9 Cara Hilangkan Eye Bag Dengan Mudah
Siapa sini suka tonton tv sampai lewat malam, berjaga malam siapkan kerja, selalu terbangun melayankan anak kecil, kurang tidur, sentiasa letih? Nampaknya anda dah biasa dengan kemunculan eye bag ni kan? Eye bag ni memang perosak imej betul terutamanya waktu pagi nak pergi kerja. Dah lah ada eye bag tambah pulak dengan sembab, kedutan bawah mata lagi. Memang haru. Kali ini Adaa nak kongsikan beberapa cara hilangkan eye bag yang tak cantik tu. Yelah, kita mestilah nak cantik dan kacak sentiasa ya tak? Tips ni nak guna semua boleh, nak pilih yang mana berkenan dihati untuk menghilangkan eye bag anda tu pun boleh. Janji berkesan.
9 CARA HILANGKAN EYE BAG
1) Ambil sehelai tuala lembab, letakkan dibahagian mata dan berikan sedikit tekanan. Mungkin cara ni agak kurang biasa didengar. Tapi Adaa yakin ramai yang pernah dengar tentang letak timun, atau uncang teh yang dah digunakan, atau sudu yang sejuk dibahagian mata kan? Fungsinya sama saja. Jadi, ikut suka nak letak apa. Semuanya cara hilangkan eye bag yang betul dan boleh digunapakai.
2) Campurkan sesudu madu, sebiji kuning telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan dibahagian bawah mata yang ada eye bag tu sebelum tidur dan basuh keesokan harinya.
3) Ubah cara tidur anda. Mengikut kajian, orang dewasa memerlukan 7-8 jam tidur sehari. Ini lah yang orang kata beauty sleep tu. Kalau tak cukup tak cantiklah sebab muncul macam-macam seperti eye bag ni
4) Tinggikan bahagian kepala tempat tidur anda. Anda boleh gunakan tuala yang digulung dan letakkan dibahagian bawah tilam anda atau tinggikan bantal sedikit dibahagian kepala. Ini kerana, sewaktu tidur, cecair cenderung untuk berkumpul disekitar kawasan kulit kita yang nipis tu iaitu dibahagian mata dan menyebabkan ianya bertakung. Jadi nak elakkan keadaan itu, boleh tinggikan sikit bahagian kepala katil kita tu.
5) Kurangkan pengambilan garam. Biasa tengok tak, orang korea ni pantang kalau makan ramyeon sebelum tidur sebab takut muka sembab esok paginya. Sebab apa? Sebab ramyeon banyak garam. Garam yang berlebihan boleh menyebabkan retensi cecair yang menyebabkan terjadinya mata sembab dan eye bag
6) Letakkan krim mata atau pelembab mata di dalam peti sejuk dan sapukan pada bahagian bawah mata anda sebaik sahaja bangun dari tidur. Krim mata yang sejuk membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan bengkak, sembab atau eye bag tersebut. Urutan semasa menyapu krim tersebut juga membantu melancarkan peredaran darah.
7) Tap atau ketuk secara perlahan disekitar mata anda sebaik sahaja bangun dari tidur bagi mengelakkan pengumpulan bendalir
8) Sapukan minyak badam disekitar mata. Minyak badam kaya dengan Vitamin E yang membantu mengurangkan sembab dan eye bag
9) Yang terakhir ni sama dengan nombor 6 tetapi lebih mudah iaitu menggunakan krim mata dari Shaklee. Youth Eye Treatment ni produk terbaru dari Shaklee tau. Dah siap ada ‘cooling tip’ dan anda hanya perlu sapukan setiap hari. Yang ini dijamin berkesan! Tak percaya cuba dulu lah.
Dah selesai 9 cara hilangkan eye bag secara mudah. Pilih sahaja yang mana anda nak buat dan amalkan. Semoga berjaya!