik dan juga membantu mengesan sel kanser dalam badan kita.
KESIHATAN RAMBUT
Zink membantu dalam sintesis DNA dan RNA dalam badan sekaligus menyokong pembahagian sel dibahagian rambut. Sekiranya folikel lemah, rambut gugur dan mengalami kebotakan, itu tandanya anda perlu amalkan zink kerana anda mungkin kekurangan mineral penting ini
KESIHATAN MINDA/ KOGNITIF
Zink juga sangat penting dalam memastikan anda kekal fokus, meningkatkan daya ingatan, dan juga mencegah penyakit berkaitan minda seperti Alzheimer. Bagi wanita yang kerap melahirkan, anda mungkin mendapati anda semakin kerap terlupa, jadi, selain mengamalkan zink ketika pantang untuk penyembuhan luka, ianya juga bagus diamalkan untuk kesihatan minda anda.
PENYEMBUHAN LUKA
Ini salah satu kelebihan zink yang sangat popular. Seperti yang Adaa sebutkan sebelum ini, Zink membantu dalam pembahagian sel dan sintesis sel. Jadi, ianya membantu dalam penghasilan sel baru yang lebih cepat sekaligus mempercepat penyembuhan luka.
KESUBURAN LELAKI DAN WANITA
Ramai orang ingat zink hanya membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Sebenarnya, zink membantu dalam kesihatan reproduktif bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Zink membantu meningkatkan fungsi, kualiti dan kuantiti sperma lelaki dan juga penting untuk kesihatan prostat serta mengelakkan masalah mati pucuk.
TENAGA DAN STAMINA
Zink juga penting dalam meningkatkan kekuatan otot serta daya tahan. Bukan protein sahaja yang boleh membantu ya, zink pun boleh.
KULIT BERJERAWAT
Zink berperanan mengawal kitaran hormon didalam badan termasuk testosteron. Hormon testosteron yang tidak stabil boleh menyebabkan penghasilan jerawat. Selain itu, zink juga amat penting dalam membantu sintetis kolagen. Jadi sekiranya kulit anda tidak sihat, anda mungkin mahu memasukkan zink dalam diet harian anda. Satu lagi kelebihan dan manfaat utama zink adalah mencegah pembiakan bakteria. Lazimnya, jerawat terjadi apabila bakteria membiak dalam pori yang terbuka pada kulit anda. Pengambilan zink boleh mencegah hal ini daripada berlaku seterusnya mengurangkan risiko penghasilan jerawat.
MANFAAT DALAM SEBIJI TABLET
Walaupun nampak macam taklah sepenting atau sepopular Vitamin C, Vitamin E tetapi sebenarnya, zink antara zink terpenting untuk tubuh. Cuma kita sahaja yang tidak ambil tahu. Jadi, jika anda inginkan manfaat seperti yang adaa nyatakan diatas, rajin-rajinlah makan makanan tinggi zink dalam diet harian anda. Jika tidak mampu, tak sempat, senang sahaja. Cuma amalkan pengambilan sebiji Zink Plus sekali setiap hari.
BUAT PESANAN HARI INI
Disebabkan zink terlalu lama tidak ada dalam pasaran dan ramai sangat orang asyik mencari, jadi jangkaan kami, sebaik sahaja Shaklee buka untuk pembelian, pasti ianya akan laku keras. Jadi, buat tempahan anda sekarang sebelum kehabisan!