Akademi Shaklee 1
Mulai tahun 2018, pihak Shaklee telah mewujudkan satu program khas untuk semua pemimpin perniagaan Shaklee iaitu Akademi Shaklee. Akademi Shaklee ini diadakan bertujuan untuk melengkapkan kesemua pemimpin perniagaan, pengedar Shaklee serta ahli Shaklee dengan segala input berkaitan perniagaan Shaklee, strategi mengembangkan perniagaan Shaklee, teknik berniaga dan pelbagai ilmu yang penting untuk seorang pemimpin perniagaan. Dengan wujudnya Akademi Shaklee, para pemimpin perniagaan Shaklee atau pengedar Shaklee akan dapat memberikan anda konsultasi tentang produk dan kesihatan dengan lebih tepat dan baik lagi serta membantu lebih ramai orang kearah mengamalkan kehidupan yang lebih sihat disamping membantu meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

 

AKADEMI SHAKLEE OLEH SHAKLEE

 

Akademi Shaklee yang dianjurkan oleh Shaklee sendiri eksklusif hanya untuk pemimpin pangkat Coordinator dan keatas sahaja. Jadi tak semua berpeluang menghadiri kelas yang berharga ni tau.Jika anda mahu sertai, anda seharusnya berusaha untuk mengembangkan perniagaan anda dan melonjakkan diri ke pangkat Coordinator atau lebih.

Tetapi, bagi mereka yang tidak layak, tak mengapa kerana sebagai keluarga Shaklee, kami mempunyai sokongan yang kuat dari semua pihak. Jadi para Master Shaklee telah mengambil inisiatif bagi mengadakan kelas bagi mereka yang mahu menambah ilmu serta nilai diri mereka.

AKADEMI SHAKLEE: EXPAND YOUR NETWORK

 

Akademi yang dianjurkan oleh pihak Shaklee diadakan secara berperingkat dan nama Adaa belum termasuk dalam kelas pada awal Februari yang lepas. Tetapi, Adaa dapat tahu ada Master yang menganjurkan kelas di Success Center Sri Rampai. Jadi, sementara kita tunggu giliran, kita rebut dulu peluang lain yang lalu depan mata ni. Rugi tak belajar. Ilmu ni takkan habis dan takkan cukup. Jadi, selagi berpeluang Adaa akan terus sertai bagi menambah nilai diri. Hanya dengan ilmu sahaja dapat membantu kita untuk melompat lebih tinggi dan tinggi kan.

Akademi Shaklee 2

EXPAND YOUR NETWORK

Dalam bisnes ni, network adalah nadi perniagaan kita. Jika jaringan tu kecik, perniagaan pun menguncuplah. Jadi sangat penting untuk kita tahu bagaimana cara melebarkan jaringan perniagaan kita. Kelas pada kali ini diadakan di Succes Center bertempat di Sri Rampai, bersebelahan sahaja dengan Cawangan Shaklee Kuala Lumpur. Kelas kali ini agak berbeza kerana ini pertama kali Adaa bertemu dengan Master-Master Shaklee yang tak pernah Adaa kenal sebelum ni. Almaklum saja, keluarga Shaklee ni besar sangat. Tapi Alhamdulillah, berbaloi sangat rasa datang dari awal pagi sehingga ke petang kerana pelbagai rahsia telah didedahkan. Memang menarik!

Dalam kelas tersebut, pelbagai perkara telah diajar bagi mengembangkan lagi perniagaan masing-masing. Walaupun tempat tu taklah besar mana, tapi punyalah meriah sampai penuh sesak. Semua nak kasi letup Shaklee tahun ni. Ini yang Adaa suka dengan Shaklee. Kami sentiasa diberi sokongan penuh dari setiap sudut bagi memastikan kami tidak ketinggalan. Kusyuk tau salin nota. Teringin pula nak bercakap kat depan tu macam dulu-dulu. Lama dah tak pegang microphone. Takpe, nanti kita buat pula kasi letup. Orang tolong kita nanti kita tolong orang pula kan.
Akademi Shaklee 3

ILMU YANG DIPRAKTIKKAN = KUASA!

 

Sebanyak mana pun ilmu anda, ilmu saya atau kita, jika balik terus simpan nota atas almari, letak bawah bantal, ianya akan jadi tak berguna. Kalau rasa nak berjaya macam kami, amalkan ilmu yang dipelajari.

Kalau anda rasa bisnes Shaklee susah, percayalah banyak lagi kerja lain yang lebih susah, jerih. Ini buat bisnes pun dengan hujung jari sahaja tau. Kalau ilmu dah penuh didada tapi jari tu taknak digerakkan, memang tak kemana lah.

Jika anda nak berjaya, nak bebas HUTANG, nak PENDAPATAN BESAR, WAJIB usaha. Kami boleh ajarkan. Tetapi, anda sendiri perlu ada kemahuan. Allah sendiri takkan ubah nasib kita kalau kita tak mahu mengubah nasib kita sendiri. Jadi fikirkan.

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan untuk kami tambah ilmu bagi mengembangkan lagi empayar Adaa Inspiration. Bagi anda yang tersepit dengan HUTANG, terasa semput hujung bulan, tercari-cari cara tambah pendapatan secara online, kami sedia membantu. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kami akan lancarkan projek untuk tambah pendapatan bagi mereka yang berminat. Tunggu ya. Dalam ekonomi yang serba mendesak ni kalau ada lebihan RM200 pun rasa bersyukur sangat dah. Lepas juga duit dapur. Apa lagi RM1500-2000 betul tak? Jika anda tergolong dalam kategori mereka yang nak tambah pendapatan sehingga 4 angka, tunggu ya. Kami akan beritahu projek ini secepat mungkin.

AYUH SERTAI KAMI!

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee! 

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This