Pengedar Shaklee 1

Pada 3 Feb 2018 yang lepas Adaa telah dijemput oleh pihak Shaklee untuk menyertai Shaklee Business Leader National Conference untuk tahun 2017/2018. Tidak semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menghadiri majlis yang sangat gemilang ni, hanya pemimpin Shaklee yang layak sahaja dijemput. Alhamdulillah, Adaa layak untuk menyertainya lagi buat kesekian kali. Bukan selalu dapat berjumpa semua pengedar Shaklee ni. Disebabkan sebelum ni 4 tahun adaa di Terengganu, jadi Adaa dah lama juga tak menghadiri perhimpunan sebegini sebab ianya diadakan di lembah klang lah selalunya kan. Kali ini ianya diadakan di Sunway Pyramid Convention Center.

Pertama kali Adaa sampai ke Sunway Pyramid Convention Center ni agak kagum jugalah terutamanya bila dah masuk dewannya. Kat luar sahaja dah sarat dengan layanan istimewa. Dari pendaftaran, terus dijamu dengan pelbagai juadah enak. Rosak diet! Haha. Bila dah puas makan, masa pun dah tiba untuk acara bermula, kita pun masuklah dewan. Wau, macam tengok wayang. Besar sungguh skrin didepan. Kagum mak. 😛

BREAKTHROUGH

 

Pada tahun ini tema Shaklee adalah “Breakthrough”. Kenapa ‘breakthrough’? Kerana inilah masanya untuk semua pengedar shaklee keluar dari keadaan biasa-biasa, dari zon selesa kita. Mungkin selama ini kita terlalu santai, selesa atau berpuas hati dengan apa yang kita ada sedangkan dalam bisnes, ”sky is the limit”. Sentiasa ada peluang untuk terus mendaki dan mendaki dan mendaki lagi sehingga ke puncak gading. Pengedar Shaklee yang dah lama mandom aja kan, yang dah berniaga tapi suam-suam kuku, ini masanya untuk kembali bangkit. Untuk mula menakluki kejayaan yang pernah ditempa dulu sekali lagi atau buat pertama kali mencipta sejarah kejayaan sendiri.

Kami sangat bangga menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee. Kami bukan sekadar rakan niaga atau pengedar Shaklee tetapi lebih dari itu. Shaklee mendengar suara kami dan menjadi pemimpin yang baik dan sangat membantu bagi kami mengembangkan empayar masing-masing. Shaklee sediakan segala keperluan, dan akhirnya, kunci berbalik pada kita. MAHU ATAU TIDAK?

Dengan sistem yang teratur, produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai reputasi yang sangat baik selama berpuluh tahun lamanya, Shaklee mampu menjadi peneraju syarikat nutrisi no 1 di Malaysia. Jadi, kenapa kita tak rebut peluang untuk bersama kan?

Ini tahun nya. Tahun untuk membuat perubahan drastik dalam dunia perniagaan kita, dalam mengubah ekonomi keluarga kita, dalam mencipta sejarah kejayaan kita. Ini masanya, ini waktunya.

ROGER BARNET SECARA LIVE

 

Selalunya Roger Barnet iaitu CEO Shaklee akan datang sendiri ke Malaysia, tetapi atas sebab-sebab tertentu, beliau tidak dapat hadir tahun ini. Jadi, kita buat LIVE conference sahaja. Tapi kali ini dia buat kejutan lah. Cakap bahasa Melayu!

Maafkan atas video yang kurang kualiti sikit tu. Almaklum, jauh tempat duduk kami hehe. Syabas En. Roger Barnet. boleh lah tu kan.

 

PELBAGAI KEJUTAN

 

Tahun ni, datang tu dah lah makan punyalah sedap ( sumpah tak tipu huhu ), banyak hadiah pula tu. Sepanjang majlis berlangsung, kami diberikan pelbagai info untuk tahun 2018/2019, ganjaran menarik berupa bonus, percutian, trofi dan banyak lagi yang Adaa sendiri tak boleh lah nak kongsi semua disini. Tapi, satu JAMINAN , siapa yang ingin berbisnes dengan Shaklee anda pasti takkan menyesal. Produk memang dah tip top. Anda cuma perlu berusaha dan bekerja sebaik mungkin untuk kembangkan perniagaan anda dan diakhir tahun nanti, bersedialah untuk menikmati segala ganjaran yang sangat mewah dan menyeronokkan.

Bagi yang ingin berniaga bersama kami, Adaa akan kongsikan segalanya nanti. 🙂

Tengah leka dengar info, motivasi, penerangan produk baru yang akan dilancarkan Mac nanti iaitu YOUTH, eh, boleh pula dia selit pengumuman semua yang datang akan dapat hadiah lagi. Wah, teruja!! Keluar dewan kang tinggal kutip hadiah. wee!!!

PENGEDAR SHAKLEE & RAKAN NIAGA

 

Dalam duk seronok dengan segala perancangan untuk tahun 2018/2019, ada satu lagi perkara seronok. Seronok sangat apabila dapat berjumpa dengan keluarga Shaklee yang dah 7 tahun kot bersama. Sama-sama jatuh bangun, sama susah, sama senang, sama meracau semua lah. InsyaAllah hubungan persahabatan ni bukan sekadar dalam bisnes tetapi selamanya!

Tahun ini ekonomi mungkin semakin mencabar. Tetapi kita ada pilihan. Samada mahu duduk berdiam diri atau bangkit mencabar diri. Adaa pilih untuk bangkit. Ubah diri. Allah pun suruh berhijrah kearah yang lebih baik. Kita tak patut duduk sahaja kan. Baiki nasib sendiri, hidup sendiri, masa depan sendiri. Jadi pengedar Shaklee ke atau tidak ke, Adaa doakan anda semua berjaya. Bagi Adaa, perjuangan masih belum selesai. Masih ramai yang ingin Adaa bantu, masih ramai yang nak sihat yang nak pendapatan besar. Nak kena ‘breakthrough’ tahun ini insyaAllah. Bersama kita kembangkan empayar bisnes masing-masing. Jom semua!!!

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee! 

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This