Stress ni bukan perkara remeh. Ramai orang tak sedar pun yang mereka stress. Apa lagi anxiety. Ini adalah antara penyakit mental yang sangat banyak memberi kesan kepada masyarakat kita di Malaysia tanpa disedari. Lagi menakutkan apabila ianya dikatakan salah satu pembunuh senyap utama di Malaysia. Bila stress, penyakit lain pun mula hinggap sekali. Percayalah, jangan biarkan ianya sebati dengan anda sehingga memudaratkan anda. Cegah sebelum terlambat. Macam mana caranya? Hari ini Adaa akan kongsikan 4 cara untuk mengurangkan stress dan anxiety. 4 cara untuk mengurangkan stress dan anxiety ni mungkin ada yang dah pernah tahu tapi tak pernah amalkan. Jadi, demi kesihatan anda, sila baca dan praktikkan ok?

 

4 CARA UNTUK MENGURANGKAN STRESS DAN ANXIETY

 

1. MINDFULNESS

Apa dia ‘mindfulness’? Fikir tentang masa kini, sekarang dan saat ini. Bukan esok, semalam tau kelmarin. Orang yang stress dan sering gelisah ni mereka akan sentiasa fikir ‘apa akan jadi, macam mana nanti,’. Sentiasa risaukan tentang masa depan yang takda siapa tahu. Bila kita makan, fikiran melayang apa nak buat lepas ni. Nak basuh pinggan, nak basuh baju, kemas rumah, sapu lantai, mop lantai dan senarainya semakin lama semakin panjang. Ini hanya akan menambah tekanan kepada minda dan diri kita. Apa kata tarik nafas, nikmati makanan di depan anda. Bagaimana teksturnya, lembut? keras? Apa rasanya, masin, masam, manis? Kunyah perlahan-lahan. Nikmati saat itu. Inilah yang dikatakan ‘mindfulness’. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam.

Sama juga macam dalam Islam, kita ada istilah kusyu’. Kita solat, kena kusyu’. Sepenuh perhatian kita berpusat pada solat, adab solat, tingkah laku solat, bacaan solat, pengertian solat. Ini lah ‘mindfulness’. Bukan masa solat fikir lepas ni nak masak, nak ambil anak sekolah. Jangan, hentikan fikiran itu dan kembali semula ke saat KINI.

Setiap agama atau budaya ada diterapkan meditasi. Inilah yang membantu kita mencapai ‘minfulness’. Contoh dalam Islam, kita zikir, solat. Dalam agama lain mungkin bertapa. Atau ada juga dicorakkan oleh budaya seperti mereka yang suka yoga atau bermacam lagi cara untuk bertenang, fokus dan berada dalam saat kini. Bukan semalam atau akan datang. Cuba anda tonton video berdurasi 3 minit ini untuk lebih faham. Jangan langkau ok, sila tonton 🙂

2. TEKNIK PERNAFASAN

Semasa Adaa berjumpa pakar psikiatri dulu, inilah teknik pertama yang diajar supaya kita bertenang dan mengurangkan anxiety. Bila kita stress, risau, pernafasan kita akan jadi pendek-pendek, sesak nafas, lebih teruk, rasa tercekik. Jadi teknik ini boleh membantu mengurangkan simptom tersebut. Bagusnya teknik pernafasan ni, ianya bukan sahaja membantu mereka yang ada masalah stress dan anxiety, tetapi ianya boleh digunapakai oleh semua orang memandangkan ianya banyak memberi kebaikan dan manfaat dari segi kesihatan tubuh badan. Ini Adaa kongsikan salah satu teknik yang berdurasi 7 minit untuk anda tonton dan cuba aplikasikan.

3. JAUHI GADGET DAN NIKMATI ALAM SEMULAJADI

Bukan selamanya tetapi boleh lakukan seberapa kerap yang anda mahu. Jika stress dan anxiety itu datangnya dari masalah di tempat kerja atau berkaitan dengan kerjaya, cuba padamkan telefon bimbit anda atau komputer anda atau apa juga gadget yang berkaitan dan hanya nikmati waktu anda tanpa internet dan teknologi buat seketika. Ini dapat membantu anda lebih tenang. Perhatikan alam sekeliling anda. Daripada asyik menghadap telefon, menghadap media sosial, ada baiknya anda padamkan dan fokus hanya pada mereka di sekeliling anda. Alam semulajadi ada aura dan tenaga tersendiri yang positif. Berehat sambil mendengar deruan ombak, bunyi air terjun, burung berkicau, rasai kesejukan embun pagi, itu lebih baik dan dapat membantu anda lebih sihat.

 

4.  TEH HIJAU

Salah satu lagi cara untuk mengurangkan stress dan anxiety ialah dengan minum teh hijau. Teh hijau mengandungi asid amino yang mampu mengurangkan tekanan fizikal dan psikologi. Walaupun teh hijau ini bagus untuk mengurangkan stress tetapi anda juga harus ingat tentang kandungan kafein dalam teh tersebut. Jika diambil terlalu kerap ianya mungkin akan memburukkan keadaan. Jadi ambil dalam kadar yang sederhana setiap hari.

 

Cara UNTUK mengurangkan stress dan anxiety

Jadi, inilah 4 cara untuk mengurangkan stress dan anxiety yang dapat Adaa kongsikan. Cuba praktikkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya.

Ingin tahu lagi cara untuk mengurangkan stress dan anxiety? Baca: VITAMIN PENTING UNTUK STRESS DAN DEPRESI

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This