Apa terjadi Kepada Tubuh Anda Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Hari ini adalah hari ketiga seluruh umat Islam berpuasa. Alhamdulillah semoga semua masih kuat untuk meneruskan ibadah yang hanya datang setahun sekali ni. Bulan Ramadan ni ramai orang ambil peluang untuk turunkan berat badan, ada juga yang taknak pun tapi tetap turun juga, dan ada juga siap naik berat badan. Sebenarnya apa yang terjadi kepada tubuh kita semasa berpuasa di bulan Ramadan ni sehinggakan ada yang turun berat, semakin sihat pun ada dan sebagainya? Jom kita tengok video pendek ni .
4 PERINGKAT PERUBAHAN KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN.
Hari 1-2: DETOKS TAHAP 1
Pada hari pertama berpuasa selalunya yang paling susah kerana sistem badan kita baru sahaja hendak menyesuaikan dengan perubahan. Setahun makan itu ini setiap hari dan tiba-tiba kurang makan kan. Jadi hari pertama, tubuh manusia akan mengalami proses detoks. Tahap gula dalam darah menurun, jantung semakin perlahan, dan tekanan darah juga semakin menurun. Tubuh akan terasa sangat lemah, rasa pening, mual, lidah rasa berselaput, nafas berbau, itu semua adalah tanda awal pembersihan. Pada waktu ini juga, kita akan terasa sangat lapar
Hari 3-7: DETOKS TAHAP 2
Pada peringkat ini, lemak mula diurai untuk melepaskan gliserol dan ditukarkan kepada glukosa sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini kulit akan terasa lebih berminyak dan bagi mereka yang sememangnya ada kulit berminyak, anda mungkin mengalami jerawat. Pada tahap 2 ini, sistem penghadaman kita akhirnya boleh berehat setelah setahun bekerja keras dan hanya menumpukan tenaga kepada proses pemulihan dan pembersihan. Aktiviti sistem imun kita semakin meningkat, begitu juga dengan sel darah putih. Kita mungkin akan teras sakit sedikit di bahagian paru-paru akbiat aktiviti ini tetapi bertenang, itu adalah tanda bahawa organ dan sistem kita sedang dibaikpulih. Lidah kita masih terasa tidak selesa seperti ada selaput dan nafas juga masih berbau.
Hari 8-15: DETOKS TAHAP 3
Badan kita susah mula menyesuaikan diri dengan baik.Tenaga semakin meningkat, fikiran makin tenang dan kita juga rasa lebih baik. Pada ketika ini tubuh kita berupaya membaikpulih luka dengan lebih efisien. Jadi, sebarang luka atau kecederaan akan lebih cepat pulih. Tetapi, sekiranya kita ada luka lama atau parut lama, kita mungkin akan terasa sakit semula pada ketika ini kerana tubuh kita sedang mencapai tahap optimum dalam pemulihan. Jadi segala parut lama yang mungkin belum pulih sepenuhnya akan terasa sakit semula kerana tubuh kita kembali membaik pulih dan melengkapkan pemulihan. Mungkin ia akan terasa sakit semula tetapi ianya adalah sesuatu yang bagus kerana ini menandakan tubuh kita sedang dibaiki. Otot-otot akan terasa tegang kerana iritasi toksin terutamanya dibahagian kaki kerana toksin banyak berkumpul dibahagian kaki. Pada peringkat ini juga, ulser di dalam mulut adalah perkara biasa kerana banyak bakteria terkumpul didalam mulut. Biasakan berkumur dengan air garam bagi mencegah dan mempercepatkan pemulihan sekiranya ada ulser.
Hari 16-30: DETOKS TAHAP 4
Pada tahap ini tubuh kita sudah pun menyesuaikan diri sepenuhnya dengan rutin berpuasa. Badan rasa lebih bertenaga, minda lebih tenang, nafas juga kadangkala berbau segar. Minda kita juga terasa lebih fokus, memori lebih baik serta emosi juga lebih stabil. Paling penting, pada ketika ini tubuh kita telah dibaiki dan pulih sepenuhnya jadi sistem tubuh kita dapat berfungsi pada kadar optimum.
Inilah yang terjadi pada bulan Ramadan. Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Semua bersebab. Ingat ya, badan dan ok jdi jangan seksa semula tubuh kita dengan pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat setelah tamat Ramadan.
Walaupun Syawal banyak makanan menarik, tetapi sentiasa berpada dan besederhana dalam segalanya. Makan tu beringat. Susah payah nak baiki tubuh sebulan kan jadi peliharalah tubuh kita. Baru lah boleh kekalkan berat badan ideal, tubuh lebih sihat, pemakanan pun terjaga, bertenaga dan ceria!